Hmnn...
My Playlist
Friday, February 3, 2012
Malas Kerja...
Posted by Saiful Hapizudin at 3:57 AM 3 comments
Thursday, February 2, 2012
Akhirnya segalanya sampai disini :)
Posted by Saiful Hapizudin at 4:00 AM 0 comments
Wednesday, February 1, 2012
Sebab kenapa aku langsung tidak hormat pada Hassan Ali
Posted by Saiful Hapizudin at 11:09 PM 0 comments
Labels: Politics
Tuesday, January 31, 2012
Hmnn...
Mungkin sejak kebelakangan ini aku banyak meluahkan apa yang aku rasa dan apa yang aku faham, tapi malangnya ramai diantara kita yang lebih suka mengambil pendapat yang diberi dari sudut negatif. Ya, biasanya aku sendiri terdorong untuk memberi pandangan dari sudut negatif. Tapi apa yang menjadikan sesuatu keadaan itu menjadi lebih buruk adalah apabila ego yang melampau didalam diri sekali lagi mempengaruhi emosi. Aku tak kata aku sentiasa betul, tapi apa yang aku beri adalah apa yang aku nampak melalui sudut pandangan aku. Adakah ianya begitu sukar untuk menjelaskan terlebih dahulu sebelum kita menjatuhkan sebarang hukuman sedangkan mereka yang dijatuhi hukuman langsung tidak faham apakah kesalahan yang dilakukan oleh mereka?
p/s : Kadang kala kita menyalahkan orang lain diatas apa yang berlaku, menyalahkan keadaan diatas apa yang berlaku sedangkan pada hakikatnya kitalah punca semua itu terus berlaku.
Posted by Saiful Hapizudin at 4:13 AM 1 comments
Monday, January 30, 2012
Hmnn...
Sebenarnya aku dah malas nak bersuara, malas menaip dan malas untuk berkata2. Bukannya apa, bila tiba masa kita memencil diri, kita akan berada jauh dari tempat yang penuh dengan mereka yang sentiasa ingin didengari... mereka yang terlalu banyak berkata2. Walaupun kita berada jauh, namun bisingnya masih bermain ditelinga dan dari situ kita mampu lihat...apabila semua orang ingin bersuara, maka tidak ada apa yang dapat didengari selain bunyi bising yang takkan pernah berhenti.
p/s : Kerana sifat AKU didalam diri, masing2 sering menyangka yang mereka berada dilandasan yang betul.
Posted by Saiful Hapizudin at 12:11 AM 0 comments
Thursday, January 26, 2012
Hmnn...
Kadang2 aku rasa ada baiknya jika tidak mengetahui tentang sesetengah perkara, mungkin aku salah dengan apa yang aku rasa ni... tapi mungkin juga sebaliknya. Kebenaran tu menyakitkan... ya kadang kala kebenaran itu begitu menyakitkan, tapi mungkin juga ada kebaikan disebaliknya...
Apa yang sentiasa berlaku dalam hidup kita, adakalanya kita mempu berdiri dengan gah dan adakalanya kita terjatuh dan terbiar dihimpit seakan menunggu mati. Bergantung kepada diri kita untuk memilih jalannya. Andai ada kebenaran yang benar menyakitkan... terpulang pada diri kita untuk menentukan cara menerimanya...
Aku sama macam orang lain, melihat dan menilai... cara kita melihat dan cara kita menilai sentiasa mencerminkan siapa sebenarnya diri kita. Namun menilai sesuatu mahupun seseorang tidak bererti kita benar2 memahaminya. Buat masa ini... biarlah aku jauh dari segalanya. Aku tak tahu kenapa... tapi ada perasaan yang tidak begitu menyedapkan hati hadir dengan secara tiba2... membuat aku sentiasa tertanya2 apakah maksudnya.
Posted by Saiful Hapizudin at 3:08 AM 0 comments
Wednesday, January 25, 2012
HELLO - DIANTARA BINTANG
Posted by Saiful Hapizudin at 4:04 AM 0 comments
Labels: Lyrics, Music Video
Sunday, January 22, 2012
Sakitnya rasa benci...
Posted by Saiful Hapizudin at 1:57 AM 2 comments
Labels: Normal
Friday, January 20, 2012
Perempuan benci lelaki merokok dan tak pandang lelaki naik motor?
Hmnn...
Betul ke perempuan ni benci lelaki merokok? ye lah kot... siapa tahu kan? Kadang2 rasa nak ketawa pun ada. Ya memang kebanyakan perempuan sering mengatakan mereka benci lelaki merokok tapi... tapi... tapi~ Hahahah... ada sesetengah kes ni betul2 buat aku rasa nak gelak sampai orang tu rasa sakit hati. Bukan apa, dulu beriya-iya kata benci lelaki merokok, benci lelaki naik motor... sekarang couple dengan mat motor yang hisap rokok. Orang boleh kata kalau dah jodoh nak buat macam mana bagai... tapi... pandai2 fikir sendirilah. Aku bukan haters atau berniat untuk menyindir, cuma dulu bukan main sindir orang... sindir perokok tu tak apa lah, sebab untuk pengetahuan kaum hawa sekalian, bukan perempuan je tak suka lelaki merokok, malah lelaki ni pun tak suka perokok, maksudnya... lelaki ni tak suka lelaki dan perempuan yang merokok ok? Tapi kalau nak cerita bab motor, janganlah pandang hina sangat, ingat orang yang bawa motor ni tak berjaya ke? hahaha...mungkin bila sampai masa nanti tahu lah faham sendiri kan? =)
p/s : aku tak ada niat pun nak sakitkan hati mana2 pihak sepertimana mereka menyakitkan hati dan perasaan orang lain dengan hinaan mereka, cuma kadang2 perasaan sakit hati tu muncul bila lihat kelakuan menghina orang ni dan ianya mendorong aku untuk membalas rasa itu pada mereka. Macam aku dah kata, aku ni bukanlah orang yang baik, banyak buruk dari baik kot.=)
Posted by Saiful Hapizudin at 7:05 AM 4 comments


