CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

My Playlist


Sunday, September 19, 2010

Raya Oh Raya.

Hmnn,

Pejam celik pejam celik, kemeriahan hari raya sudah pun berlalu untuk keluarga aku. Hmnn, dah besar macam ni, dapat dalam RM300, boleh la kot. Memang tak banyak macam dulu, tapi ada la sikit duit poket. Duit poket? Haram duit poket.

Raya ke-9, rumah ayah aku dipecah masuk. Entah macam mana satu keluarga boleh tak sedar pun tak tahu. Abang long aku belum tidur lagi masa tu, pukul 4.30 pagi dia dengar bunyi pelik, tapi aku sendiri tak tahu kenapa dia boleh biarkan. Aku demam dari raya pertama hingga harini belum sembuh, agak2 kalau aku terserempak dengan perompak tu dalam keadaan macam ni, sia2 saja kena pancung. Aku sendiri tidur tak lena haritu, yalah, nama pun orang demam kan, tapi aku langsung tak dengar apa2 bunyi pelik.

Ayah aku cerita, jam 5 pagi, dia terbangun sebab ada langau ganggu dia tidur, tapi dia sendiri tak jangka ada sesuatu sedang berlaku ditingkat bawah pada masa tu. Mak aku pun terjaga juga sebab ayah aku terjaga, tapi kedua2nya tak sedar pun. Kebetulan, abang ngah aku pergi berlatih silat di Rawang. Dia bengang betul bila dapat tahu rumah dipecah masuk keesokan harinya. Dia kata "masa aku tak ada pulak lah semua benda ni nak jadi". Ahli tamat silat cekak Malaysia dia tu, kalau aku nak tumbuk dia pun tak pernahnya kena.

Kalau korang lihat, memang pelik juga la, grill rumah tu dipatahkannya, seorang pun tak dengar. Banyak juga barang berharga hilang. Handphone ayah aku saja dah mencecah rm2K, duit cash ayah aku dalam rm2K juga, yela, hari sebelumnya keluarga aku buat rumah terbuka. Phone mak aku, laptop rm2k++, camera, tabung adik aku yang besar gajah pun lesap, dah penuh dah tabung tu, habis meraung dia pagi tu melalak. Nak cerita satu persatu memang banyak la, PS2 buruk aku pun kena sebat. Mangkuk betul la...

Tapi ayah aku langsung tak marah2, dia redha je dengan apa yang berlaku. Katanya dah bukan rezeki, pagi tu aku tolong call semua talian hotline account2 bank ayah dengan mak aku untuk block account, yela, karang kalau duit dalam bank pula hilang macam mana kan. Wallet memang lesap, habis Lesen, IC , segala kad bank lesap. Tengah hari tu parent aku buat laporan polis, beberapa pegawai dah pun datang buat apa yang patut. Tapi memang haram la nak ada tindakan kan. Itu je la wayang dorang pun, ayah aku bukan hartawan berharta jutaan ringgit pun.

Aku sendiri tak tahu situasi keluarga aku ni macam mana sekarang, sebab ayah aku buat rilek je beli phone baru Nokia E5 kalau tak silap aku. Memang tak sebaik dan tak semahal yang sebelumnya, tapi dia puas hati juga la dengan phone tu. And then dia tanya aku, harga PS3 sekarang berapa, nak gantikan PS2 aku yang hilang tu... Pelik tak Pelik. Aku mentah sangat nak faham situasi ni agaknya...

Lupa nak beritahu, kejadian pecah masuk tu berlaku waktu subuh. 4.30 pagi hingga - 5.30 pagi. Mungkin juga perompak tu dah tunggu lama sebelum tu, sebab abang aku ada dekat bawah sampai jam 4.00 pagi. Apa yang penting, ayah aku kata, mujur tak ada sesiapa yang diperapa apakan, nyawakan lebih berharga. :)

2 comments:

Daz Dianza said...

sabar lah.mungkin ade hikmahnya.Allah nak bagi rezeki yang lebih baik kot. :)

Ili Shaheera said...

Duit raya sha RM23.00.. Ada bantahan? E'pol, cayalah! Sha pon 9 hari lebih dok sakit; batok selesema Y^Y Apa2pun.. betul cakap ayah E'pol.. nyawa lebih penting.. Alhamdulillah tak da sapa2 yang disakiti