CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

My Playlist


Friday, July 31, 2009

Hmnn,

Thursday, July 30, 2009

Rahaina <33



Hmnn,
Sejak kebelakangan ni, aku tahu, aku memang dah sayangkan Rahaina. Bila susah nak contact, baru aku sedar semua ni. Dia ni jenis yang lebih kurang sama dengan Mimie, manja, baik hati dan caring, aku suka dengan sikap2 dia yang macam tu, aku suka layan dia.

Aku dah tak nak perempuan macam Qis, nampak matang, baik dari pelbagai sudut, tapi segalanya hanya palsu belaka, hanya untuk seketika. Tak pernah menghargai apa yang mereka ada, tak pernah puas dengan apa yang mereka miliki. Segalanya sentiasa tidak mencukupi. Terlalu mementingkan diri hingga sanggup menyakiti orang lain. Kejam.

Hmnn, aku sayang dengan Rahaina, semuanya bermula dari rasa kasihan, then dari hari ke hari, aku semakin nampak ketulusan hati dia. Dia dah cuba lakukan macam2 untuk menangi hati aku. Cuma ada beberapa perkara yang masih aku takutkan, orang kata, senang datang, senang jugalah pergi.

Hampir lapan bulan dia cuba, lapan bulan jugak dia terseksa dengan aku. Masa aku baru break dengan Qis lagi dia cuba, tapi aku tak boleh terima, aku terlalu sakit dengan Qis, sekarang pun masih terasa, tapi dia yang cuba tolong aku hapuskan segalanya. Memang susah, tapi dia sanggupp cuba...dia sanggup bersama aku yang langsung tak ada hati sebelum ni...Thanks...

21 Guns by Green Day





Do you know what's worth fighting for?
When it's not worth dying for?
Does it take your breath away
And you feel yourself suffocating?

Does the pain weigh out the pride?
And you look for a place to hide?
Did someone break your heart inside?
You're in ruins

One, 21 guns
Lay down your arms, give up the fight
One, 21 guns
Throw up your arms into the sky, you and I

When you're at the end of the road
And you lost all sense of control
And your thoughts have taken their toll
When your mind breaks the spirit of your soul

Your faith walks on broken glass
And the hangover doesn't pass
Nothing's ever built to last
You're in ruins

One, 21 guns
Lay down your arms, give up the fight
One, 21 guns
Throw up your arms into the sky, you and I

Did you try to live on your own
When you burned down the house and home?
Did you stand too close to the fire
Like a liar looking for forgiveness from a stone?

When it's time to live and let die
And you can't get another try
Something inside this heart has died
You're in ruins

One, 21 guns
Lay down your arms, give up the fight
One, 21 guns
Throw up your arms into the sky

One, 21 guns
Lay down your arms, give up the fight
One, 21 guns
Throw up your arms into the sky, you and I


Wednesday, July 29, 2009

Posponed.

Hmnn,

Nampaknya boss kata harini tak jadi pergi Terengganu. Kerja banyak, lepas tu Ijoy,Awe dengan Auwal ponteng kerja. Memang betul2 masak la harini, dok kehulu kehilir je dalam satu banggunan KLCC tu pegi siapkan kerja.

Jack kata dia memang dah biasa kerja sorang, dorang tu semua memang macam tu, habis kerja semua lambat siap. Harini memang lenguh gila kaki, nak naik tower kene ada pass, nak ambik pass, bukan kene pegi satu tempat je, sampai 3 4 tempat kene pergi baru leh lulus dapat pass.

Harini aku balik lambat, yela, dah ada pass untuk naik tower, memang kena buat kerja dekat tower la, tu pasal kena balik lambat. Pergi tingkat 60 Tower 1 semata2 nak pasang floor box. Then tingkat 11 Tower 2, naik lift, turun lift, pusing sana sini, scan pass sana sini.

