CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

My Playlist


Friday, July 17, 2009

Hopeless


Hmnn,

Beberapa hari yang lepas, aku dah cuba buat sesuatu untuk dapatkan kebenaran yang aku cari selama ni. Tapi nampaknye semuanya bakal jadi sia2. Lelaki tu takkan pernah faham dan takkan pernah cuba untuk faham, dia takkan beri sedikit ruang pun untuk aku.

Si perempuan tu pulak, akan terus memalsukan kebenarannya, terus mengelak dari memberitahu kebenarannya pada aku. Aku tak minta apa2 pun, cuma kebenaran, kenapalah susah sangat untuk jawab berterus terang. Aku dah cukup sakit dah selama ni, aku tak kisah pun betapa banyak lagi kesakitan yang bakal aku terima sekiranya dia ceritakan segalanya pada aku.

Ya, dia boleh terus berselindung dari kebenaran, terus memalsukan segalanya, tak ada apa yang aku boleh buat, aku dah tak macam dulu, aku dah hentikan segalanya, dan aku akan lenyap bila dia beritahu aku perkara yang sebenar, tapi kenapalah susah sangat untuk dia buat macam tu.

Apa yang aku dah buat, sampaikan dia buat aku sampai macam ni, apa yang aku dah buat?, apa yang aku tertinggal?, sampaikan dia sanggup berikan kesakitan ni pada aku. Dah hampir lapan bulan, tapi aku still gagal lari dari semua ni, kenapa?, aku mahukan jawapan tu, itu yang terlalu aku harapkan.

Dia boleh cerita itu ini pada orang lain, rekalah sebanyak mana cerita pun, aku dah cukup sakit untuk ambil kisah tentang semua tu. Aku cuma nakkan jawapan, then aku akan terus hilang dari dunia dia. Aku takkan ganggu apa2 lagi. Tapi kenapalah susah sangat untuk jawab semua yang aku tanya selama ni?, aku cuma mahukan kebenaran.

Aku tak berdendam sikit pun, kalau aku nak membalas, aku boleh buat lebih dari tu, lebih dari apa yang aku lakukan sekarang, tapi dia sendiri pun boleh tahu aku jenis yang macam mana, siapa aku sebelum dia buat macam ni pada aku. Aku buat macam2, bukan kerana dendam, tapi kerana aku mahukan jawapan kepada persoalan yang menghantui aku selama ni.

Aku boleh dapat macam2 dengan cara aku sendiri, tapi bukan itu yang aku mahukan, apa yang aku mahukan cuma kejujuran dari dia, dari dia yang menyeksa aku selama ini. Tak ada sesiapa akan faham, hinggalah mereka merasainya sendiri. Aku cuma mengharapkan kebenaran, datz all.

1 comments:

Tinie a.k.a Ibu Fatin said...

adei..sadis betol
mana pompuan tu??meh aku lempang!!!
hehhee macam berani ja kan..
cuba ko cerita dgn akak pucuk pangkal boleh??