Hmnn,
Suatu ketika dulu, aku seseorang yang tak pernah kenal erti cinta, tak pernah mendalami tentang cinta yang sebenarnya. Entah apa bezanya diantara cinta dan suka, entah apa ertinya bercinta, tanggung jawab mereka yang bercinta...
Hari demi hari berlalu, mula wujud perasaan suka dan minat dalam diri ini, minat pada seorang wanita. Hmnn, hanya minat tak berguna, sampai mati aku pendam segalanya. Bila kaki mula melangkah, hati lupa pada setia, diri hilang kawalannya...
Entah mana jalan yang ku tuju, bila langkah mula terpesong, diri terima balasannya. Aku faham erti ditolak, dan akulah lelaki yang sesat dijalan kekecewaan...
Tak mengapa. Hari demi hari, diri yang sesat kian lupa pada kekecewaan. Mulalah diri seseorang yang mengecewakan. Aku sang kumbang, yang meracuni segala bunga...
Diri lupa pada mereka, mereka yang miliki hati dan perasaan. Diri lupa pada mereka, mereka yang mengharap penuh harapan. Pentingkan diri, seringkali mengecewakan...
Masa berlalu, aku bertemu dia, dia yang muncul penuh kelembutan. Menawarkan cinta yang telah lama diri ini tinggalkan. Aku yang haus dahagakan cinta, dengan bodohnya menerima tawarannya. Sekali lagi diri kecewa, namun masih terlalu mentah untuk memahaminya...
Ketika diri sedang kecewa, muncul dia yang baru menawarkan cinta. Silap langkah gaya dan caranya, terlalu sama dengan si dia. Aku yang enggan kecewa, sekali lagi kembali mengecewakan. Jauh dalam hati, terlalu angkuh diri berkata, takkan aku boleh terjatuh, terjatuh dalam jerat yang sama...
Diri rasa keliru, keliru dengan segalanya. Apa yang aku lakukan, manakah letak betul salahnya...
Entah mengapa, diri ini masih buta, buta pada kejelitaan wanita. Muncul dia dewi jelita, penuh berbudi lembut tutur bahasa. Lelaki mana mampu menolak, menolak pinangan dewi jelita.
Pertama kali aku seakan memahaminya, wujud sayang dalam jiwa, tebalnya kasih pada dirinya. Namun, segalanya dipersia, entah kenapa diri merana, hingga kini aku merasa kesannya.
Bila hari berganti hari, segala sayang entah kemana, janji setia tiada guna, segalanya hanya sia2. Pedih dan seksa, sakit dijiwa bila mati dijadikan alasan perpisahannya...
Bodohnya aku, sentiasa buta pada hakikatnya... merayu rayu bagai nak gila, merayu pada dia yang takkan pernah mendengarnya...
Sedang hati dalam kecewa, muncul dia dewi setia. Entah mengapa, buta dan bodoh, aku enggan menerimanya. Kasih sayang ditawarnya, rela setia diberikannya, namun aku tetap sama, bodoh dan buta kerana sakitnya cinta...
Pelik, hati mula berlembut, diri cuba menerima kehadirannya. Ternyata, dia memang dewi setia, penuh dengan kasih sayangnya. Tiap hari aku bahagia, bahagia dalam kasih sayangnya...cinta suci dari hatinya...
Aku, mula terasa sayang pada dirinya, mula ketagih pada kasihnya. Namun sakitnya aku pada cinta, melunturkan diri dari setia.
Biar, tak terniat dihati melukakannya, namun diri sentiasa melakukannya. Aku bodoh, buta, bukan lagi insan yang setia. Setiap hari aku melukakannya...
Biar dalam kasihku padanya, biar diri faham makna cinta, namun pada hakikatnya... aku sentiasa melukakannya... melukakan dia dewi setia, dewi jelita yang tulus cintanya...
Aku sentiasa keliru, bodoh dan buta... aku tak faham apa maknanya... tapi pada hakikatnya... aku tak pernah layak untuk dia...
p/s : Aku bukan lelaki setia, aku bukan sebaik baiknya manusia, aku tak layak untuk dicintai... aku tak layak untuk cintanya... tak ada niat untuk melukakan, tapi aku sendiri sentiasa mengecewakan...
Hitamku - Andra and the backbone