CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

My Playlist


Saturday, July 17, 2010

Trust Me, it wont work...



Hmnn,

Ada sesetengah pihak menyangka, dengan melukakan hati seseorang mampu membuatkan mereka membenci dan terus melupakan kita. *Sigh*

Hanya budak budak je yang berpemikiran begitu,  tak semua orang boleh menerima keadaan tu, adakalanya ada  yang akan terus membenci dan berdendam. Cara tu tidak praktikal untuk digunakan.

Adakalanya niat dihati kita mulia, tetapi apa yang cuba kita lakukan adakah sebaliknya. Tak semua orang akan dapat memahami apa yang cuba kita sampaikan, lebih lebih lagi dari sesuatu yang menyakitkan.

Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dalam membuat sesuatu keputusan, lebih lebih lagi apabila ianya melibatkan pihak lain.

Hubungan sesama manusia ni, bukanlah sesuatu yang mudah, perbezaan corak pemikiran mencipta jurang kesefahaman sesama manusia.

Biarlah dia melupakan segalanya dengan caranya, ianya adalah sesuatu yang normal dan biasa berlaku diantara manusia.

Kita tak boleh harapkan orang lain untuk memahami kita, mahupun apa yang kita cuba lakukan, apa yang kita cuba sampaikan. It wont work, trust me.

p/s : Aku tak bermusahan dengan sesiapa, mahupun menyebelahi sesiapa melainkan mereka terus yakin dengan prasangka buruk mereka. Lihat jauh kedalam diri kita, sebelum kita melihat orang lain. Aku harap semuanya akan selesai dengan baik. I dont use any bad words =)

1 comments:

ili said...

E'pol lukih sendrik eh kartun tu? :)