CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

My Playlist


Thursday, April 12, 2012

Aku tak akan mengubah... hingga sampai saat nanti bila aku sudah cukup berubah...

Monday, April 9, 2012

Mati dalam rasa keliru diri ini...

Hmnn...

Aku masih mencari diri ini...
Diri yang aku sangka telah lama aku kenali...
Dulu aku meminta pertaruhan ini...
Pertaruhan yang aku sangka apa yang dicari...

Tapi...

Aku terdiam seakan mati terhenti disini...
Mati dalam rasa yang tak dapat aku fahami...
Andai ini apa yang aku ingini...
Mengapa masih aku terkaku disini...

Dulu...

Aku hilang dalam leka...
Aku sangka aku tak peka...
Tapi bila disangka mata terbuka...
Mengapa masih aku kabur dalam jalannya...

Aku...

Yang sering mati dalam rasa...
Sering menanti perjalanan masa...
Andai benar masa pengubatnya...
Mengapa masih aku terseksa...

Lama...

Sekian lama aku mencari...
Sekian lama aku menanti...
Entah apa yang dicari...
Entah apa yang aku nanti...

Sakit...

Sering terasa dilubuk hati...
Luka yang sering aku buka sendiri...
Biar hari berganti hari...
Aku tak yakin ianyakan terubati...

Sesal...

Sesal dihimpit kesilapan...
Kesilapan yang dulu jalan pilihan...
Biar tak nampak dari luaran...
Namun segalanya masih berkesan...

Andai...

Andai ini takdir hidupku...
Mengapa aku masih terkaku...
Andai emasnya dijalan berliku...
Mengapa aku kabur dari kilauan emas itu...

Biar...

Biar sakit dijalan  berduri...
Biar kematu jari jemari...
Jauh disudut diri ini...
Aku masih yakin dengan diri sendiri...

p/s : aku tak faham dengan diri aku sendiri, aku kabur dengan apa yang terjadi. Mungkin aku lemah dari segi emosi... tapi aku tahu aku mampu berjalan dengan kaki sendiri. Hanya suara memujuk hati...

Sunday, March 25, 2012

Aku tahu.

Aku tahu aku kurang berkeyakinan, aku cuma ada keluarga aku dan Allah sebagai tempat bergantung dalam dunia ni... tapi tak kira apa pun, aku tak akan dan tak boleh berhenti dari berusaha mendapatkan apa yang aku ingini...

p/s : cuma satu harapan... semoga segala urusan dipermudahkan, Amin.

Wednesday, February 22, 2012

Harapan...

Hmnn...

Selama ni aku silap... aku cuma memberi harapan kepada mereka... sedangkan aku sendiri tidak yakin dengan diri ini...

Aku akan pergi buat seketika... wish me well...

Monday, February 13, 2012

Hmnn...

Hati aku tak tenang... aku tak tahu kenapa, tapi mungkinkah sebab masanya yang sudah kian hampir. Aku faham, dalam hidup ini kita perlu sentiasa bijak dalam membuat pilihan... tapi aku seringkali tersalah dalam membuat pilihan...

Saturday, February 4, 2012

Berubah

Tanpa aku sedar... yang sebenarnya aku sendiri dah jauh berubah...

p/s : Ada seseorang telah membuktikan  pada aku  tentang hal ini dan ianya membuatkan aku termenung seketika. Mungkin dia tidak suka akan perubahan ini... dan aku sendiri masih belum pasti arah perubahan ini...

Friday, February 3, 2012

Menyesal, korang pernah menyesal? -

:: AMARAN : JANGAN BACA SEBAB AKU TULIS NI PANJANG LEBAR DAN PENUH DENGAN ISI MEREPEK::

Hmnn...

Ya menyesal, aku rasa ramai diantara kita yang tidak asing lagi dengan menyesal dan penyesalan ni. Kita manusia biasa, tidak lari dari melakukan kesilapan, tapi ada sebabnya disebalik apa yang berlaku didalam hidup kita. Allah berikan kita penyesalan agar kita tahu erti menghargai dimasa akan datang. Ayah selalu cakap, Allah tak akan berikan ujian yang tidak akan mampu dihadapi oleh hambanya...