Tapi tak kisah la, bila bz, memang tak pandang langsung jam, so memang tak ada hal la. Lepas tu tadi boss belanja makan dekat food court tingkat 4 complex KLCC. Makan je la ape2 yang aku nak, tapi aku ambik nasi ayam dengan teh o ais limau je, segan la beb kalau nak mintak lebeh2. Keje setel kul 8 lebih, sampai rumah kul 9.

Report satu apa pun tak tulis lagi ni, tapi tu pun tak ada hal. Dapat pen, capai buku log, start tulis, selagi tak habis tulis sume bende dalam kepala otak aku ni, selagi tu tangan aku ni takkan berhenti menulis.

Hmnn, posponed pergi Terengganu, aduhai, aku malas la kalau kene pergi sana hari minggu. Then Jack kata, pergi sana bukan 2 hari je, tapi sampai kerja siap, paling kurang pun 2 hari. Lol..paling kurang 2 hari, aku ingatkan 2 hari je =.=".

Harini memang letih gila bai, then kene posponed pegi terengganu, penat je aku bawak beg.

Tuesday, July 28, 2009

Cerita Praktikal Lagi - 2nd Day.

Hmnn,

Ok, harini hari kedua aku praktikal, macam biasa la letih, memang tak boleh nak elak tu. Aduhai, dekat tempat aku, ada 3 orang je budak praktikal, lg 2 orang tu senior aku dekat poli. Tdi boss suruh pilih sorang untuk pergi Terengganu, ada projek bungalow dkat sane. Tinggal nak pasang kipas je. Then senior aku 2 orang ni pakat suruh aku yang pegi. Memang aku takleh wat ape2 la.

So, esok aku ada briefing, lepas breafing baru boleh dapat pass untuk naik ke tower KLCC tu. Lepas tu, maybe petang sikit, dah kene bertolak pergi Terangganu. Boss kata pergi sana 2 hari, tapi aku pun tak tahu la, boss ni suka cakap berbelit2.

Kalau aku jadi kena pergi Terengganu, aku pergi je la, nak buat macam mana, kata kerja, aku bz, macam ni la realiti kehidupan seorang pelajar praktikal. 2 hari pergi Terangganu, 2 hari tak online, dan maybe jugak, 2 hari susah nak contact member2.

Life aku skrang mmg padat gila, kerja, kerja, kerja. Tapi tak apa la, aku dapat belajar macam2, ayah aku pun suka kalau aku jadi macam ni, belajar realiti kehidupan. Ayah aku kata, nak belajar ni, kena rendah diri, jangan cakap besar, nanti orang taknak tolong.

Maybe lepas ni mmg jarang2 aku boleh balik pukul 6 ptg, esok briefing dan bila dah dapat pass, dah boleh naik tower, dah boleh naik tower means kene balik lambat. Nak buat macam mana, tak ada pilihan, Datzz all...maybe.

Praktikal...aduhai...

Hmnn,

Entah la, aku pun tak tau nak kata macam mana, tapi rasanya, aku da salah pilih tempat untuk praktikal la. Tak ada cuti langsung, kerja dari pukul 10 pagi sampai 6 - 10 malam.

Aku rasa macam dah tak ada life, hari2 kerja, pergi kerja, balik, online, tido. Tu je la pun, tak ada peluang pun nak keluar pergi mana2. Enam bulan kerja tak ada cuti, tak tahu la macam mana nanti.

Aku da tak ada masa untuk lepak dengan member2, nak call member tanya khabar pun payah rasanya, aku hari2 kerja, balik kerja confirm letih, nak call member, memang harapan la.

Masa untuk Rahaina pun tak ada, apa yang aku nampak, cuma masa nak kejut dia tido je, kul 5.30 pagi..tu je peluang yang ada. Aku kesian la dekat dia, aku langsung tak ada masa untuk dia. Aku tau, dia mesti sedih.

Aku online pun bukannya ada masa nak layan orang, aku letih, bila orang pm aku rasa macam letih nak chat, yela..aku memang letih pun...

