CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

My Playlist


Friday, February 3, 2012

Menyesal, korang pernah menyesal? -

:: AMARAN : JANGAN BACA SEBAB AKU TULIS NI PANJANG LEBAR DAN PENUH DENGAN ISI MEREPEK::

Hmnn...

Ya menyesal, aku rasa ramai diantara kita yang tidak asing lagi dengan menyesal dan penyesalan ni. Kita manusia biasa, tidak lari dari melakukan kesilapan, tapi ada sebabnya disebalik apa yang berlaku didalam hidup kita. Allah berikan kita penyesalan agar kita tahu erti menghargai dimasa akan datang. Ayah selalu cakap, Allah tak akan berikan ujian yang tidak akan mampu dihadapi oleh hambanya...

Kadang kala kita rasa apa yang kita lalui itu sudah cukup berat, tanpa kita sedar kita merasakan ianya terlalu berat kerana ianya menimpa diri kita... cuba kita buka mata sejenak dan lihat apa yang berlaku diseluruh dunia. Mungkin dari situ kita sedar apa yang kita lalui pada hari ini tidaklah seberapa. Dari situ kita akan belajar erti menilai seandainya kita cuba menyelaminya...

Kadang kala kita rasa cemburu dengan orang lain, kita mahukan kehidupan seperti mereka dan kita mempersoalkan apa yang sering kita hadapi pada hari ini. Tapi pada hakikat sebenarnya, adakah kita nampak apa yang mereka jalani sepanjang hidup mereka? tidakkah kita terfikir mereka juga pernah menyesal? pernah merasa susah? pernah kecewa? 


Allah itu telah menjanjikan rezeki untuk setiap hambanya, janganlah kita sentiasa merungut dengan apa yang kita hadapi pada hari ini. Berusaha seikhlas hati dan Insyaallah rezeki itu hadir diatas keredhaannya. Hahaha... korang nak tahu satu perkara? sebenarnya aku ni hanya pandai berkata2 sahaja sedangkan pada hakikatnya aku sendiri tak seberapa. Seringkali dihimpit perasaan kesal dan berputus asa...

Ya betul, mereka yang mengenali diri ini, atau sekurang2nya pernah membaca blog ini akan sedar dengan semua tu. Aku ni jenis yang tidak tahu bersyukur, aku sering merungut dengan apa yang aku hadapi dan aku mudah berputus asa. Dan sememangnya dalam sedar aku tahu, secara tidak langsung aku menunjukkan siapa sebenarnya diri aku dengan menulis didalam blog ini...

Tapi aku tahu, manusia itu mudah berubah... dan mereka akan berubah mengikut jalan yang disenangi dan jalan yang mampu mendamaikan jiwa mereka. Terus terang aku katakan, aku dah lama hidup tak berarah dalam dunia ni, hati aku, jiwa aku, semuanya dipenuhi dengan rasa tidak berpuas hati dan dengki... perasaan kesal dan marah pada diri adalah yang paling parah menikam2 hati ini...

Bila aku cerita tentang zaman persekolahan, aku tak pernah menganggap apa yang aku lakukan pada masa itu adalah penting, biar berbuih mulut orang tua aku cuba memberi kesedaran tapi apa yang aku nampak hanya keseronokan yang sementara, keseronokan yang akhirnya membuatkan aku kesal buat sekian lama. Aku kesal dan cemburu bila aku melihat rakan2 seperjuangan yang dulunya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan aku mampu berlari jauh meninggalkan aku dibelakang, mengengsot dengan perlahan demi mengejar impian dihadapan...

Sigh... mungkin aku masih kesal dengan apa yang pernah aku lakukan dulu. Menyesal tentang segala galanya... tapi Allah itu maha pemurah, tak kira seteruk mana kita berpaling darinya.. masih ada ruang untuk kita menghampirinya. Aku rasa rendah bila kawan2 aku sekarang dah berada diperingkat degree... serius aku rasa cemburu.. tapi...

Hmnn... pada hakikatnya jalan itu sentiasa ada, aku tak patut rasa aku berada ditempat yang rendah sekiranya aku kenal siapa diri ini seadanya. Aku tak perlu kesal, sebab aku tahu yang aku semakin rapat dengan jalannya. Aku berada dilandasan yang betul... mudah2han. Hari ini bila difikirkan, kawan2 aku, rakan sekerja aku... mereka semua sudah mencecah umur 25 tahun, namun mereka masih berada diparas yang sama dengan aku... aku tersentak dan mula sedar bila aku melihat mereka terus berjuang bagi mendapatkan apa yang mereka mahu. Kenapa perlu aku menyesal kerana masa itu masih belum terlambat buat aku...

p/s : Penyesalan, cemburu, dengki, busuk hati... semua tu datang dari kita sendiri. Kita menilai berdasar apa yang kita pelajari dari hidup ini dan tak semua orang akan lalui perkara yang sama dalam perjalanan hidup mereka. Dari situ wujudnya perbezaan diantara kita semua... cara kita menilai dan cara kita menerima. Penyesalan itu satu pemberian kerana ianya mengajar kita untuk lebih menghargai sesuatu perkara...

2 comments:

Lily said...

Sudahlah Epul... benda dah jadi... la ni kalau buat apa-apa, buat betoi-betoi jangan sampai menyesai nanti...
Haaa... apa lagi? Pi cari kerja! Nanti menyesai tak sudah! xD

Saiful Hapizudin said...

haha... buat apa nak pi cari kerja kalau kerja tu dah ada :P