Kadang kala kita rasa apa yang kita lalui itu sudah cukup berat, tanpa kita sedar kita merasakan ianya terlalu berat kerana ianya menimpa diri kita... cuba kita buka mata sejenak dan lihat apa yang berlaku diseluruh dunia. Mungkin dari situ kita sedar apa yang kita lalui pada hari ini tidaklah seberapa. Dari situ kita akan belajar erti menilai seandainya kita cuba menyelaminya...

Kadang kala kita rasa cemburu dengan orang lain, kita mahukan kehidupan seperti mereka dan kita mempersoalkan apa yang sering kita hadapi pada hari ini. Tapi pada hakikat sebenarnya, adakah kita nampak apa yang mereka jalani sepanjang hidup mereka? tidakkah kita terfikir mereka juga pernah menyesal? pernah merasa susah? pernah kecewa? 


Allah itu telah menjanjikan rezeki untuk setiap hambanya, janganlah kita sentiasa merungut dengan apa yang kita hadapi pada hari ini. Berusaha seikhlas hati dan Insyaallah rezeki itu hadir diatas keredhaannya. Hahaha... korang nak tahu satu perkara? sebenarnya aku ni hanya pandai berkata2 sahaja sedangkan pada hakikatnya aku sendiri tak seberapa. Seringkali dihimpit perasaan kesal dan berputus asa...

Ya betul, mereka yang mengenali diri ini, atau sekurang2nya pernah membaca blog ini akan sedar dengan semua tu. Aku ni jenis yang tidak tahu bersyukur, aku sering merungut dengan apa yang aku hadapi dan aku mudah berputus asa. Dan sememangnya dalam sedar aku tahu, secara tidak langsung aku menunjukkan siapa sebenarnya diri aku dengan menulis didalam blog ini...

Tapi aku tahu, manusia itu mudah berubah... dan mereka akan berubah mengikut jalan yang disenangi dan jalan yang mampu mendamaikan jiwa mereka. Terus terang aku katakan, aku dah lama hidup tak berarah dalam dunia ni, hati aku, jiwa aku, semuanya dipenuhi dengan rasa tidak berpuas hati dan dengki... perasaan kesal dan marah pada diri adalah yang paling parah menikam2 hati ini...

Bila aku cerita tentang zaman persekolahan, aku tak pernah menganggap apa yang aku lakukan pada masa itu adalah penting, biar berbuih mulut orang tua aku cuba memberi kesedaran tapi apa yang aku nampak hanya keseronokan yang sementara, keseronokan yang akhirnya membuatkan aku kesal buat sekian lama. Aku kesal dan cemburu bila aku melihat rakan2 seperjuangan yang dulunya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan aku mampu berlari jauh meninggalkan aku dibelakang, mengengsot dengan perlahan demi mengejar impian dihadapan...

Sigh... mungkin aku masih kesal dengan apa yang pernah aku lakukan dulu. Menyesal tentang segala galanya... tapi Allah itu maha pemurah, tak kira seteruk mana kita berpaling darinya.. masih ada ruang untuk kita menghampirinya. Aku rasa rendah bila kawan2 aku sekarang dah berada diperingkat degree... serius aku rasa cemburu.. tapi...

Hmnn... pada hakikatnya jalan itu sentiasa ada, aku tak patut rasa aku berada ditempat yang rendah sekiranya aku kenal siapa diri ini seadanya. Aku tak perlu kesal, sebab aku tahu yang aku semakin rapat dengan jalannya. Aku berada dilandasan yang betul... mudah2han. Hari ini bila difikirkan, kawan2 aku, rakan sekerja aku... mereka semua sudah mencecah umur 25 tahun, namun mereka masih berada diparas yang sama dengan aku... aku tersentak dan mula sedar bila aku melihat mereka terus berjuang bagi mendapatkan apa yang mereka mahu. Kenapa perlu aku menyesal kerana masa itu masih belum terlambat buat aku...

p/s : Penyesalan, cemburu, dengki, busuk hati... semua tu datang dari kita sendiri. Kita menilai berdasar apa yang kita pelajari dari hidup ini dan tak semua orang akan lalui perkara yang sama dalam perjalanan hidup mereka. Dari situ wujudnya perbezaan diantara kita semua... cara kita menilai dan cara kita menerima. Penyesalan itu satu pemberian kerana ianya mengajar kita untuk lebih menghargai sesuatu perkara...