Hmnn, entah la, aku cakap banyak2 pun, tak boleh buat apa, pagi bangun g kerja, balik lewat, n then sampai rumah wat report, online kejap, pastu tido. Gila la...enam bulan aku macam ni..jahanam aku...

Sunday, July 26, 2009

Adam , Eyda, Mimie...

Hmnn,


Arini Adam da balik campus dia, means, memang aku bosan la bila dia tak ada. Tak ada benda nak di ketawakan, tak ada benda nak diceritakan.

Aku sendiri faham, kalau dah start belaja tu, memang confirm, kepala ni duk fikir pasal tu je. Sebuk memanjang dengan itu ini. Masing2 ada real life yang perlu dijaga.

Eyda pun da start sambung belajar, dapat tawaran UiTM secara mengejut melalui hanphone. Business Management, UiTM Shah Alam. Tak banyak yang aku nak cakap, wish u luck and all the best.

Jeles gak aku, member2 aku yang lain semua dapat sambung dekat2 je, area Shah Alam - KL. Aku sorang je tepencil jauh dekat Sabak Bernam tu. Aduhai...

Tapi tak kisah la, aku pun da mula bz, esok da start praktikal dekat KLCC, macam2 perasaan ada, da la aku tak kenal sesape pun dekat situ. Hmnn, tengok la macam mana nanti.

Untuk mimie pulak, maaf la, semalam afk secara tiba2. Aina tu merajuk, nak kene pujuk. Tension lah dengan macam2...letih...tak tahu nak buat macam mana....hmnn....sory...itu je yang boleh dicakapkan...

Apa2 pun, untuk kawan2, all the best dalam apa jua yang korang usahakan.. Datzz all..

Saturday, July 25, 2009

Zodiac - Cancer.



Hmnn,

Tadi aku bukak facebook, ternampak la dekat update tu, ada cousin aku ni bukak ciri2 dan personaliti mengikut zodiak. Aku pun bosan2, saje je la test tengok apa dia kata pasal zodiak aku...CANCER. So, ni ape yang dia tulis...

Cancer Characteristics and Profile
Crabs live in the inter-tidal zone of the oceans, where tides rise and fall twice every day. This is the most dynamic and changeful place on earth, but also the most nutrient rich. Because of the constant change, Cancer have developed a hard outer shell for protection. Cancer can use the hard outer shell of your home as your protection. But it´s more than just that. Typically, your sensitive Cancer can hold your feelings quietly behind your own walls.

Element: Water
Water runs deep; it seeks its own level and will flow until it has found it.Similarly, our feelings are flowing as they connect the present with past experiences.

Fourth House: Home and Family
This is the house of childhood surroundings. It is where we retreat from the noise of the outer world.

Key Planet: Moon
As the key planet of Cancer, the Moon symbolizes our basic needs -- how we need to be nurtured and how we nurture others.

Cancer Greatest Strength:
Your ability to nurture others

Cancer Possible Weakness:
Fear of the past repeating in the future

• lol..benda ni suka2 je, jangan amik serius lak.

Friday, July 24, 2009

Pain



" What have I become?
my sweetest friend...
everyone I know...
goes away in the end.. "


Hmnn,

Semalam Aina merajuk dengan aku, dia kata aku jarang msg dia, lepas tu setiap kali nak msg mesti ada alasan.

Hmnn, ya, memang salah aku, dalam beberapa hari ni aku agak bz sikit. Yela, minggu depan dah nak start praktikal.

Dia merajuk tu, aku tak dapat nak pujuk sangat. Aku tengah tak berapa OK. Kesian aku dekat dia, tapi entah la..buat masa ni ada perkara lain yng bermain difikiran aku.

Lagipun, sekarang ni fon aku buat aku, aku pun tak tau apasal, jatuh tak apa tak, tiba2 je buat hal. Asek terpadam sendiri. Habis pening kepala aku.

Pikir2 balik, masaalah gak fon sony ni, aku pakai Z610i dengan K850i, N-gage QD aku dah simpan buat pekasam lepas break dgn Hani dulu. Yang lagi satu dah bg ayah aku.

