CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

My Playlist


Saturday, October 16, 2010

Saat Yang Indah :)

Hmnn,

Harini aku ikut keluarga aku keluar, pergi Selayang Mall dengan Kedai barangan sukan Al-Ikhsan je. Tapi rasa seronok sikit, walaupun abang ngah tak ada, tapi sedikit sebanyak apa yang berlaku banyak membuka mata dan minda aku yang baru setahun jagung ni.

Mula2 sekali ayah bawa aku dan abang long pergi ke kedai barangan sukan Al-Ikhsan, dia bagi pilih apa sahaja yang kami nak, Along dapat apa yang dia nak, kasut Adidas yang berharga lebih kurang RM250. Aku tak beli pun, sebab tak ada yang aku minat. Aku tak perlu takut jika tak ada peluang lain lagi sebab aku tahu ayah macam mana. Maklum ah, tiba2 kali ni kami tak minta pun ayah offer untuk belikan :)

Lepas tu pergi Selayang Mall, adik aku Baby nak beli anak patung barbie. Haha, melayan dia cari apa yang dia nak punyalah lama. Tapi sebelum tu sempat lagi singgah dekat stall McDonald beli Cornetto Mcflurry untuk Along, Oreo McFlurry untuk Baby dan Siti, takkan dorang je kan. aku yang pergi beli, mesti nak sesuatu jugak, Vanilla Milkshake my Fav :)

Dah sudah beli anak patung adik aku si Baby tu, ayah suruh aku cari kasut yang aku minat. Yela, Selayang Mall tu kan ada banyak kedai kasut, nak beli baju dekat Parkson ayah kata barang dekat situ tak ada kelas. Sebenarnya aku sendiri tak faham, masa tengah kering, semua benda rasa macam nak dibeli, bila dah ada peluang, semua tak berkenan dihati. Apa pun, akhirnya dapat juga aku cari kasut yang betul2 sebati dengan diri aku. Kasut boot Kangaroo, aku dah lama berkenan dengan kasut macam tu. Tapi maklum lah, nama pun student, mana ada pendapatan sendiri nak beli barang mahal macam tu. Thanks Ayah :)

Selesai beli kasut, ayah suruh cari jaket, yela, lelaki berbadan macam aku ni mana sesuai pakai sweater, dada bidang la katakan. Tapi macam yang aku kata tadi, bila ada peluang macam ni semua benda tak berkenan dihati, aku tak jumpa jacket yang aku minat. Selalu ada je, harini tak ada, ayah kata nanti cari dekat kedai lain :D

Lepas selesai shopping, kami pergi makan satay kajang haji samuri dekat luar Selayang Mall tu. Benda baru la katakan, serve tengah sedap. Layankan aje la, makan kenyang2. Tak kisah la berapa banyak jenis satay pun yang ada dalam dunia ni, satay ayam juga yang paling sedap. Minum biasa2 je la, teh o suam, teh o ais limau, air laici, ABC dan yang mesti ada, air kosong :)

Masa makan tu, sempat juga la berbual2 dengan ayah dan abang long, apa yang mereka perkatakan banyak membuka minda aku yang tidak seberapa ni. Dari bab agama, politik dan kehidupan. Dah tentu aku tak akan bercerita tentang politik didalam blog ni, bab agama pun kurang, nanti dituduh ajaran sesat. Maklumlah negara kita ni, mereka yang buat maksiat 24jam sehari bebas bergembira, mereka yang sibuk beribadah ilmu agama pula yang dituduh ajaran sesat, contohnya seperti Al-Arqam tu, apa yang kamu tahu tentang mereka sehingga kamu beranggapan yang kamu layak mengatakan mereka itu sesat? jangan bercerita tentang apa yang kita dengar seperti kita menyaksikannya :)

Tentang kehidupan, ada beberapa pihak yang begitu mengenali diri ini tahu akan apa yang telah aku lakukan. Aku telah membuang mereka yang tidak memerlukan aku dan mereka yang sering menyusahkan aku dari hidup aku. Aku telah membungan masa silam jauh kebelakang, dan beranggapan bahawa aku adalah lebih baik apabila bersendiri. Minda budak baru setahun jagunglah katakan, sebagai seorang ayah, dia tentu cukup kenal siapa diri aku kerana aku tidak akan berdalih darinya. Selain memberi semangat dan keperluan, dia banyak mengajar aku untuk bertindak lebih bijak dalam menjalani hidup ini. Terima kasih ayah :)

Hmnn, banyak yang tidak akan aku lupa. Dari dulu hingga kini, sedikit sebanyak ayah telahpun menanamkan ilmu agama dalam diri anak2nya yang masih mentah ini.  Solat jangan tinggal kerana ia adalah tali agama, tiang agama kita. Setiap kali selepas solat jangan lupa untuk meminta kepadaNYA agar dikurnia dan dijagakan IMAN, ISLAM, TAUHID dan MA'RIFAH kepada diri kita dan sebagainya...

Thats all for now... tiba2 datang bersin dan selesema... Adoila... >.<



4 comments:

Cik Bulat said...

wahh ! dye update belog! oi kawan ! sihat??

Saiful Hapizudin said...

haha... ya, dah jarang2 berkongsi cerita ni. Sihat je, kamu?

Cik Bulat said...

sihat jugak.. aah.. sangat mengantok..

Saiful Hapizudin said...

silalah tido :)