Malas Kerja...

Hmnn...


Baru2 ni aku cakap dengan ayah  aku yang aku rasa malas nak kerja lagi dan aku tak sangka betul dengan feedback yang dia bagi, "tak ape la, kalau ko nak rehat ko rehat je la". Haha... duduk rumah goyang kaki menikmati PS3. Tak ade la, sebenarnya aku rasa tak sedap hati sejak kebelakangan ni, kepala aku pun kusut semacam je, aku sendiri yang buat aku rasa kusut dengan memikirkan apa yang tak perlu. Aku nak rest kejap... sampai bila sekejap tu aku sendiri tak tahu. Aku tahu lama2 sangat dekat rumah ni muak dia tengok muka aku nanti... :|

Thursday, February 2, 2012

Hmnn...

Akhirnya segalanya sampai disini :)



Setelah sekian lama segalanya reda... tiba2 aku dapat rasakan kesakitan tu semula. Hmnn.. mungkin ini adalah ujian yang terakhir sebelum aku benar2 melepaskan segalanya...

Kebenaran itu adakalanya menyakitkan tapi inilah kehidupan, ada jatuh dan bangkitnya. Aku tahu apa yang harus aku lakukan. Masa aku dah habis, tiba masanya peluang itu diberikan kepada mereka yang lain...


p/s : Sebenarnya aku sangkakan belenggu cinta itu telah lama hilang dari hidup ini, tapi sekarang aku sedar perasaan itu sebenarnya masib belum aku lepaskan dan inilah sebabnya kenapa aku jadi macam ini. Semalam aku dah buat  keputusan setelah mendengar cerita dia, aku rasa sekarang bukan lagi masa untuk aku, peluang itu harus diberikan kepada orang lain pula... jadi aku akan berlalu pergi dari rasa itu untuk selamanya dan sebenarnya akulah yang tidak layak untuk dia :)

Wednesday, February 1, 2012

Sebab kenapa aku langsung tidak hormat pada Hassan Ali

Hmnn...

Rasanya ramai yang dah lama tahu tentang pemecatan oleh PAS dan rasanya ramai juga yang tahu apa yang cuba dilakukan olehnya setelah pemecatannya itu. Apa pun, apa yang aku dapat dilihat disini, Hassan Ali bersikap amat tidak munasabah dengan menggunakan Media pihak lawan bagi melampiaskan rasa hatinya dan juga meletakkan beban keatas DSAI diatas pemecatannya itu...

Cuba kita berbalik pada kisah sejarah pejuang Islam Khalid Al-Walid R.A apabila beliau dipecat daripada jawatannya oleh Khalifah Umar Al-Khattab R.A sewaktu beliau masih lagi sedang berada di medan peperangan.  Beliau tidak lantang bersuara melepaskan rasa tidak puas hati dan masih meneruskan berjuangan sehingga beliau memperolehi kemenangan didalam peperangan tersebut.

Dan setelah peperangan berakhir, beliau dengan lapang hatinya telah akur dengan perintah pemecatan itu dan segera melepaskan jawatannya kepada pengganti yang baru dilantik oleh Umar iaitu Abu Ubaidah ibnu Al Jarrah. Khalid Al-Walid R.A sendiri tidak mengatahui sebab mengapa beliau dipecat tetapi beliau masih tidak meragui Umar Al-Khattab dan menghormati keputusannya itu.

Khalid Al-Walid R.A bukan sahaja tidak berpaling tadah dan mempersoalkan pemecatannya, malah beliau masih meneruskan perjuangannya dibawah pemimpin yang baru dan perjuangannya masih seteguh ketika beliau menerajui  tapuk kepimpinan tenteranya dahulu. Beliau berjuang kerana Allah S.W.T dan bukannya kerana Umar mahupun sesiapa.