Aku kesian dengan Rahaina, aku tahu dia tak bahagia pun dengan aku. Aku tak mempermainkan dia, langsung takkan mempermainkan dia, tapi ini je yang mampu aku buat sekarang. Tak mampu beru 100% lagi.

Memang dah 8 bulan aku break dengan Qis, tapi segalanya tak la semudah kata2 untuk aku hilangkan perasaan ni. Bukan perasaan nakkan dia, tapi perasaan lain.

Rasa tak puas hati dengan cara dia putuskan hubungan. Lakonan yang tak berpenghujung. Sentiasa mengelak dari kebenaran.

Aku tak tahan bila aku buat Aina menangis, aku tak boleh tengok dia merajuk, aku tak sampai hati. Entah la, aku sentiasa cuba berpura2, pujuk dia, macam aku tak rasa apa2. Macam tak ada apa yang aku pendam.

Dia pernah minta aku luahkan segalanya, then, bila aku luahkan, dia salah faham. Sebab tu aku takkan lagi luahkan apa yang aku rasa pada dia.

Datzz all, aku sentiasa sakit, tak cukup dengan kesakitan fizikal, tambah lagi dengan mental...hmnn...entah laa...

Thursday, July 23, 2009

Praktikal.

Hmnn,

Ok, maybe lepas ni aku jarang online. Tak pun online kejap2 je. Minggu depan aku dah start praktikal. 27 july 2009 - 25 December 2009, tak tahu lagi apa yang bakal aku tempuhi nanti.

Mulai esok pun aku dah start bz, benyak benda yang aku kena selesaikan. Semalam pegawai praktikal aku call, bagitahu apa yang patut aku buat. Aku praktikal dekat KLCC, dekat tower tinggi tu, maybe bukan dekat shopping complex dia.

Then dia bagitahu aku, kena bawak resume, kad matrik, surat lapor diri, salinan IC, gambar saiz passport, buku log, hmnn.. tu je kot, lupa lah. Pakaian pulak kena pakai t-shirt berkolar, seluar apa2 pun boleh but no jeans, huhuhu...kasut apa2 pun boleh, kalau safety boot lg bagus.

Tapi ada jugak masaalah, aku tak tahu nak jumpa dekat mana, dia kata dekat tower 1, masaalahnye sekarang, aku tak tahu pun mana satu tower 1, mana satu tower 2. Aku plan esok nak keluar pergi sana, usha2. Tengok la dulu macam mana. Lemah la aku bab2 macam ni.

Hati aku pun risau gak ni, rasa macam belum bersedia, aku pun tak pasti nape. Aduh, resume aku kene wat balik, malas tol la...hmnn...

Lagu Kita by Aizat





Tuesday, July 21, 2009

Overview

Hmnn,

tak ada apa yang aku boleh kata...

cuma, so far...

apa yang aku nampak...

90% dari orang2 yang aku kenal dalam hidup aku sangat mementingkan diri sendiri...

Maybe dunia ni memang macam ni sekarang...

Semua orang perlu bertindak mementingkan diri sendiri kalau nak hidup...

Baguslah kalau macam tu...

Semua orang dah jadi buta kerana sikap tu...

Takkan sedar selagi tidak ditimpa dengan dugaan...

Datz all...

• Rata2nya semua orang sama je, alasan hanya untuk kepentingan sendiri...

Monday, July 20, 2009

Couple


Hmnn,

Nampaknya si perempuan tu takkan jawab soalan aku, itu pun dah cukup untuk menceritakan perkara sebenar. Lagi pun, aku tak rasa aku inginkan jawapan tu lagi. Ya, he's right, jawapan tu takkan memuaskan, dan sometimes, sesuatu is better left that way than knowing. So, pergi lantaklah kau perempuan, hidup ni berputar, dia akan dapat balik balasannya nanti. Aku nak jadikan ini sebagai titik noktah tentang perempuan tu, aku tak akan apa2 tanpa dia.

