Hmnn,
Rasanya, ramai yang tahu kesilapan aku yang dulu. Tapi tak mengapa, syukur alhamdulillah kepadanya kerana sekali lagi DIA telah mempermudahkan perjalanan aku dengan peluang yang kedua ini. Jika tiada sebarang aral yang melintang, aku akan melanjutkan pelajaran sebagai pelajar integrasi di Politeknik Port Dickson pada awal bulan Disember ini.
Hmnn, sememangnya aku enggan kembali ke Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam lagi. Banyak perkara yang enggan aku lupa. Pahit manisnya, namun aku sememangnya enggan untuk kembali ke sana. Ya, aku akan kembali, tetapi mungkin hanya pada majlis konvo nanti. :)
Aku tak tahu apa yang menunggu aku disana, tetapi aku hanya akan berada disana untuk 2 semester sahaja. Aku akan pastikan yang aku akan dapat AKJ untuk kedua2 semester dan tidak akan repeat paper, ini azam aku untuk babak baru dalam hidup aku ini.
Apa pun, jika segalanya berjalan dengan lancar, aku akan menghabiskan diploma pada usia 21 tahun. Dan ada dua kemungkinan yang telah aku rancangkan. Mungkin aku akan kerja dahalu selama 2 tahun sebelum menyambung ijazah ataupun terus menyambung ijazah selepas menamatkan diploma nanti. Bergantung kepada keadaan dan peluang. Sebarang kemungkinan lain juga akan aku terima, hidup ni sentiasa berubah bukan :)
Aku meletakkan sasaran untuk belajar sehingga peringkat ijazah sahaja, selebihnya bergantung kepada rezeki dan keadaan. Yela, belajar tinggi2 tapi tak ada kerja pun buat apa kan. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan.
Tentang politik, ekonomi dan sebagainya, aku betul2 tak ada idea bagaimana caranya untuk aku mengelakkan semua itu dari berlaku. Sebab tu aku tak pernah bersuara secara terbuka, andailah semua orang faham apa yang aku maksudkan.
Sebaik mana pun kita merancang, sekuat mana pun kita berusaha, kita hanya manusia, hanya mampu merancang dan redha dengan ketentuanNYA. Setinggi mana pun kita berdiri, serendah mana pun kita disini, kita semua hanya manusia yang kecil dimataNYA, apa yang kita hadapi hari ini hanya dugaan dariNYA. Aku baru mencecah 20, perjalanan hidup ini masih panjang. Wish me luck, i do love you...MYSELF :)
3 comments:
oi. kenapa? ulang ke? kenapa? ke smbung apa?
lol. ku tak pernah mengulang OK :D
sambung la, student integrasi :D
hahaha,xfaham.. can u explain..?? [ blurr ]
Post a Comment