Berbalik kepada Hassan Ali ni, aku tak mahu mengkritik latar belakangnya tetapi apa yang aku nampak, beliau terus berkokok sana dan sini setelah beliau dipecat. "Saya dipecat kerana Anwar Ibrahim!". Aku rasa dari sini pun kita boleh nampak motif perjuangannya, dan untuk apa beliau berjuang. Ikhlaskah perjuangannya?   betulkah jalan perjuangannya itu?  terpulang pada kita untuk menilainya.

p/s : Apa yang aku perkatakan ini hanyalah pendapat peribadi, andai kata aku yang salah, bukankah lebih baik menegur terlebih dahulu sebelum menghukum? :)

Tuesday, January 31, 2012

Hmnn...

Mungkin sejak kebelakangan ini aku banyak meluahkan apa yang aku rasa dan apa yang aku faham, tapi malangnya ramai diantara kita yang lebih suka mengambil pendapat yang diberi dari sudut negatif. Ya, biasanya aku sendiri terdorong untuk memberi pandangan dari sudut negatif. Tapi apa yang menjadikan sesuatu keadaan itu menjadi lebih buruk adalah apabila ego yang melampau didalam diri sekali lagi mempengaruhi emosi. Aku tak kata aku sentiasa betul, tapi apa yang aku beri adalah apa yang aku nampak melalui sudut pandangan aku. Adakah ianya begitu sukar untuk menjelaskan terlebih dahulu sebelum kita menjatuhkan sebarang hukuman sedangkan mereka yang dijatuhi hukuman langsung tidak faham apakah kesalahan yang dilakukan oleh mereka?

p/s : Kadang kala kita menyalahkan orang lain diatas apa yang berlaku, menyalahkan keadaan diatas apa yang berlaku sedangkan pada hakikatnya kitalah punca semua itu terus berlaku.

Monday, January 30, 2012

Hmnn...

Sebenarnya aku dah malas nak bersuara, malas menaip dan malas untuk berkata2. Bukannya apa, bila tiba masa kita memencil diri, kita akan berada jauh dari tempat yang penuh dengan mereka yang sentiasa ingin didengari... mereka yang terlalu banyak berkata2. Walaupun kita berada jauh, namun bisingnya masih bermain ditelinga dan dari situ kita mampu lihat...apabila semua orang ingin bersuara, maka tidak ada apa yang dapat didengari selain bunyi bising yang takkan pernah berhenti.

p/s : Kerana  sifat AKU didalam diri, masing2 sering menyangka yang mereka berada dilandasan yang betul.

Thursday, January 26, 2012

Hmnn...

Kadang2 aku rasa ada baiknya jika tidak mengetahui tentang sesetengah perkara, mungkin aku salah dengan apa yang aku rasa ni... tapi mungkin juga sebaliknya. Kebenaran tu menyakitkan... ya kadang kala kebenaran itu begitu menyakitkan,  tapi mungkin juga ada kebaikan disebaliknya...

Apa yang sentiasa berlaku dalam hidup kita, adakalanya kita mempu berdiri dengan gah dan adakalanya kita terjatuh dan terbiar dihimpit seakan menunggu mati. Bergantung kepada diri kita untuk memilih jalannya. Andai ada kebenaran yang benar menyakitkan... terpulang pada diri kita untuk menentukan cara menerimanya...

Aku sama macam orang lain, melihat dan menilai... cara kita melihat dan cara kita menilai sentiasa mencerminkan siapa sebenarnya diri kita. Namun menilai sesuatu mahupun seseorang tidak bererti kita benar2 memahaminya. Buat masa ini... biarlah aku jauh dari segalanya. Aku tak tahu kenapa... tapi ada perasaan yang tidak begitu menyedapkan hati hadir dengan secara tiba2... membuat aku sentiasa tertanya2 apakah maksudnya.

Wednesday, January 25, 2012

HELLO - DIANTARA BINTANG


Hmnn...

Entah macam mana aku boleh terjumpa lagu ni masa tengah usha2 video dekat youtube, mungkin bagi orang lain lagu ni tak seberapa... tapi bagi aku lagu ni kira ok. Haha... sekali sekala jiwang. Sebenarnya kalau nak ikutkan apa yang dah berlaku, sekarang aku dah tak berapa pandai untuk bicara perihal cinta. Kalau aku cuba cakap banyak tentang hal ni mula la aku merepek. Jadi lebih baik diam je kan.

