CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

My Playlist


Friday, July 30, 2010

Kadang kala, kita menyalahkan orang lain diatas apa yang dilakukan kepada kita.

Tapi...

Kita jarang bertanya kepada diri kita, mengapa kita diperlakukan sedemikian rupa

Thursday, July 29, 2010

Segalanya...




Kadang2 aku tak tahu kenapa...

Kenapa aku tak dapat buat macam apa yang orang  lain lakukan...

Setiap hari aku buka mata...

Aku tak mampu melupakan apa yang telah berlalu...

Segalanya tentang hidup aku...

Mereka yang pernah duduk bersama aku...

Mereka yang pernah berjalan bersama aku...

Aku tak dapat lupakan kenangan tu...

Setiap kali aku melangkah...

Aku tak mampu untuk melangkah jauh dari mereka...

Biarpun mereka mampu melangkah jauh dari aku...

Tapi bagi aku...

Segalanya tak sama...

I MISS... EVERYTHING....

Wednesday, July 28, 2010

Miss Em...


video

- sweet memories 2008 -

Video lama, Fa yang buat.


- Fa - Adam - Dianza - Mangga - Qilot - Juna - Epol -


Tuesday, July 27, 2010

Its 4.28 AM

Monday, July 26, 2010

Hmnn,

Sunday, July 25, 2010

OK

Hmnn,

Aku rasa, aku nak stop social network buat masa ni, aku tak tahu sampai bila. Aku malas hidup dalam bayangan.

Datz all...

Saturday, July 24, 2010

Let me understand...



Life is to short...

To wake up in the morning with regrets...

So love people who treat you right...

And forget the ones who dont...

And believe that...

Everything happen for a reasons...

If you get a chance...

Take it...

If it changes your life...

Let it...

Nobody said it would be easy...

They just promised...

It would be worth it...



p/s :  i will stop for a while, looking for something new... everyday is a gift, hope i wont waste it anymore...

Gitar...



Hmnn,

Bila aku duduk termenung, bersendirian didalam balik, banyak yang aku renungkan. Banyak kenangan yang bermain difikiran...

Tadi, aku terpandang gitar yang sudah beberapa tahun aku beli. Masa tu aku baru tingkatan 2, tak berapa pandai bermain gitar...

Sekarang pun, aku masih tidak begitu pandai bermain gitar, main biasa2 boleh la. Banyak kenangan zaman sekolah gitar ni...

Lagu pertama yang aku mainkan diajar oleh Afa, seorang kawan yang aku pandang tinggi sewaktu zaman sekolah...

Afa, diantara orang yang sanggup membantu aku memperbaiki kelemahan dalam Bahasa Inggeris. Nak minta tolong orang lain, habis dibodohnya aku... "Bodoh la kau ni, itu pun tak tahu ke!"...

Ingat, kita manusia... masing2 memiliki kelemahan tersendiri. Apa yang kita lakukan hari ini, akan ada balasannya nanti...

Hmnn, lagu pertama yang diajar oleh Afa, IRONMAN. Sampai sekarang aku ingat... =)

Tapi gitar tu pun dah tak boleh guna sangat. Tune selalu lari,  nak mintak ganti yang baru agaknya...
 
Inilah dia, diantara kenangan. Orang kata, kita tidak patut memandang kebelakang dalam hidup ini. Aku rasa, tidak salah menoleh kebelakang, itulah dia pengalaman... guru yang memberi pengajaran dalam kehidupan...

You Raise Me Up by Westlife





Dedication to a friend, thanks for being a good friend. Wish u all the best, in what ever you do. =)

Thursday, July 22, 2010

Realiti - Ini Kisah Aku.






Hmnn,

Aku ingat lagi, beberapa tahun yang lepas, bila subjek Sains dan Matematik di tukarkan kepada Bahasa Inggeris. Rasanya, memang aku tak boleh lupa kot. Bacth pertama untuk P&P subjek tu ditukarkan kepada Bahasa Inggeris. Mana nak lupa, masa tu aku sepatah haram pun tak faham apa Bahasa Inggeris ni. Yelah, aku dibesarkan dengan Bahasa Melayu 100% dalam hidup aku. Dah tu, nak baca buku memang bukan hobi aku, anak lelaki bongsu, sebelas tahun bongsu, manja dari segi mentality, setiap apa yang aku buat, aku terima dorongan semangat dari keluarga aku walaupun aku tidak dimanjakan dengan harta benda sejak kecil. Jadi faham2 jelah kan, memang dari segi mentality aku ni lambat matang. Haha, masa tu, memang aku rasa hidup ni susah, pergi sekolah, cikgu bagi tugasan, sepatah haram tak faham. Sampaikan aku kena tanya rakan sekelas, "Mat, cikgu ni suruh buat ape aaa?", Ahaha, nak tahu ape jawapan yang aku dapat? ni dia "Bodoh la kau ni! Itu pun tak faham ke?" dan kemudiannya terus dibiarkan dalam keadaan tidak memahi apa2.

Ianya berlarutan sampailah aku habis tingkatan dua, tapi dalam tempoh tu, macam2 yang aku hadapi. Cikgu suruh aku buat karangan Bahasa Inggeris, nak tahu apa yang aku buat? Aku bagi dia karangan ROJAK, mana2 perkataan yang aku tak tahu, aku akan tulis macam ni, "My name is Ahmad Saiful Rijal bin Hapizudin, i am 13 years old, i have two "abang" and "seorang" little sister" (ahaha, aku sendiri pun nak gelak bila ingat ni). Tapi tak ada la sampai macam tu, aku bagi contoh je tu, beberapa perkataan yang aku tak pernah dengar atau tak dapat fikirkan baru aku buat macam tu. Memang teruk la mase tu, banyak betul gelung merah dekat kertas karangan tu XD. Tapi kesan jangka masa panjangnya, tengok la, Bahasa Inggeris tak jadi masaalah sangat bagi aku sebenarnya, cuma aku perlukan keyakinan diri yang lebih untuk menjadi lebih baik. Sekarang ni, kedua2 subjek Sains dan Matematik ni dah ditukarkan balik ke Bahasa Melayu, aku rasa penggunaan Bahasa Inggeris untuk kedua2 subjek ni harus dikekalkan, ianya memberi kesan positif untuk jangka masa panjang.

