Hmnn...
Rasanya ramai yang dah lama tahu tentang pemecatan oleh PAS dan rasanya ramai juga yang tahu apa yang cuba dilakukan olehnya setelah pemecatannya itu. Apa pun, apa yang aku dapat dilihat disini, Hassan Ali bersikap amat tidak munasabah dengan menggunakan Media pihak lawan bagi melampiaskan rasa hatinya dan juga meletakkan beban keatas DSAI diatas pemecatannya itu...
Cuba kita berbalik pada kisah sejarah pejuang Islam Khalid Al-Walid R.A apabila beliau dipecat daripada jawatannya oleh Khalifah Umar Al-Khattab R.A sewaktu beliau masih lagi sedang berada di medan peperangan. Beliau tidak lantang bersuara melepaskan rasa tidak puas hati dan masih meneruskan berjuangan sehingga beliau memperolehi kemenangan didalam peperangan tersebut.
Dan setelah peperangan berakhir, beliau dengan lapang hatinya telah akur dengan perintah pemecatan itu dan segera melepaskan jawatannya kepada pengganti yang baru dilantik oleh Umar iaitu Abu Ubaidah ibnu Al Jarrah. Khalid Al-Walid R.A sendiri tidak mengatahui sebab mengapa beliau dipecat tetapi beliau masih tidak meragui Umar Al-Khattab dan menghormati keputusannya itu.
Khalid Al-Walid R.A bukan sahaja tidak berpaling tadah dan mempersoalkan pemecatannya, malah beliau masih meneruskan perjuangannya dibawah pemimpin yang baru dan perjuangannya masih seteguh ketika beliau menerajui tapuk kepimpinan tenteranya dahulu. Beliau berjuang kerana Allah S.W.T dan bukannya kerana Umar mahupun sesiapa.
Berbalik kepada Hassan Ali ni, aku tak mahu mengkritik latar belakangnya tetapi apa yang aku nampak, beliau terus berkokok sana dan sini setelah beliau dipecat. "Saya dipecat kerana Anwar Ibrahim!". Aku rasa dari sini pun kita boleh nampak motif perjuangannya, dan untuk apa beliau berjuang. Ikhlaskah perjuangannya? betulkah jalan perjuangannya itu? terpulang pada kita untuk menilainya.
p/s : Apa yang aku perkatakan ini hanyalah pendapat peribadi, andai kata aku yang salah, bukankah lebih baik menegur terlebih dahulu sebelum menghukum? :)
0 comments:
Post a Comment