Terdapat segelintir pihak yang suka menyalahkan cinta seandainya hubungan yang mereka miliki tidak berpanjangan. Bagi aku, semuanya bergantung pada diri kita sendiri, bagaimana cara kita menghadapinya. Dulu memang aku pernah jadi lemah sebab cinta... kadang2 bila difikirkan balik, rasa malu juga... semuanya kerana cinta? Hmnn... mungkin sebab aku masih lagi terlalu mentah dalam hal ni waktu tu...

Aku tak pernah tahu kenapa, tapi aku yakin setiap apa yang kita tempuhi dalam hidup ini ada hikmahnya. Tanpa kegagalan, manakan datangnya kejayaan. Tanpa kesedihan, manakan berharganya sebuah kebahagiaan. Aku ambil kesempatan ni untuk tujukan lagu ni buat ex aku... Aina, dia selalu kata pada aku yang dia banyak kekurangan... bagi aku setiap kekurangan juga ada kelebihannya. Manusia mana yang sempurna sekarang ni kan... 

Haha... Aina ni pernah nyanyikan aku lagu masa aku tido, terbalik pula sebab selalunya lelaki yang nyanyikan untuk perempuankan. Memang aku pun ada nyanyikan untuk dia, tapi bila dia nyanyikan lagu untuk aku... satu kelainan... dan aku rindu saat tu...

Sekarang ni yang dekat dengan aku cuma Iera, dia sanggup buat macam2 untuk aku... aku rasa bersalah dengan dia... tapi hati aku betul2 dah mati... aku dah tak ada rasa untuk bercinta. Walaupun dari awal perkenalan dulu aku dah pernah kata pada dia tentang hal ni... tapi semua ni masih tetap terjadi... aku tak tahu apa yang patut aku buat untuk hapuskan rasa bersalah ni... 

Bila difikirkan balik... tak ada apa pun pada aku ni... pelajaran? masih lagi sedang aku usahakan. Harta? aku cuma ada FZ150i dengan nokia C7 yang sepenuhnya hak milik aku. Yang lain semua datang dari orang tua aku. Paras rupa... aku tak boleh nak kata tak lawa sebab  nanti dikira aku tak hargai pemberian tuhan, tapi apa yang boleh aku kata lebih ramai lagi lelaki yang jauh lebih baik dari aku dekat luar sana...

Aduh... kan dah kata tadi, aku ni kalau dah cerita panjang berjela mula la banyak merepek... haha.

Sunday, January 22, 2012

Sakitnya rasa benci...


Hmnn... jiwa aku kosong... hati aku sakit... setiap kali aku fikirkan perkara ni... kenapa aku tak boleh ubah apa yang berlaku ni... kenapa diri aku macam ni... inilah kesakitan yang aku rasa bila muncul rasa benci dalam diri...

Friday, January 20, 2012

Perempuan benci lelaki merokok dan tak pandang lelaki naik motor?

Hmnn...

Betul ke perempuan ni benci lelaki merokok? ye lah kot... siapa tahu kan? Kadang2 rasa nak ketawa pun ada. Ya memang kebanyakan perempuan sering mengatakan mereka benci lelaki merokok tapi... tapi... tapi~ Hahahah... ada sesetengah kes ni betul2 buat aku rasa nak gelak sampai orang tu rasa sakit hati. Bukan apa, dulu beriya-iya kata benci lelaki merokok, benci lelaki naik motor... sekarang couple dengan mat motor yang hisap rokok. Orang boleh kata kalau dah jodoh nak buat macam mana bagai... tapi... pandai2 fikir sendirilah. Aku bukan haters atau berniat untuk menyindir, cuma dulu bukan main sindir orang... sindir perokok tu tak apa lah, sebab untuk pengetahuan kaum hawa sekalian, bukan perempuan je tak suka lelaki merokok, malah lelaki ni pun tak suka perokok, maksudnya... lelaki ni tak suka lelaki dan perempuan yang merokok ok? Tapi kalau nak cerita bab motor, janganlah pandang hina sangat, ingat orang yang bawa motor ni tak berjaya ke? hahaha...mungkin bila sampai masa nanti tahu lah faham sendiri kan? =)

p/s : aku tak ada niat pun nak sakitkan hati mana2 pihak sepertimana mereka menyakitkan hati dan perasaan orang lain dengan hinaan mereka, cuma kadang2 perasaan sakit hati tu muncul bila lihat kelakuan menghina orang ni dan ianya mendorong aku untuk membalas rasa itu pada mereka. Macam aku dah kata, aku ni bukanlah orang yang baik, banyak buruk dari baik kot.=)

Thursday, January 19, 2012

Mimpi yang Mati


Kawan Lama...



