CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

My Playlist


Friday, July 10, 2009

Kawan


Hmnn,

"What does a friend really want from his/her friend?"

soalan ni aku hantar melalui mesej secara rawak pada kawan2 aku dan kalau korang nak tahu, diantara ramai2 yang aku tanyakan soalan tu, hanya mimie sorang je yang jawab, hanya mimie sorang je yang buat aku faham. Thanks mimie.

Entah la, aku still kabur dengan peranan seorang "kawan" dalam hidup aku sekarang ni. Mimie dah buat aku faham, tapi aku masih tak puas hati selagi bukan dorang sendiri yang jelaskan. Entah ape la maksud seorang "kawan" bagi orang sekarang ni ye, kalau aku tanya karang, mesti mimie sorang je yang jawab.

Entah la, dalam hidup aku sekarang ni, aku cuma nampak beberapa orang kawan je yang betul2 rapat dengan aku. Aku tak tahu la, maybe disebabkan aku, n maybe disebabkan dorang, mungkin jugak semua ni cuma perasaan aku je. Tapi apa yang aku nampak cuma 4 orang ni je.

First, Ben(Adam), walaupun aku dengan dia dah jarang contact, tapi aku still nampak dia sebab diri dia yang aku kenal. Aku suka cara dia, dan dia dah banyak mengajar aku dalam pelbagai perkara. Aku hormat dia macam seorang abang dan seorang kawan. Overall, aku memang suka cara dia dan apa yang paling penting, aku tak pernah jumpa kawan lelaki sebaik dia.

Second, Mimie, aku suka panggil dia Mimie, nampak lebih rapat, aku tak boleh panggil dia sis sbb aku dah biasa panggil dia Mimie. Dalam ramai2 kawan aku, dia yang paling ramah dan caring, adakalanya kata2 dia buat aku nampak dan faham banyak perkara. Aku suka sikap dia, cara dia, kadang2 buat aku terfikirkan beberapa perkara. Overall, aku sangat menghargai dia sebagai seorang kawan, aku seronok mengenali dan dapat berkawan dengan dia, aku hormat dia sebagai seorang kakak, Mimie, thanks sgt2.

Third, Dammia Myra. Aku tak tahu kenapa, tapi dia ni tak pernah lupa untuk terus contact aku sebagai kawan dia. Dia tak macam orang lain, sama macam Mimie, takde la sampai asek2 aku je yang nak contact dia, dia sendiri pun kadang2 contact aku. Aku hargai tu. Overall, aku suka berkawan dengan dia, walaupun ada sesetangah perkara yang aku tak dapat faham tentang diri dia.

4th, Ain, ahaha, dalam ramai2 kawan2 aku, dia ni antara yang paling ceria, aku pun tak faham dengan sikap dia ni, pelik2 je semua. Aku suka dengan sikap dia. Tapi dah jarang contact pasal masaalah aku. Aku banyak sangat probs sampai tak contact dia ni. Walau macam manapun, aku still seronok dpt bekawan dgn dia.

Hmnn, pada yang aku tak sebut tu, maaf la, aku bukan tak hargai korang, tapi adakalanya aku rasa macam jauh sangat dengan korang. Kadang2, aku rasa macam korang tak perlukan aku pun dalam hidup korang. Ada jugak yang aku rasa tak rapat sebab jarang contact, aku tak contact korang, korang pun takkan contact aku sampai bila2, nak buat macam mana kan.

Apa yang aku cakap ni, semuanya tentang kawan2 yang aku rapat melalui net, aku takkan cakap pasal kawan2 real aku di atas sebab2 tertentu, sensitif. Aku tak tahu kenapa, terlalu susah untuk jumpa kawan lelaki sebaik Ben sekarang ni, terlalu susah untuk cari kawan seperti Mimie, Myra dan juga Ain. Aku tak tahu apa yang tak kena. Aku cuma lakukan apa yang aku mampu, selebihnye terpulang pada dorang. Cuma, kalau aku ada buat salah, tegur2lah, jangan jadi macam Kyra, dah teruk baru nak cakap itu ini. Aku tak nak sia2 kan sesuatu hubungan tu. Datz all.

3 comments:

Tinie a.k.a Ibu Fatin said...

wei apsal nama ku takder wei??
wakakkaa
takpe aku anggap ko macam adik aku gak..hehehe

Kiddo said...

ahahaha...

tak penah cakap..

huhuhu...:)

Ain said...

wahhh! teruja..bngga doh..ahahah!!