Aku pun tak tahu mana yang lebih baik sebenarnya, dan aku tak salahkan mana2 pihak. Memang bangsa kita sukar menerima perubahan, tetapi sepatutnya, pihak pihak tertentu juga perlu menjelaskan dengan lebih terperinci mengapa sesuatu perubahan ini dilakukan. Disebabkan amalam kotor segelintir pihak, rakyat menjadi mangsanya. Entah la labu. Apa pun, dalam keadaan sekarang, aku masih rasakan betapa rendahnya kedudukan aku berbanding orang lain, aku tidak membandingkan diri aku dengan orang yang lebih lemah, sebaliknya membandingkan diri aku dengan mereka yang lebih baik dari aku, dari situ akan wujudnya satu sifat iri hati yang boleh membawa kepada dua keadaan. Yang pertamanya sifat dengki yang mendorong diri kita untuk menjatuhkan seseorang, dan yang keduanya ialah sifat iri hati yang membuatkan kita terus berusaha sebaik mungkin untuk mencapai tahap yang diinginkan. Bergantung kepada diri kita untuk menentukannya, secara jujurnya, aku sendiri pernah berada didalam kedua2 situasi.






Masa kian berlalu dari hari ke hari, semakin banyak perubahan yang berlaku dalam hidup ni. Perubahan ni bukanlah sesuatu yang dapat dielakkan, ianya diluar bidang kuasa kita, kita sendiri berubah tanpa kita sedari. Banyak perkara yang aku pelajari dari hidup ni, ianya sedikit sebanyak memberi sedikit kematangan pada diri aku. Kadang kala, bila aku lihat seseorang yang lebih lemah, aku rasa simpati, dan aku akan cuba bantu. Adakalanya, niat dihati kita baik, tetapi apa yang kita lakukan adalah sebaliknya disudut pandangan orang lain. Sebab tu kita sesama manusia memerlukan diantara satu sama lain, duduk sama rendah, dan berdiri sama tinggi. Setinggi mana pun kita, jangan dilupa asal usul kita, aku tak pandah rendah pada mereka yang lebih lemah berbanding aku melainkan mereka yang memintanya.

Pernah berlaku, masa aku sem 1, Lect suruh budak2 kelas perbetulkan jawapan ujian, ramai sangat yang dapat markah rendah, hanya 4 orang yang berjaya dapat markah yang baik. Masa tu, seorang pun tak tahu siapa keempat2 orang tersebut. Dari enam soalan, lect membincangkan satu persatu. Untuk soalan pertama, awal2 lagi aku dah salah. Pergh, masa tu aku memang diam je la, dah salah kan, nak buat macam mana, memang aku tak tahu pun jawapan untuk soalan tu (walaupun soalan 1 ni macam biasa la, soalan senang). And then ada budak kelas aku ni dapat jawab dengan betul, 2 orang je. Dorang kata, "Fulamak, betul la, bijaknye kita kan" (cakap sampai 1 kelas boleh dengar). Aku pun diam je la, dah jawab salah la katakan. Soalan satu tu banyak anak2 soalan, ada jugak yang aku jawab betul, tapi aku diam sebab dari awal dah salah, dalam hati tuhan je tahu betapa bengangnye aku dengan budak2 yang suka menunjuk ni. 

Masuk soalan dua, budak2 yang suka menunjuk2 tadi mula jawab salah, ahahaha. Tapi aku pulak lain, start dari soalan dua, sampai soalan last, semua jawab betul (aku sendiri pun pelik dengan diri aku, soalan senang jawab salah, soalan susah dapat lak jawab >.<). Masa tu, entah kenapa aku tak dapat kawal perasaan bengang dengan budak2 yang suka menunjuk2 tadi, memang setiap kali cek jawapan aku dapat betul je, aku saje cakap dengan kuat "Fulamak, betul lagi. Pul, kau ni memang bijak la" >:]. Budak2 tadi dah senyap, lect pun senyum je. Lain kali jangan suka nak menunjuk2, lebih2 lagi dengan orang macam aku. Aku ni jenis suka bagi orang makan balik tindakan negatif dorang, bila kena part aku makan balik tindakan negatif aku, memang padan la dengan muka aku. Tapi aku takkan bangga kalau aku tak jujur dengan diri aku, contohnya kalau aku meniru, dapat 100% pun aku senyap je, sebab aku tahu mana letaknya diri aku. Sesiapa budak kelas aku yang baca ni, yang aku cerita tadi tu untuk subjek Sains apekebende entah, aku lupa, subjek sem 1.

Tapi aku tak pernah meniru sampai la sem akhir, sem akhir ni aku tak dapat focus banyak perkara sebab final projek. Final projek ni, satu kumpulan 3 orang, dan macam biasa la, aku ni memang tak suka kerja kumpulan sebab aku susah nak meletakkan harapan pada orang lain. Bila satu kumpulan 3 orang, projek pun kenalah buat projek yang bersesuaian dengan penggunaan akal 3 orang. Malangnya, team aku ni, sorang pun tak boleh harap, si A ni bila aku minta pendapat je, dia akan kata "Entah la. aku pun blur lagi ni". Si B lak, bila aku tanya pendapat dia "ko ada apa2 idea nak tambah tak ni?", kemudian dia tanya aku balik "Idea ko ape?" (walaupun dari mula aku dah bagi banyak idea). Bila bab membuat kerja lak, lagi la, Final report, dorang kata dorang boleh buat, dari 6 syarat wajib yang perlu dibuat, dorang buat satu je, itu pun "Copy & paste" orang lain punya. Selebihnya serah pada aku. Pembelian komponen, penyenaraian komponen dan kajian tentang projek dah tentu2 aku kena buat, idea aku, ajak dorang ni karang, tak habis2 tunjuk muka blur. Minta tolong beli barang, ada je alasan, and then ungkit duit minyak. Ingat aku ulang alik KL ke Sabak Bernam guna air liur ke?. Ramai yang jadi saksi untuk cerita aku ni, even lect sendiri tahu masaalah ni, tapi dia enggan masuk campur.