Hmnn...

Tadi aku terserempak dengan kawan lama aku dekat mall masa pergi beli cd game ps3 untuk adik perempuan aku. Aku cuma lihat dari jauh je... entah kenapa hati aku tak terdetik untuk pergi menegur dia... mungkin sebab semuanya dah berubah dan tak seperti dulu lagi...

Aku pernah menyebut nama mereka diawal aku membuka blog ni, cuma tadi aku hanya nampak dia, dia yang pernah menjadi kawan rapat aku. Dari apa yang aku nampak.. mungkin dia juga telah membuat pilihan seperti aku... pergi jauh dari semua orang dan selesa untuk bersendiri...

Sebenarnya ini adalah kali kedua aku ternampak dia... kali pertama tidak berapa lama dulu... ternampak dia sedang drive. Aku tak tahu apa sebenarnya yang telah berlaku diantara mereka... aku tak tahu kerana akulah yang telah membuat keputusan untuk pergi jauh dari mereka...

Sekian lama bersama, sejak zaman persekolahan... andai kita rapat dengan seseorang, janganlah disangka dialah teman kita selamanya. Terlalu banyak sebab yang mengubah diri ini... mengubah diri mereka. Terkenang 5 tahun lepas... aku dan dia pernah berbual tentang masa depan kami semua...

Aku tahu perkembangan beberapa orang diantara mereka... mungkin kerana rumah kami dekat... begitu mudah untuk melihatnya.... mungkin mereka juga melakukan perkara yang sama... ada yang masih bersama... dan ada yang telah berlalu pergi dengan haluan masing2...

Ada sesetengah perkara akan sentiasa bermain jelas difikiran kita... kenangan yang sukar untuk kita lupakan hingga akhirnya. Mungkin inilah dia kehidupan... tak ada apa yang aku lakukan, hanya mendoakan kejayaan untuk kami semua =)

Wednesday, January 18, 2012

Berdakwah di laman sosial... :|

Hmnn...

Sebenarnya melalui jaringan internet ni... banyak yang mampu kita perolehi... dan segalanya bergantung pada apa yang kita cari. Andai baik arah tujuan kita, baiklah hasilnya dan andai sebaliknya, kita masing2 tahu akan jawapannya.

Aku dapat lihat, ramai diantara kita yang cuba menggunakan jaringan ini bagi menyampaikan nasihat dan dakwah mereka. Aku hormati, dan aku sanjungi niat murni mereka... tapi... andai mereka bertemu orang seperti aku... apakah yang seharusnya dilakukan oleh mereka?

Mungkin telah ramai yang rasa aku ini terlalu menjengkelkan, walaupun pada hakikat kebenarannya aku tiada niat untuk menginggung hati mereka.. tapi mungkin ianya adalah jalan yang terbaik untuk saling mengingati sesama kita...

Andai kita cuba menyuarakan sesuatu, haruslah kita fikir akan kesannya terlebih dahulu. Andai kita berani menyuarakannya, harus berani jugalah kita menghadapi kesannya. Bukan apa, aku tahu ramai diantara kita yang hanya tahu berkata2 namun hakikatnya mereka juga adalah sama...

Memang benar adalah tidak salah untuk saling mengingati, tapi kuatkah kita untuk menghadapi teguran yang bakal kita terima nanti? Lumrah manusia lebih cenderung memandang pada sudut yang lebih buruk berbanding sudut yang murni...

Sebenarnya blog ni dah banyak menceritakan tentang siapa aku sebenarnya... lebih banyak kita bersuara, lebih mudah untuk mereka yang lain menilai kita. Cara kita menilai, cara kita menghakimi... segalanya terpulang pada dirikita sendiri....

p/s : sebenarnya aku dah mengantuk gila ni... masuk tido dulu, agak2 kalau ada yang salah dalam post ni esok2 aku perbetulkan lagi XD

Hmnn...

