CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

My Playlist


Tuesday, August 17, 2010

Untiitled,

Aduhai...

Orang selalu salah anggap dengan apa yang aku cuba sampaikan lah...

Semua ni buat aku rasa malas nak ber-blog... Sigh

Pada sesiapa yang memandai2 buat andaian sendiri...

Jangan sangka aku ni sama dengan korang...

Bila aku buat sesuatu, aku tak harapkan balasan selain ucapan TERIMA KASIH ok...

Kalau semua benda nak harapkan balasan, susah la...



Apa pun, aku kata Ben adalah kawan terbaik yang pernah aku jumpa sebab...

Berapa ramai kawan2 aku yang tegur kesilapan aku?

Berapa ramai kawan aku yang menegur sebelum menghukum?

Setiap kali aku buat silap, Ben selalu tegur...

Berapa ramai kawan aku yang tahan dengan sikap aku?

Berapa ramai yang faham kenapa aku buat itu dan ini?

Dia berbeza, tapi tak kira mcm mana pun, manusia tetap ada kelemahannya...

Cuma, corak pemikiran yang membezakan...

Berapa ramai diantara kita yang tidak menyamakan corak pemikiran mereka berbanding orang lain?

Berapa ramai diantara kita yang faham erti ikhlas?

Berapa ramai diantara kita yang faham erti menerima?

Berapa ramai diantara kita yang tidak hanya mementingkan keperluan diri sendiri?

Pernah kita fikir kekecewaan orang lain terhadap kita? atau kita hanya memikirkan kekecewaan kita terhadap orang lain?
Kita tak nampak dimana silap kita.

Aku tanya semua tu pada diri aku, dan korang tanya semua tu pada diri korang.

Kalau aku ada buat salah, apa salahnya menegur? 

Dan jangan samakan aku dengan korang. Itu satu kesilapan besar.

Cara kita menilai seseorang mencerminkan siapa diri kita sebenarnya.

Sesetengah pihak hanya menilai dari sudut negatif, apakah mereka buta dari sudut positif?

HATE ME FOR MY BAD, NOT FOR YOUR BAD.

2 comments:

Ibu Fatin said...

:)
selamat berpuasa

jangan marah2

Kiddo said...

selamat berpuasa.

hmnn, bukan marah, cuma kecewa. :)