Di sebabkan kepala aku beban dengan projek untuk sepanjang sem, semua yang aku belajar dalam kelas susah nak masuk. Dan sebagai jalan penyelesaian, terpaksa la aku gunakan toyol (meniru la) masa exam. Aku focus pada apa yang aku rasa bakal masuk, and then aku tulis atas kertas, bawak masuk masa ujian dijalankan. Aku ni pakai toyol lain macam sikit, orang kata, kalau pakai toyol, buat la macam pakai toyol. Bila aku guna benda alah tu, markah test aku tak pernah kurang 4/5 dari markah penuh. Rilek la, bukan aku seorang yang guna toyol ni,ramai lagi, yang tak bawa toyol lak, sebuk minta jawapan dari orang sebelah. Dan macam biasa, bila pakai toyol, tak ada rasa membanggakan pun, rasa kecewa adalah, sebab aku yakin yang aku tak sepatutnya buat macam tu. Final Exam, aku tak pernah guna toyol, masa tu, semua bergantung pada daya usaha sendiri, yelah, exam dalam dewan, pengawas peperiksaan untuk satu tempat paling sikit pun 4 orang, kau toleh sikit je kene sound. Tapi syukurlah, semua subjek yang ada final exam aku tak pernah tak dapat 4 flat melainkan Sistem Elektronik Sem 1, masa tu kepala habis dungu, Lect ajar sepatah haram tak boleh masuk. Bila kita berjaya dengan hasil usaha yang jujur, kita akan rasa begitu puas hati, berbanding mereka yang meniru, sebab mereka yang meniru ni hanya akan rasa lega sebab tak perlu repeat. Aku pernah berada dalam kedua2 situasi. Sebenarnya, jika kita berusaha dengan bijak sebaik mungkin, kita tak perlukan pun toyol2 ni. 








Heh, hidup aku ni, banyak kelemahan. Aku pernah couple dengan orang yang aku baru kenal seminggu. Yang ni cerita tentang kali pertama aku couple. Memang bodoh habis la katakan, dan akibatnya, aku dipermainkan hidup2. Tapi ada yang lebih menyakitkan, waktu bersama dengan Nurqistina Athirah, ahahahaha. Sampai sekarang aku benci dengan orang yang bernama Nurqistina Athirah ataupun nama yang seakan2 dengannya. Walaupun aku faham, setiap manusia dilahirkan berbeza, tapi aku masih rasa tak selesa dengan orang yang memiliki nama tu. Haha, macam apa yang Ben pernah cakap, couple ni, jangan libatkan "seks" nanti kita yang sakit. Yup, hubungan aku dengan Qis ni sememangnya ada sedikit sebanyak berkaitan dengan "seks", tapi tak pernah sampai ketahap "main" tu. Bila kita mulakan sesuatu berkaitan dengan "Seks" ni, kita akan mula addict, jadi aku ingatkan, jangan sekali2 libatkan "Seks" dalam hubungan selagi dia belum menjadi pasangan hidup kita yang sah. "Seks" ni boleh dikawal. tetapi ianya sukar, setelah sekian lama hubungan aku dengan Qis berakhir, baru aku berjaya mengawal sedikit sebanyak perkara2 berkaitan "Seks" ni.

 "Seks" luar nikah ni kan haram dalam Islam, kenapa perlu kita dekatinya? sebenarnya, aku sendiri sakit hati bila melihat berita tentang kes buang anak dan sebagainya. Ianya tidak seharusnya dipersalahkan pada sebelah pihak sahaja, mereka yang melakukan, merekalah yang seharusnya dipertanggung jawabkan. Jangan tunding jari pada orang lain, lihat jauh keadalam diri kita, dan kita yang hanya mendengar, jangan memandai2 membawa cerita dan fakta sendiri. Kita tak tahu kebenarannya. Aku tak takut untuk ceritakan kebenaran ni, inilah dia antara kisah hidup aku, aku mempelajari sedikit sebanyak daripadanya, aku serahkan pada pembaca untuk menilai diri aku. Tapi tolonglah fokuskan apa yang cuba aku sampaikan. Aku pun manusia, melakukan kesilapan, menerima hukuman dan mempelajari pengajaran darinya.








Dan tentang kejujuran dan belas kasihan, kita boleh bertindak jujur, kita boleh amalkan belas kasihan, tetapi haruslah berpada2. Dunia ni takkan jujur dan takkan mengasihani kita. Aku tak mampu berkata banyak tentang ni, tapi itulah yang aku tahu. Jika kita sentiasa mengasihani orang lain, siapa pula yang akan mengasihani kita? tinggalkan sedikit sebanyak belas kasihan untuk diri sendiri. Kita boleh bertindak jujur, tetapi kejujuran itu yang akan membunuh kita. Hidup ni bukan pentas drama, setiap babak tidak dapat diulang, namun kita harus pandai berlakon bagi menempuhi kehidupan seharian kita. Jangan terlalu banyak memberi, kelak akan memakan diri, namun janganlah juga kita menyakiti, setiap tindakan akan ada balasannya nanti :)

Dalam berkawan, aku dah jumpa berbagai jenis manusia, ada yang jujur, ada yang setia, ada yang tabah, ada yang sabar, ada yang bermuka2 dan sebagainya. Memang dulu aku mentah, aku cuba hargai segalanya tanpa menyedari akan hukum dunia. Datang dan pergi, inilah adat dalam hidup ini. Setiap mereka yang hadir, pasti akan pergi suatu hari nanti. Buat masa sekarang, aku meletakkan segala kesilapan pada diri aku. Namun, itu tidak bermakna mereka tidak bersalah. Apa yang aku lakukan sekarang, aku hanya lakukan apa yang seseorang kawan akan lakukan. Tidak lebih dari itu, aku cuba membantu seandainya mereke memerlukan, seandainya aku mampu untuk memberikan. Jangan salah faham dengan segala yang aku lakukan. Dan aku semakin bersedia untuk dilupakan. Berdasarkan pengalaman, mereka akan pergi setelah memiliki sesuatu yang baru, pergi meninggalkan yang dulu jauh dibelakang dan terus melupakan. Hidup untuk memberi, dan jangan harapkan balasan. 

