CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

My Playlist


Tuesday, January 31, 2012

Hmnn...

Mungkin sejak kebelakangan ini aku banyak meluahkan apa yang aku rasa dan apa yang aku faham, tapi malangnya ramai diantara kita yang lebih suka mengambil pendapat yang diberi dari sudut negatif. Ya, biasanya aku sendiri terdorong untuk memberi pandangan dari sudut negatif. Tapi apa yang menjadikan sesuatu keadaan itu menjadi lebih buruk adalah apabila ego yang melampau didalam diri sekali lagi mempengaruhi emosi. Aku tak kata aku sentiasa betul, tapi apa yang aku beri adalah apa yang aku nampak melalui sudut pandangan aku. Adakah ianya begitu sukar untuk menjelaskan terlebih dahulu sebelum kita menjatuhkan sebarang hukuman sedangkan mereka yang dijatuhi hukuman langsung tidak faham apakah kesalahan yang dilakukan oleh mereka?

p/s : Kadang kala kita menyalahkan orang lain diatas apa yang berlaku, menyalahkan keadaan diatas apa yang berlaku sedangkan pada hakikatnya kitalah punca semua itu terus berlaku.

1 comments:

anisalya said...

kata-kata yang mendorong pandangan negatif. sebab tu kata-kata yang tertulis blh bg pandangan berbeza pd org yg membaca. apa pun kita lbh tahu. pedulikan la org lain. hehehe...