Then, Mimia tanya, kenapa semua dah ada couple, well, couple ni, tak selalunya indah, adakalanya, kita akan minta seperti tak pernah kenal erti couple ni. Bagi yang tak pernah kenal erti couple, mesti selalu cemburu dengan meraka yang sudah bercouple ni, tak sedar dan tak nampak keadaan sebenar dunia couple.

Couple ni tidak semestinya indah, tidak semestinya menyakitkan, semuanya bergantung pada keadaan, bergantung pada pasangan tu. Ianya perkara normal jika sekadar bergaduh kecil dengan pasangan, takkan ada apa. Tapi semuanya akan berubah jika salah seorang dari pasangan ni tidak berniat untuk setia ataupun mudah berubah hati.

Bagi yang pertama kali couple, dorang ni biasanya masih mentah, tak tahu apa2, tidak menyedari apa yang bakal mereka hadapi jika memiliki hubungan, mengharapkan segalanya bakal menjadi indah. Tapi tak semuanya akan jadi begitu, ada segelintir golongan yang terlalu mementingkan diri akan merosakkan segalanya.

Bukan sekadar golongan yang mementingkan diri, malah pendek akal, buta dan bodoh. Dah menjadi lumrah, dari apa yang aku nampak dalam hidup aku, 90% daripada orang yang pernah dipermainkan pasangan sendiri akan bertindak untuk melakukan perkara yang sama, mempermainkan perasaan orang lain.

Dalam kepala otak duk fikir nak balas dendam, tanpa menyedari kebodohan mereka sendiri, fikir la, orang lain yang mempermainkan perasaan korang, kenapa orang lain pula yang harus jadi mangsa? , akucakap banyak pun tak guna, sebab mereka ni jenis golongan yang sering menipu diri sendiri. Itulah kebenarannya.

OK la, aku sendiri pun dah beberapa kali couple, dan dah empat kali dipermainkan, dan satu percubaan bodoh untuk mempermainkan. Maaf la, selepas empat kali aku dipermainkan, aku dah belajar banyak perkara, jika ada sesuata yang masih cuba melakukan perkara yang sama, balik je la, cari orang lain kalau tak nak di malukan.

Apa yang aku tahu, ya, pertama kali couple, memang masih terlalu mentah, sedangkan bila dipermainkan secara terang-terangan pun kita masih tak nampak, kita cuba menipu diri sendiri dari apa yang berlaku kerana terlalu sayang, sedangkan si dia sebenarnya tak ada sedikit perasaan pun pada kita. Bila kita menyedari segalanya, kita mungkin akan terasa betapa dalam sakitnya dipermainkan cinta pertama.

Then, bila tiba kali kedua, maybe masa ni kita terasa seperti ingin berhati2, tapi kita tak sedar, pengalaman yang ada masih tak cukup untuk kila lihat segalanya. Kadangkala si dia terlalu hebat berlakon, hinggakan kita tidak menyedari segalanya. Kesakitan yang bakal kita terima tidak kurang sakitnya. HANYA JIKA KITA JENIS YANG SETIA.

Then, kesetiaan tu akan lenyap dimakan masa, biasanya, apa yang tinggal hanyalah dendam, kesakitan, dan rasa tidak puas hati. Kalau kita bukan jenis yang tabah dan mudah hilang pertimbangan, kita akan lebih cenderung untuk mempermainkan perasaan orang lain, satu tindakan bodoh yang tidak kita sedari.

Dan, jika kita tak buat keputusan sebegitu pun, segalanya tak akan sama, mungkin, kita tidak berniat untuk mempermainkan perasaan sesiapa, tetapi kita takkan dapat melayan pasangan kita, sebaik kita melayan pasangan pertama kita. Terlalu banyak perkara yang menganggu fikiran kita untuk bertindak sebegitu. Dan kita akan lebih tertekan, jika si dia sering merungut tentang layanan kita, mahukan itu dan ini yang kita tak mungkin dapat beri setelah berkali2 dipermainkan. Dari situ, akan sukar untuk kita temui apa yang kita harapkan dalam sesuatu hubungan selama ini.