Wahh! Banyak dah cerita, apa2 pun, inilah sedikit sebanyak tentang diri aku. Aku bukan yang terbaik, namun aku tak mahu jadi yang sebaliknya. Kita mampu berusaha, namun bukan kita yang menentukan segalanya. Sebenarnya aku tak ada nak sampaikan apa2 pun, aku hanya ceritakan sedikit sebanyak tentang hidup aku. Dan kalau nak diikutkan, aku pernah menyesal sebab pilih jalan dimana aku berada sekarang ni, namun, sekarang ni aku lebih yakin dengan apa yang aku miliki sekarang. Allah dah menjanjikan rezeki kepada setiap hambanya. Lagipun, aku menerima dorongan sedikit sebanyak dari orang2 dalam hidup aku. Aku dah ditakdirkan untuk melalui jalan ni, jadi jalan ni lah yang perlu aku lalui dengan tabah. Aku akan terus berusaha untuk mencapai matlamat aku, AKU NAK JADI LECTURER dalam bidang electrical ni.



p/s : Ini kisah hidup aku, aku ceritakan sedikit sebanyak daripadanya. Tak kira apa pun, aku hanya manusia, takkan pernah lepas dari salah dan silap. Sekadar berkongsi realiti, terima aku seadanya mahupun pergi jauh dari aku buat selamanya, bukanlah didalam tangan tangan aku. Anda yang menilai, anda yang menentukan, seandainya aku tersalah kata, berilah teguran agar aku menyedarinya. Thanks for reading.



Note : Aku tak bape sehat. Taep ni pun dalam keadaan pening...

Talk to self



If i cant control these game... i shall retreat...

p/s : i cant even control myself, how can i take control on these game?

Komunikasi dalam bentuk "PERCAKAPAN" dan "PENULISAN".

Kedua2 bentuk komunikasi ni ternyata berbeza, dan

Tak salah untuk mendengar nasihat dari orang lain kan...

Hehehehe!



Aduhai... Payah nak cakap...

Apa guna ilmu, kalau tak diamal?

Apa guna belajar, kalau tidak memahaminya?

Once again, dont you have a mirror?

Take your time, think about it. 
  

Hehehe... feels like talking to a trash do ya?

If youre thinking like that,  you really need  a mirror. Buy one, or borrow it from your lovely perfumed mouth loyal friend.

Your words always came back to ya.

Unless, youre smart enough to understand my point.


p/s : This is not the first time i face people like this. I used to be like that, but people changed dude =)

Caution : Ouh! Its my bad.


Addition : 

Sebenarnya aku tak salahkan sesiapa  pun, komunikasi LISAN dan TULISAN ternyata berbeza, ianya membataskan segalanya. Komunikasi LISAN mungkin lebih berkesan dalam konteks ini. Komunikasi melalui PENULISAN adakalanya membawa kepada salah faham apabila pihak yang menerimanya TER-salah tafsir apa yang cuba disampaikan. We human are not PERFECT right, thats why we need each other...

Note : Korang ketuk2 je aku kalau susah sangat nak faham bahasa  >.<

Pergi by Aizat






Sayu terpisah
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari

Kau pergi
Pergi
Sepi tanpa kata
Terdiam dan kaku tak daya kau ku lupa
Apa pun kata mereka
Biarkan kenangan berbunga di ranting usia

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari

Kau pergi
Pergi

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari

Kau pergi
Pergi
Kau pergi
Pergi
Pergi

Hmnn, setelah sekian lama aku buat video ni, baru sekarang aku upload. Sebenarnya dulu aku buat untuk mereka yang dah pergi dari hidup aku...

Datang dan pergi, itulah dia realiti hidup ni. Pergi by Aizat, dedication to those who used to be so close to me. Wish you all the best. Enjoy life.

Dear friend, thanks for the memories...maaf kerana tidak mempu melupa, pahit manis, itulah dia warna warni hidup ini =)


p/s : Masih terasa meskipun aku dah pernah lalui sebelum ini...


Wednesday, July 21, 2010

Demam lah pulak.

Hmnn,

Entah apesal la tiba2 lak demam. Pening kepala macam biasa la kan, sakit tekak ni pun makin buat aku tertekan. Tapi yang paling tak bestnye... hidung dah macam pili air... mengalir je tak henti.... >.<



p/s : Malas tol sakit2 ni, ganggu aktiviti harian.

All the good things, will come to an end...




Speechless...


I knew that, the time will come... =)

Tuesday, July 20, 2010

NOOB!

Akulah NOOB. NOOB tu ape? 

p/s : NOOB kan kan kan! =D

Teet! Thats wrong. 





As I told, you lately that i love you XD



He he he...

Do you really understand what does it mean by stalking? what does it mean by following? am I a stalker? or just a follower? =)

Im not judging, Im telling,  Im sharing. Its all about what i see from their words, what do i understand from the way they are thinking...

Dont you have something to tell me? share with me? or you only want to judge me from my state?

p/s : 

Kalau aku buat salah, kenapa tidak ditegur? Lebih berminat untuk terus menghukum? 

Apalah yang kita dapat apabila melaga2kan orang ye, kepuasan? kepuasan jenis apalah agaknya. Kepuasan mereka yang memiliki PHD agaknya... =D

I dont take em as "STALKER"

Warn : Its my bad, not her =X

Bersyukur apa yang ada dan jangan meminta minta...

Hmnn,


Ayat tu, Cikgu sekolah teknik aku yang kata... aku bersetuju dengan kata katanya... Thanks kerana mengingatkan aku pada sesuatu...


p/s : This is life, tak salah menerima pendapat dan teguran orang lain seandainya ia sesuatu yang betul...

Mimpi Pelik...



Hmnn, pelik... tadi aku termimpikan sesuatu...

Aku pun tak berapa ingat apa yang berlaku, tapi apa yang aku tahu, mimpi tu menceritakan tentang aku dan Aina. Ughh... aku tak ingat jalan cerita... apa yang aku tahu... dalam mimpi tu, aku nampak wajah tenang Aina... renungan yang redup... manis... tapi... entah la... mimpi tu penuh dengan orang dalam hidup aku... saudara mara aku pun ada... Maksu... PakLang... Kak Nad... Kak Safa... dan ramai lagi... apa yang aku ingat... aku buat Aina rasa sedih... dan pergi jauh... start dari situ... aku menangis... menangis sampai ke realiti... Urghh... jam 5pagi aku terbangun dalam keadaan menangis... call dia... dia dah pujuk baru rasa  tenang...