Hmnn...

Saja nak update sebelum aku masuk tidur, harini abang ngah aku dah balik u sebab nak buat preparation tournament PSSCM dia. Dia betul2 berharap yang aku akan join PSSCM tu. Ya, aku akan join bila masanya sesuai. Along masih lagi dalam musim exam dia, so tak balik untuk beberapa minggu ni... sekarang tak ada la teman untuk aku berborak lagi...

Aku tak tahu sama ada aku rasa bosan atau aku rasa malas... tapi apa yang aku tahu aku perlu cari kerja yang lebih baik dari ni. Aku perlukan lebih pengalaman dalam bidang ni, walaupun aku tak seberapa... tapi aku boleh menjamin prestasi kerja yang baik... aku sanggup hidup mati ditempat kerja asalkan semuanya berbaloi. Mungkin tempat kerja lama aku agak baik, suasananya pun serasi dengan jiwa aku, cuma aku undur diri sebab chargeman dah mula tunjuk sikap iri hati. Aku tak kisah pun, tapi ianya adalah lumrah manusia, andai kita mahu diri kita dipandang tinggi, gunalah cara yang sebaiknya... bukan menonjolkan diri dengan menutup pintu rezeki orang lain =)

Sejak kebelakangan ni aku banyak menggunakan FB, saja main buat bosan2... tambahan lagi ianya memudahkan lagi aku dalam mencari informasi terkini tentang berita politik tanah air. Aku rasa dari luahan rasa dan pendapat aku disitu, ramai yang tahu aku berpihak pada siapa. Aku tidak berpihak pada mereka secara buta2, aku ikuti kedua2 pihak bagi membezakan baik dan buruknya. Hmnn... Malaysia, Melayu... kenapa orang Melayu ni malas berfikir tentang berita yang disebarkan oleh mereka....

Sebenarnya blog aku ni tak pernah diisi dengan informasi pun... sebab aku rasa terlalu banyak informasi berguna didunia internet ni. Kadang kala bila aku pergi melawat blog, sampai 7 8 blog menceritakan isi yang sama... mungkin akan aku ceritakan sesuatu andai ada kelainannya... =)

Terlalu banyak menonjol diri, akhirnya kita takkan dicari lagi, terlalu mudah diri memberi, akhirnya takkan dihargai lagi. Itulah lumrah hidup manusia. Aku akui, aku bukanlah seseorang yang baik, malah aku lebih teruk dari mana2 lelaki yang kau orang pernah jumpa... cuma hati aku terlalu lembut untuk bersikap kejam seperti segelintir yang lain. Walau sesungguh mana sekali pun aku cuba mengubatinya, keadaan takkan mampu mengubah pandangan setiap daripada mereka. Sekali lagi aku akan buat keputusan untuk hanya memerhati. Memang betul cara ini akan buat aku hilang segalanya, tapi mungkin tak mengapa sebab aku sedar lambat laun aku tetap akan kehilangan segalanya...

Hmnn, aku pun tak tahu apa yang aku merepek dari tadi... semuanya hadir dari kata hati... sekian untuk post kali ini =)

Tuesday, January 17, 2012

Sesuatu yang lebih baik...

Hmnn...suatu ketika dulu aku pernah berkata pada diri aku sendiri, jangan diusik kembali memori yang telah pergi... tapi entah kenapa sejak kebelakangan ini hati ini berdegil lagi... terlalu banyak perkara yang aku kenangkan... dah kebanyakkannya begitu menyakitkan... kenapalah dengan kau ni...

Kadang kala memang aku tak mampu menipu diri ini lagi... tapi mungkin kerana aku begitu yakin aku mampu menghadapi semua ini... memang benar aku patut meninggalkan apa yang telah pergi... tapi kenangan menyakitkan sentiasa menjadi guru yang mengajar erti kehidupan pada diri ini...

p/s : aku tak harapkan kesempurnaan... cuma satu kehidupan yang lebih baik... aku akan cuba sebelum segalanya kekal menggelapkan hati ini... hati yang sering leka dalam menyusuri jalan hidup ini. Lupakan yang lalu, hargai apa yang terbaik pada hari ini...