Apa yang aku katakan ni cuma apa yang aku rasa, aku akui, sememangnya aku sering melakukan kesilapan dalam kebanyakan post aku sebab aku menjadikan blog ni sebagai tempat untuk aku meluahkan segalanya. Adakalanya kita terlalu menyikutkan perasaan ketika meluahkan sesuatu yang kita pendam selama ini. Aku dah jadikan blog ni sebagai tempat untuk aku luahkan segala kesakitan sejak dari mula lagi.

Tentang apa yang aku kata, ya, selepas beberapa kali dipermainkan, kita takkan dapat jadi sebaik dulu, itulah apa yang berlaku pada aku sekarang. Lebih2 lagi aku tak dapat terima apabila Qistina tertalu berani untuk mempermainkan soal hidup mati untuk menjadikannya sebagai titik noktah dalam hubungun.

Kadangkala, aku rasa terlalu kecewa dengan diri aku kerana tak mampu melayan Rahaina sebaik mungkin, aku tahu dia setia, tapi aku dah tak macam dulu. Ada beberapa perkara yang aku masih belum berani berikan, korbankan. Aku tahu dia tak gembira, tapi dia masih cuba pertahankan hubungan ni. Itu yang membuatkan aku terlalu kecewa dan tertekan. Kadang kala, nak je aku kata, "Aku tak mempermainkan perasaan orang lain pun dah kira cukup la". Tapi aku tahu, semua tu tak akan membawa apa2 kebaikan, cuma memburukkan keadaan.

Walaupun aku macam ni, tapi aku still tak boleh bersikap terlalu mementingkan diri, perkara tu tak ada dalam diri aku. Kalau dia setabah aku dulu, dia akan terus bertahan, kalau tak, aku akan dikatakan mempermainkan, mempermainkan perasaan, satu perkara yang cuba aku elakkan. Aku tahu, dia takkan faham apa yang aku rasa, dia takkan dapat selami segalanya, segala luahan aku pada dia, hanya akan menimbulkan salah faham dan menyakitkan hati dia. Sebab tu aku tak dapat meluahkan segalanya pada dia.

Sebenarnya, selepas Qis, aku cuma inginkan kebebasan, tapi kehadiran dia memaksa aku menerima segalanya. Aku mencuba sebaik mungkin untuk melakukannya, tapi kadang2 aku rasa segalanya terlalu menyakitkan, Orang takkan pernah nampak, takkan pernah sedar kerana tidak mengalaminya sendiri. Kalau boleh, aku tak nak pun cakap macam ni, tapi hakikatnya, aku tak mahu menipu diri aku, tak mahu menipu orang lain.

Semua yang rapat dengan aku patut dah tahu sebenarnya aku tak suka main msg, aku lebih suka bercakap dari bermain msg. Dan kalau dah dengan dia, mestilah aku rajin2kan diri untuk reply msg, tapi ada kalanya aku akan mendiamkan diri sekiranya aku rasakan sesuatu perkara tu terlalu menyakitkan. Aku rasa berat untuk membebankan kepala aku yang dah sedia membebankan ni.

"Life is quite simple, but we humans insist on complicating it"

Friday, July 17, 2009

Hopeless


Hmnn,

Beberapa hari yang lepas, aku dah cuba buat sesuatu untuk dapatkan kebenaran yang aku cari selama ni. Tapi nampaknye semuanya bakal jadi sia2. Lelaki tu takkan pernah faham dan takkan pernah cuba untuk faham, dia takkan beri sedikit ruang pun untuk aku.

Si perempuan tu pulak, akan terus memalsukan kebenarannya, terus mengelak dari memberitahu kebenarannya pada aku. Aku tak minta apa2 pun, cuma kebenaran, kenapalah susah sangat untuk jawab berterus terang. Aku dah cukup sakit dah selama ni, aku tak kisah pun betapa banyak lagi kesakitan yang bakal aku terima sekiranya dia ceritakan segalanya pada aku.