Hmnn, aku tak pernah jangka akan mimpi sesuatu macam ni... dan aku tak mahu pun buat hati dia terluka.. I LOVE U SO MUCH SAYANG... thanks for LOVING me...

p/s :

aku faham tentang cinta ini, ianya lain dari yang lain... hampir dua tahun... kami semakin saling menyayangi...  =)

Jika benar kita menyayangi seseorang, mengapa tidak kita selesaikan bersama, tak perlu menunding jari pada orang orang lain. Jika benar saling menyayangi, cemburu itu perkara biasa, perlu cara  yang betul untuk mengubatnya. =)

Cemburu datang dari dalam diri, satu perasaan yang melukakan diri sendiri. Mengapa perlu kita membenci sedangkan ianya hadir kerana diri kita sendiri. Buruk prasangka, teruk padahnya... kata orang jangan dipercaya, dikhuatiri mereka racun sebenarnya...

Kekasaran bukan penyelesaian segalanya, bukan hanya kekasaran fizikal, malah kata2, mental dan rohaninya...

CAUTIONS : MIMPI MAINAN TIDUR

Monday, July 19, 2010

Forgive me for being honest.

Im not the one who tried to run from the truth, im not the one who tried to hide my shadows. Its you. Forgive me for being honest. 


p/s : Tuhan tak suka orang bermuka2, orang yang mengumpat, mereka yang suka memfitnah, dan perbalahan dikalangan umat. Andai kata aku salah, kenapa tidak ditegur ya, mengapa perlu bertindak sedemikian?

Aku...



Hmnn,


Aku terus melihat jauh kedalam diri aku, dan aku tetap kabur dengan keadaan aku. Aku semakin keliru dengan apa yang sedang berlaku, apa yang aku fikirkan, apa yang aku mahukan. Adakah aku bersedia mahupun sebaliknya...


Apa yang berlaku pada hari ini, tidak akan kekal selamanya, apa yang yang kita miliki hari ini, mungkin hilang apabila tiba masanya. Tak kira apa yang kita lakukan, tak semuanya terletak ditangan kita. Kita hanya mampu berusaha, namun tuhan menentukan segalanya. Tak kira apa pun, ianya tidak boleh dijadikan alasan untuk kita terus berputus asa, mungkin kita mampu mengubahnya, jika kita nekad untuk mengubahnya.


Kadang kala, aku cepat berputus asa, berputus asa dengan apa yang aku hadapi, inilah diri aku, aku sentiasa mengharapkan diri aku sendiri, namun kegagalan aku memahami keadaan sering membawa kehampaan. Aku sentiasa memerlukan orang lain untuk terus memberi semangat dan terus menyedarkan aku dari kehampaan.


Antara sedar dan sebaliknya, inilah dia kehidupan, hari ini sentiasa memberi pengajaran. Ada masa kita gembira, ada masa kita kecewa, ada masa kita berjaya, ada masa sebaliknya. Namun tak semuanya akan kekal selamanya. Tekad dan percaya pada diri, mungkin kita masih mampu untuk mengubahnya...


Aku bukanlah yang terbaik, namun aku enggan menjadi sebaliknya. Demi mencapai apa yang aku inginkan, aku haras tabah dan redha untuk menerima segalanya. Aku boleh ada kawan, aku boleh ada saudara, tetapi bukan mereka yang menentukan segalanya.


Hidup aku, aku yang berfikir, aku yang melihat, aku yang berkata, aku yang melakukan segalanya. Tanam kepercayaan pada diri, pegang teguh pada agama. Insyaallah aku mampu hadapi segalanya. I love u... my self.

INVISIBLE

Hmnn... Once again, just a little talk to myself.


Sebenarnya invisible ni bukan cara aku, tapi nak buat macam mana kan. Diatas sebab2 tertentu, aku buat keputusan ni. Keputusan ni bukan disebabkan dunia online. Tapi aku segan lak dengan member2 aku. Mana taknye, aku sorang je anak raja, cari kerja tak dapat2. Dorang semua kejap je dapat, apelah nasib. Tapi aku still akan mencuba. Never Give up dude, I LOVE YOU, I LOVE MYSELF =)


p/s : since aku ada berapa bulan je lagi, aku rasa baik aku kerja biasa2 je. Part time pun boleh. Kepala tak habis fikir study.

Hanya Untukmu...



1, 2, 3, GO!! (amende neh?)

Hmnn... Kembali pada cerita tentang aku... tajuk entry tak ada sebarang kaitan pun dengan isi kandungan entry >:]

Aku pun tak tahu apa yang aku rasa sekarang ni, bosan, bengang, rasa nak menyalahkan orang lain, kecewa, semuanya ada. Baru nak bergembira sikit, ada je yang potong line. Letih aku macam ni, makin di fikir makin sakit je kepala ni... Rase lemah je... zzz...

Bila aku pandang balik jauh kedalam diri aku, hidup aku dalam beberapa tahun kebelakangan ni, aku sendiri pun tak tahu apa pencapaian terbaik aku. Sekadar pointer tinggi2, aku tak rase ape pun. Nak buat ape pointer tinggi2 ni? Makan ke? Sekadar nombor di sekeping kertas je la. Yang mungkin membuatkan hidup aku lebih cerah suatu hari nanti.

Zaman sekolah  jangan cerita la, penat dah nak kenang. Aku banyak bazirkan hidup aku untuk benda yang tak ada pada hari ini waktu zaman sekolah aku. Kenang zaman sekolah, semua member2 aku pun dah bawa haluan sendiri. Selamat maju jaya untuk mereka...

And then antara yang memberi kesan dalam hidup aku, kenangan SB. Kadang kadang aku teringat, sejak kali pertama aku masuk SB, sampai SB mati. SB mati pun, tepat waktu aku sambung belajar. Benda ni, kalau nak hilang, bila2 je boleh hilang.

Aku rindu team Teakwondo, aku rindu tournament. Tapi ingat balik waktu last sem, teruk jugak aku rasa. Final projek tu betul2 buat aku down dengan lect yang membiarkan aku terikat. Urghh!! Bengang betul aku. Dah2, malas cerita tentang ni, bengang lak aku.