Monday, January 16, 2012

Result MUET aku alakadar je?!!

Hmnn...

Ya memang result MUET aku tak seberapa, setakat Ban 3... tapi sebenarnya aku cukup bersyukur dengan apa yang aku terima. Peperiksaan MUET aku tu dijalankan ketika aku sedang menjalani peperiksaan akhir, aku langsung tak membuat sebarang persediaan...

Aku rasa, aku hanya dapat score pada 2 bahagian sahaja iaitu writing dan speaking sementara telinga aku yang tak berapa nak peka ni menyebabkan aku rasa aku tidak begitu menyerlah pada paper tu... tak dengar kot. Tambahan lagi, aku tak tahu kenapa aku rasa mengantuk gila semasa menjawab paper reading, hanya tuhan je yang tahu apa yang aku nampak atas paper waktu itu...

p/s : Apa pun syukur alhamdulillah diatas pemberiannya, awak kali terakhir buat karangan Bahasa Inggeris pun masa SPM dulu... ni nak ambil MUET kelas pun tak ada. Terima kasih juga pada owner blog dibawah ni... takde la aku kelu sangat nak mengeluarkan idea masa exam speaking =)

Aku selesa begini...

Hmnn...

Kalau diikutkan, sememangnya kita manusia akan sentiasa mengharapkan sesuatu yang lebih baik dari apa yang telah diberi... manusia takkan pernah rasa berpuas hati...

Mungkin benar atau sememangnya ia benar? untuk beberapa ketika aku telah memilih untuk bersendiri dan aku mampu faham perasaan mereka yang bersendiri...

Sekian lama menyendiri dan akhirnya aku cuba untuk kembali pada mereka yang pernah hadir dalam hidup ini... mungkin kerana aku lebih selesa... aku kembali untuk menyendiri...

Sering kita dengarkan ungkapan "Rumah ku syurga ku"... mungkinkah ianya benar? mungkinkah tidak? bagi aku segalanya bergantung kepada cara kita sendiri...

Meskipun aku selesa berada disini... tapi aku sentiasa sedar yang ia bukan milikku yang hakiki... aku pernah menjadi seorang yang gagal... walaupun aku berjaya bangkit kembali kini... kesannya tak mungkin dapat diselindung lagi...

Tak perlu aku ungkapkan kenapa... aku sentiasa melihat wajahnya yang kecewa... nadanya yang hampa... maafkan aku kerana sentiasa menghampakan...

Aku tak tahu mungkinkah peluang itu akan kembali? mungkinkah ada peluang kedua lagi? mungkinkah aku tidak memerlukan peluang itu lagi? persoalan yang sentiasa bermain dalam diri...

Jauh bermain disudut hati... aku mahu keluar dan berlari pergi dari semua ini... mungkin cuma hanya masa yang tidak mengizinkannya lagi...

Buat masa ini... berdiam dan terus memerhati sentiasa menjadi pilihan bagi diri ini... mungkin ini takdirnya... mungkin ini takdir untuk mereka dan diri ini... belajar segalanya dari pengalaman hidup ini... guru yang sentiasa mengiringi kita hingga akhir nanti...

p/s : aku pernah terlalu berlembut hati, aku pernah terlalu menyayangi, dan aku pernah menjadi terlalu mementingkan diri sendiri. Segala yang aku lalui akhirnya mengubah aku seperti ini... hidup ini tak boleh terlalu memilih, setiap pilihan sentiasa memainkan peranannya yang tersendiri...

Rasa pelik =)

Hmnn,

Tadi rasa macam banyak perkara yang ingin dikongsikan, tapi sekarang aku tak rasa seperti mahu menaip apa-apa. Tak apa la, bagi mengelakkan blog ini dari terus kosong, aku cuba update sesuatu. Haha... apa nak jadi lah kan

Selamat hari lahir pada Maksu dan juga ex aku Aina, sebenarnya aku dah wish pun semalam 15/1 =)

I am back to blogging =)

Hmnn

Yeah, its really has been a while and finally im back to blogging. But still, the question is, how long will it last this time?  Heee =)