Ya, dia boleh terus berselindung dari kebenaran, terus memalsukan segalanya, tak ada apa yang aku boleh buat, aku dah tak macam dulu, aku dah hentikan segalanya, dan aku akan lenyap bila dia beritahu aku perkara yang sebenar, tapi kenapalah susah sangat untuk dia buat macam tu.

Apa yang aku dah buat, sampaikan dia buat aku sampai macam ni, apa yang aku dah buat?, apa yang aku tertinggal?, sampaikan dia sanggup berikan kesakitan ni pada aku. Dah hampir lapan bulan, tapi aku still gagal lari dari semua ni, kenapa?, aku mahukan jawapan tu, itu yang terlalu aku harapkan.

Dia boleh cerita itu ini pada orang lain, rekalah sebanyak mana cerita pun, aku dah cukup sakit untuk ambil kisah tentang semua tu. Aku cuma nakkan jawapan, then aku akan terus hilang dari dunia dia. Aku takkan ganggu apa2 lagi. Tapi kenapalah susah sangat untuk jawab semua yang aku tanya selama ni?, aku cuma mahukan kebenaran.

Aku tak berdendam sikit pun, kalau aku nak membalas, aku boleh buat lebih dari tu, lebih dari apa yang aku lakukan sekarang, tapi dia sendiri pun boleh tahu aku jenis yang macam mana, siapa aku sebelum dia buat macam ni pada aku. Aku buat macam2, bukan kerana dendam, tapi kerana aku mahukan jawapan kepada persoalan yang menghantui aku selama ni.

Aku boleh dapat macam2 dengan cara aku sendiri, tapi bukan itu yang aku mahukan, apa yang aku mahukan cuma kejujuran dari dia, dari dia yang menyeksa aku selama ini. Tak ada sesiapa akan faham, hinggalah mereka merasainya sendiri. Aku cuma mengharapkan kebenaran, datz all.

Wednesday, July 15, 2009

Aduhai, tadi masa aku tengah dok sebuk maen game SMACKDOWN VS RAW 2009 aku, boleh lak tetibe je bende tu error. Semak tol, kepala aku ni da la semak, menatang tu gi menambahkan lagi

Riot by Three Days Grace





Hepy Birthday To ME.


Hmnn,

Harini birthday aku, kejap je dah masuk 19. Macam biasa la, takkan ada apa2 yang menarik. Aku pun bukannya kisah sangat, tak mengharapkan apa2 pun. Apa yang aku nak cuma kek, aku suka kek. Hahaha, kompem aku gi beli jakgi.

Memula aku rasa macam nak cheese cake, tapi aku test rasa haritu, bluek! Aku tak suka cheese cake, rupa dan warna je yang menarik, tapi rasa, aduh..tak minat aku. Aku taknak kek coklat, tak minat nak makan kek coklat sebagai birthday cake aku. Biasa sangat.

Then, blueberry cake lak aku dah rasa tahun lepas, takkan nak makan kek sama kot, tak best ah. Ice-cream cake lagi laa, aku da ler tak suka ice-cream, kalo beli dah kompem2 aku tak makan. Entah la, aku pun tak tau, tengok la macam mana nanti.

Hmnn, aku tak da mood sangat sebenarnye ni, macam biasa la, kepala berserabut, hidup aku still rasa kosong. Entah bile la semua ni nak berubah. Lantak la, aku bukannye ape pun. Neway, ni adalah orang2 yang dah wish birday aku buat masa ni. Tak jauh beze pun dengan tahun lepas.

1st, Hasif, awal 3 hari die kat wish aku pasal die da nak pegi sambung study, wish u all the best bro.
2nd, Rahaina, siapa lagi, awek aku ler, keadaan kitorang tengah tak berapa ok pun dia masih wish lagi. Siap bagi hadiah dengan card. Nanti aku tunjuk. Next post la kot.
3rd, Dammia Myra, thanks sbb ingat. =)
4th, Bob classmate aku. Thanks bro, bday ko nanti aku datang sane g pukol ko. Ahaha, joke je.