Cerita tentang poli, haha, macam biasa la, aku ni bukan jenis berkawan sangat. In fact, aku tak ada pun kawan >:]. Benda yang sama sentiasa berulang, aku habis sekolah rendah, semua member sekolah rendah dah entah pergi mana2. Habis sekolah menengah, pan sama gak, Poli pun, same je lah. Ahahaha. Tak tau nak kata apa. Life yang best. Apa pun, aku harap apa yang aku dengar hanya satu kesilapan.

Tiba2 rasa malas nak bercerita, sebenarnya dari tadi malas nak bercerita.. Thee hee hee >:]. Apa pun, Happy Birthday to ME.  Hadiah paling bermakna, Doa ibu bapa, hadiah dari si dia, dan keikhlasan semua yang wish. Kek tahun ini tersangatlah sedap, Chocolate Blueberry =9 tp aku tak suka amik gambar benda tak bernyawa. >:]




Pada semua  kenalan, maaf kerana tidak wish bday anda semua sepanjang tahun. Sebab, tak ada makna pun kan. Pada yang wish melalui phone, aku tak tahu pun siapa yang wish sebab aku dah buang semua kenangan. Apa pun, thanks. Enjoy!


p/s : Aku dah kehilangan banyak perkara dalam hidup aku, hinggakan aku tidak takutkan sebarang kehilangan melainkan Keluarga aku, dia, dan juga masa depan aku.

Sunday, July 18, 2010

A big "GRIN" for her =D

Weyh, kau jangan "bla bla bla" dengan "bla bla bla" dorang tu "bla bla bla"~~

Keep mumbling about "Stalker, stalking n etc". 

Who did that? is it her? is it him? is it me? or is it you? =D

Dont you have a mirror?

p/s : Macam yang aku cakap, aku tidak menyebelahi mana2 pihak. Bukan tuduhan, tapi realiti, jangan benci orang lain diatas perbuatan sendiri. This is not about him, its her, talam dua muka. And dont MISTAKENLY assume the wrong "HER" ^_^

* maaflah kalau bahasa Inggeris aku tu teruk, im not as smart as you =D

HATERS! =D


Why do we kill people who kill people to show people that killing people is wrong ?

p/s : aku tak bercakap kosong, its a fact from what i see. My words are quite simple, focus on the pic, my words, and what lays behind it. If they are smart enough to understand what do i mean. Im done when you are done. Its not me who run from the truth, you know it was you =)

* bad english, hell yeah, im stupid, not as smart as you ayte :D

Saturday, July 17, 2010

Trust Me, it wont work...



Hmnn,

Ada sesetengah pihak menyangka, dengan melukakan hati seseorang mampu membuatkan mereka membenci dan terus melupakan kita. *Sigh*

Hanya budak budak je yang berpemikiran begitu,  tak semua orang boleh menerima keadaan tu, adakalanya ada  yang akan terus membenci dan berdendam. Cara tu tidak praktikal untuk digunakan.

Adakalanya niat dihati kita mulia, tetapi apa yang cuba kita lakukan adakah sebaliknya. Tak semua orang akan dapat memahami apa yang cuba kita sampaikan, lebih lebih lagi dari sesuatu yang menyakitkan.

Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dalam membuat sesuatu keputusan, lebih lebih lagi apabila ianya melibatkan pihak lain.

Hubungan sesama manusia ni, bukanlah sesuatu yang mudah, perbezaan corak pemikiran mencipta jurang kesefahaman sesama manusia.

Biarlah dia melupakan segalanya dengan caranya, ianya adalah sesuatu yang normal dan biasa berlaku diantara manusia.

Kita tak boleh harapkan orang lain untuk memahami kita, mahupun apa yang kita cuba lakukan, apa yang kita cuba sampaikan. It wont work, trust me.

p/s : Aku tak bermusahan dengan sesiapa, mahupun menyebelahi sesiapa melainkan mereka terus yakin dengan prasangka buruk mereka. Lihat jauh kedalam diri kita, sebelum kita melihat orang lain. Aku harap semuanya akan selesai dengan baik. I dont use any bad words =)

A little talk to myself. Thee hee hee >:]



Hmnn, lihat jauh kedalam diri kita sendiri... sebelum cuba melihat diri orang lain... corak pemikiran setiap manusia sememangnya berbeza... itu yang mendorong kepada salah sangka... =)

p/s : what if... light and shadows is the same person...

Friday, July 16, 2010

Sekarang Semua dah berubah.



Hmnn, 

Nak tak nak, aku terpaksa masuk campur, since "Dia" adalah mangsa keadaan. Ok la, orang boleh tuduh aku pelbagai cerita, kata aku bawak mulut atau sebagainya. Tapi apa yang aku bagi pada dia hanya benda ni.


Apa yang aku bagi, tak mendatangkan keburukan pun pada kau, aku cuma nak dia faham apa yang kau nak. Memang dari awal aku tak tahu pun siapa yang salah. Dan aku minx dia minx maaf pada kau jika dia ada buat salah pada kau.

Apa pun, kalau perkara ni melibatkan perasaan, kita tak boleh paksa orang lain untuk kawal perasaan dia. Kita sendiri pun tak mampu kawal perasaan kita. Bila kita sedih, kita menangis, bila kita gembira, kita ketawa...

Kalau kita sayangkan seseorang, boleh ke kita lupakan orang tu dalam masa yang singkat? . Mungkin ada yang boleh, tapi tidak semua. Dan perasaan mereka yang dah memiliki pengganti tidak sama dengan mereka yang masih bersendiri.

Bila kita ada pengganti, kita akan focus pada orang baru, mudah untuk lupakan yang dahulu, tapi semua ni tak semudah tu bagi mereka yang masih bersendiri, mereka berhak untuk memiliki masa untuk melupakan. 

Berikan dia masa, tentang blog, biarlah dia lakukan apa yang dia mahu selagi tidak melebihi batasannya. Sekadar luahan rasa, adakah itu melampaui batas? Kalau tak sanggup hadapi risiko, kenapa perlu baca luahan hatinya? dia yang bersendiri, dia yang terluka, berikan dia masa untuk lupakan segalanya. Jangan digenggam bara api, kalau tak tahan melecurnya nanti.

