Hmnn...
Entah macam mana aku boleh terjumpa lagu ni masa tengah usha2 video dekat youtube, mungkin bagi orang lain lagu ni tak seberapa... tapi bagi aku lagu ni kira ok. Haha... sekali sekala jiwang. Sebenarnya kalau nak ikutkan apa yang dah berlaku, sekarang aku dah tak berapa pandai untuk bicara perihal cinta. Kalau aku cuba cakap banyak tentang hal ni mula la aku merepek. Jadi lebih baik diam je kan.
Terdapat segelintir pihak yang suka menyalahkan cinta seandainya hubungan yang mereka miliki tidak berpanjangan. Bagi aku, semuanya bergantung pada diri kita sendiri, bagaimana cara kita menghadapinya. Dulu memang aku pernah jadi lemah sebab cinta... kadang2 bila difikirkan balik, rasa malu juga... semuanya kerana cinta? Hmnn... mungkin sebab aku masih lagi terlalu mentah dalam hal ni waktu tu...
Aku tak pernah tahu kenapa, tapi aku yakin setiap apa yang kita tempuhi dalam hidup ini ada hikmahnya. Tanpa kegagalan, manakan datangnya kejayaan. Tanpa kesedihan, manakan berharganya sebuah kebahagiaan. Aku ambil kesempatan ni untuk tujukan lagu ni buat ex aku... Aina, dia selalu kata pada aku yang dia banyak kekurangan... bagi aku setiap kekurangan juga ada kelebihannya. Manusia mana yang sempurna sekarang ni kan...
Haha... Aina ni pernah nyanyikan aku lagu masa aku tido, terbalik pula sebab selalunya lelaki yang nyanyikan untuk perempuankan. Memang aku pun ada nyanyikan untuk dia, tapi bila dia nyanyikan lagu untuk aku... satu kelainan... dan aku rindu saat tu...
Sekarang ni yang dekat dengan aku cuma Iera, dia sanggup buat macam2 untuk aku... aku rasa bersalah dengan dia... tapi hati aku betul2 dah mati... aku dah tak ada rasa untuk bercinta. Walaupun dari awal perkenalan dulu aku dah pernah kata pada dia tentang hal ni... tapi semua ni masih tetap terjadi... aku tak tahu apa yang patut aku buat untuk hapuskan rasa bersalah ni...
Bila difikirkan balik... tak ada apa pun pada aku ni... pelajaran? masih lagi sedang aku usahakan. Harta? aku cuma ada FZ150i dengan nokia C7 yang sepenuhnya hak milik aku. Yang lain semua datang dari orang tua aku. Paras rupa... aku tak boleh nak kata tak lawa sebab nanti dikira aku tak hargai pemberian tuhan, tapi apa yang boleh aku kata lebih ramai lagi lelaki yang jauh lebih baik dari aku dekat luar sana...
Aduh... kan dah kata tadi, aku ni kalau dah cerita panjang berjela mula la banyak merepek... haha.
0 comments:
Post a Comment