Dan kalau dia yang memfitnah dan menyebarkan segala yang bukanlah kebenarannya, memang wajar untuk kita mengambil tindakan, bukan sahaja kau, aku sendiri pun benci kaki fitnah.Hukum memfitnah di dalam Islam, kita masing2 tahu kan. 

Aku tak menyebelahi sesiapa dan aku bukan lalang, tapi kadang kala, kita tak boleh hanya memikirkan diri sendiri. Pentingkan diri, orang lain jadi mangsanya. Buatlah keputusan yang korang rasa terbaik untuk semua, dan bukan hanya sebelah pihak sahaja.

Sejujurnya jauh di sudut hati, aku enggan masuk campur, dan aku minta maaf diatas apa yang berlaku. Dan aku harapkan, hindarilah diri kita dari prasangka yang membawa kepada perbalahan. Aku sedia hadapi segala yang bakal berlaku diatas apa yang aku lakukan hari ini.

p/s : kekerasan, paksaan, batu api, fitnah dan tohmahan bukanlah penyelesaian segalanya. Kita masing2 dah besar, act macam dah besar...

Thursday, July 15, 2010

I am totally not involved.

Dear friend,

Aku tak tahu apa yang berlaku diantara korang semua, dan apa yang aku tahu pun, sekadar tempias dari cerita yang sebenarnya. Aku takkan back up sesiapa, dan kalau aku bersuara pun, aku takkan pandang pada sebelah pihak sahaja.Perkara ni pun, bukan life aku, aku cuma ambil berat tentang kawan2 aku. Jika keadaan memerlukan, barulah aku akan bersuara.

Aku sendiri pun bukanlah sebaik mana, aku cuma cakap berdasarkan apa yang aku rasa betul. Kalau aku salah sekali pun, apa salahnya memperbetulkan ye tak, janganlah hanya tahu menghukum sahaja, kita sesama manusia sentiasa melakukan kesilapan, dan kita bukan tuhan untuk menentukan pembalasan. Manusia sukar menerima tekanan, kekerasan haruslah dielakkan, bukan sahaja fizikal, malah kekerasan mental melainkan jika keadaan memerlukan.

Apa pun, semoga semuanya dapat diselesaikan dengan baik, aku faham dengan perasaan tidak puas hati selagi sesuatu perkara tidak diselesaikan. Lakukanlah apa yang sepatutnya. 

p/s : ada yang sering menceritakan betapa mereka tidak mempercayai aku tanpa menyedari yang aku langsung tidak mempercayai mereka.


Sunday, July 11, 2010

Aku.

Hmnn, sebenarnya kalau nak diikutkan, aku dah lama give up, give up dengan segalanya dalam hidup aku ni. Aku mudah putus asa apabila berdepan dengan sesuatu yang aku rasa diluar batasan kemampuan aku. Tambahan, aku bukanlah seseorang yang berkeyakinan tinggi, ada kalanya aku yakin, itupun tentang perkara yang tak seberapa, hanya sebahagian  kecil dari hidup ni, yang selebihnya adalah sebaliknya...

Hakikatnya, aku tak boleh bersendiri dalam hidup ni, aku perlukan kata2 semangat dari orang lain. Walaupun aku berkemampuan dalam melakukan sesuatu perkara, namun semuanya pasti tak menjadi dengan diri aku yang tak berkeyakinan ni. Dan aku rasa, terlalu berkayakinan juga mampu mendatangkan masaalah pada diri aku. Aku memang memerlukan seseorang untuk mengawal diri aku...

Sesetengah orang kata, aku ni terlalu lembut hati, mudah dipengaruhi keadaan, perasaan dan kata-kata. Memang itu adalah hakikatnya, adakalanya aku bertindak melulu, dan adakalanya, aku terlalu yakin dengan apa yang aku faham sehingga mendorong aku untuk bertindak melulu, sesuatu yang merugikan dalam hidup ni. Entah la... aku pun tak tahu...

Aku tengah lapa gile ni... apa yang nak ditulis pun tak dapat nak dikeluarkan... next time lah aku cerita...

Saturday, July 10, 2010

Hmnn, aku tak tahu kenapa, dari dulu sampailah sekarang, aku bukanlah seseorang yang berkeyakinan tinggi, aku tak tahu macam mana untuk meyakinkan diri aku dalam apa jua yang aku lakukan. Kadang kala, terlalu mencerminkan diri pun tak boleh jugakkan. Bila kita tahu dimana letaknya kelemahan kita, mungkin kita akan menjadi takut untuk menghadapinya bila kita gagal menemui jalan penyelesaian yang sepatutnya...

Thursday, July 8, 2010

Big Dismal - Remember


 "Remember (I.O.U.)"

When I was a young child
You watched over me
You kept me safe inside your arms
And then you set me free

So I flew away like a bird

Not knowing which way to go
The light you give me inside
It will always glow

And I want to remember

All the times we shared
And I won't ever forget your face
You know your hands were always there

And still you're strong when I'm weak

It never seems to fade
I can hear your voice here with me
Whenever I'm awake

And I know you'll be there 'til the end

Until the end of time
Because you sacrificed it all
Just to give me life

And I want to remember

All the times we shared
And I won't ever forget your face
You know your hands were always there
You made me the man I am
The man I am today
And for that I owe you everything

It's been so long, I can't go on

Without you by my side 



P/S : Dedication to those who used to be so close to me. Sorry for everything. 

Failure.



Hmnn, dalam 7  hari lagi birthday aku, tapi dengan keadaan macam ni, aku tak mahukan semua ni. Ada baiknya jika aku tak pernah wujud dalam keluarga ni...aku tak tahu apa yang betul, apa yang salah... apa yang aku pasti... aku selalunya salah... sentiasa salah... dan sekarang... aku tak tahu kemana arah aku...

Wednesday, July 7, 2010

Hmnn, kadang2... aku cuba pujuk diri aku untuk pulihkan semangat aku... tapi... selalunya jugak la ada perkara tak kene yang berlaku. Sekarang ni aku rasa, aku la yang paling tak guna sekali dalam keluarga ni, tak menyumbang, malah menyusahkan...

Hmnn, tadi aku nak tengok tv, and then adik aku boleh bantai pura2 mengamuk nak tengok tv pulak masa tu, maki hamun aku macam la aku buat dosa besar. Sebenarnya dia tu da memang biasa maki hamun aku, yelah, anak manja... tambahan, aku cuma sampah je dalam keluarga ni...

Bila dia da mula meradang atau dengan lebih tepat pura2 meradang tu, dah tentu2 aku makan maki hamun dari ayah aku. Hmnn, biasa la.. bila seseorang tu marah, dia akan lepaskan apa yang dipendam dalam hatinya, disitu aku nampak tempat aku dalam keluarga ni...

Selama ni pun, ayah yang banyak bagi aku semangat, itu yang membuatkan aku lupa tempat aku dalam keluarga ni. Kadang kala, seseorang tu akan meluahkan sesuatu hanya kerana ingin memberi semangat walaupun pada hakikatnya, segalanya ternyata berbeza...

Bila dah sampai tahap nak menghalau aku dari rumah... ternyata semua orang pun boleh nampak dimana tempatnya aku kan... aku tak tahu kesalahan apa yang aku buat... aku tak sedar pun... tetapi ternyata ianya dianggap besar. Marah sebab adik aku pura2 meradang, aku makan maki dan dihalau dari rumah ni...

Hmnn, mungkin pada hakikatnya... aku patut jauh dari keluarga ni... hanya menyusahkan sahaja... apa pun... aku teringin nak minta maaf jika ada salah dan silap... cuma aku tak berani... siapalah yang akan terima sampah macam aku ni...

Walaupun aku tahu dan cukup faham tentang sesuatu perkara, namun aku jarang mengatakannya. Ada sesetengah perkara perlu dibiarkan sahaja, ada sesetengah perkara hanya dibicarakan apabila perlu, dan ada perkara yang mesti kita perkatakan.

Aku dah buat banyak kesilapan, dan aku tak mahu mengulanginya lagi. Mereka yang tidak tahu tentang aku tidak seharusnya membuat andaian sendiri. Manusia berubah dari masa ke masa tanpa mereka menyedarinya. Ada perkara yang perlu berubah, dan ada yang harus dikekalkan, apa yang penting, mengenali diri sendiri sebelum mengenali orang lain.

Sebagai manusia, kita harus tahu taraf kemampuan kita, tidak terlalu memperkecil, mahupun sebaliknya. Setiap orang ada kelebihan dan keburukan tersendiri, dan kita tidak mampu membuatkan orang lain untuk memahaminya, jadi kita perlu memahami kesesuaian sesuatu perkara mengikut keadaan. Memahami apa yang perlu, dan apa yang sebaliknya...

Adakalanya  hidup ini memerlukan pengorbanan bagi mencapai sesuatu  yang lebih baik...

Tuesday, July 6, 2010

Hahaha. A little talk to myself.

Hmnn,

Sekarang ni, aku rasa, aku ni tak adalah teruk sangat, since result poli aku pun boleh dikategorikan baik, yelah senarai Anugerah Ketua Jabatan, AKJ (Dekan di U). Ramai orang kata Poli ni senang, yeah, senang sebab lecturer terlalu baik hati. Tapi aku dah cukup rasa kepayahan di Poli ni. Sebenarnya aku sakit hati jugak, aku study separuh mati, last2 orang lain dapat soalan bocor macam tu je, @#$%^ betul. Tak puas hati sebenarnya aku ni.

Haha, anyway, dari apa yang aku lihat, kalau aku pandai bawa diri, peluang pasti akan jadi lebih cerah. And then, punca kenapa mood aku takda la down sangat sebab, ramai diantara mereka yang ada ijazah pun belum tentu dapat kerja baik, bergantung pada course, result dan peribadi individu. Aku tak ada rupa, tapi aku ada hasil kerja dan ianya adalah lebih baik berbanding sekadar kata2 dan segulung sijil kelulusan, yeah, youre DAMN great dude. 

Aku boleh hidup tanpa melupakan kenangan lalu, tak macam mereka yang sentiasa lari dari kenyataan bagi menyembuhkan semangat. Pengalaman mengajar dan menghadapinya tanpa melarikan diri memberikan kekuatan yang tak kita jangka. I AM WHAT I BELIEVE.

I LOVE MYSELF. =D

p/s : Bad English dude.

Kembalinya Sepi Keluarga ini.



Hmnn,

Sekarang  cuti semester pelajar U dan poli dah habis, dorang semua dah kembali belajar. Aku je yang menunggu Januari depan. Harini jugak, semua abang2 aku dah kembali ke U masing2. Rumah di dah kembali sunyi, dah tak ada gelagat abang2 aku. Dulu memang selalu je ada yang tak kena antara aku dengan abang2 aku ni, tapi semuanya berubah dalam masa yang sentiasa berlalu, hubungan adik beradik kian rapat dari hari ke hari.

Sekarang ni musim piala dunia FIFA pun dah tak ceria bagi aku, Argentina dah pun meninggalkan arena FIFA tahun ini setelah kalah teruk dengan Germany. Bukan kerana lemah dan tidak handal bermain, tetapi kerana permainan pemain Germany adalah jauh lebih baik. Aku dah janga semua ni, tapi kecewa masih terasa.

Hmnn, dengan perginya abang2 aku ke U masing2, aku rasa rumah ni seakan akan kosong. Yela, Parent aku kerja, keluar pagi malam baru balik, adik aku sekolah, balik dengan mak aku. Hmnn, kalau tak ada juga teman berbual, abang2 aku, cerita tentang piala dunia FIFA ni, game, or life masing2. Tapi sekarang semuanya dah kembali sunyi.

Apa2 pun, aku ucapkan all da best untuk kedua2 abang aku dan mereka yang pergi menyambung pelajaran. Aku sayangkan keluarga aku, lebih dari nyawa aku di dunia ni,  tanpa mereka, semangat aku dah lama mati. :)

Sunday, July 4, 2010



Bila aku lihat jauh kedalam diri aku...

Aku sentiasa nampak kegagalan... Penyesalan...

Kadang kala aku terlalu kecewa dengan diri aku...

Sampaikan ada masanya air mata mengalir...

Aku tak tahu bagaimana untuk terus berharap...

Harapan yang sentiasa memberi semangat...