And yang special sikit dari Mimie, die post dekat blog, aku baru bace tadi, thanks.


# - untuk pengetahuan korang, maxis xde bagi aku free call pun, siot2. pastu celcom aku lak no u-pax, so aku leh aktifkan 8pax aku pada member2 aku yang guna u-pax je la, means, aku cume leh call free member2 aku yang pakai upack je, so far member2 aku yang guna upack dan selalu contact aku cume ika dengan mimie je. Siot2, dapat call free serupe cam tak guna je. So, jangan la nanti ada yang kata aku tak ingat member lak, bukan taknak call, tapi tak boleh. Datz all.

Sunday, July 12, 2009

Mimie Dedicate This Song To Me.

You Are Not Alone By Michael Jackson



# - Thanks Mimie

Untitled.

Hmnn,

Maybe aku silap, silap tentang beberapa perkara, net, n real, sememangnya jauh berbeza. Net, sememangnya fake. Net ialah net, tak akan jadi realiti tak kira apa pun.

Lebih baik aku focus pada life aku, real life. Lagi beberapa hari je ni, tak sabar lak aku. Semua kawan real aku dah bz dgn study, dah tiba masanya untuk aku jadi macam dorang.

Aku nak rest dari semua kepenatan ni, penat! penat dengan kawan2 aku yang selfish. Aku tak wujud bagi dorang, so ada baiknya aku lenyapkan dorang dari hidup aku. Baik tak ambil tahu dari terus sakit hati dan terasa sendiri.

Kadang2 aku rasa macam loser lak, yela, dulu aku pernah korbankan masa aku dengan real fren aku semata2 untuk bersama dorang padahal aku bukan tak ada kawan real pun. Korbankan masa untuk korang yang tak pernah hargai aku pun. Bongok tol aku.

Aduh, cuti 2 bulan ni lama sangat, siot tol poli, cuti tak sama dengan IPT lain. Aku dah lama tak lepak. Budak2 balik baru ade geng lepak. Semak2!.

# - aku maksudkan orang2 tertentu je, takde kene mengena jangan pandai2 nak terasa lak.

Friday, July 10, 2009

Kawan


Hmnn,

"What does a friend really want from his/her friend?"

soalan ni aku hantar melalui mesej secara rawak pada kawan2 aku dan kalau korang nak tahu, diantara ramai2 yang aku tanyakan soalan tu, hanya mimie sorang je yang jawab, hanya mimie sorang je yang buat aku faham. Thanks mimie.

Entah la, aku still kabur dengan peranan seorang "kawan" dalam hidup aku sekarang ni. Mimie dah buat aku faham, tapi aku masih tak puas hati selagi bukan dorang sendiri yang jelaskan. Entah ape la maksud seorang "kawan" bagi orang sekarang ni ye, kalau aku tanya karang, mesti mimie sorang je yang jawab.

Entah la, dalam hidup aku sekarang ni, aku cuma nampak beberapa orang kawan je yang betul2 rapat dengan aku. Aku tak tahu la, maybe disebabkan aku, n maybe disebabkan dorang, mungkin jugak semua ni cuma perasaan aku je. Tapi apa yang aku nampak cuma 4 orang ni je.

First, Ben(Adam), walaupun aku dengan dia dah jarang contact, tapi aku still nampak dia sebab diri dia yang aku kenal. Aku suka cara dia, dan dia dah banyak mengajar aku dalam pelbagai perkara. Aku hormat dia macam seorang abang dan seorang kawan. Overall, aku memang suka cara dia dan apa yang paling penting, aku tak pernah jumpa kawan lelaki sebaik dia.

Second, Mimie, aku suka panggil dia Mimie, nampak lebih rapat, aku tak boleh panggil dia sis sbb aku dah biasa panggil dia Mimie. Dalam ramai2 kawan aku, dia yang paling ramah dan caring, adakalanya kata2 dia buat aku nampak dan faham banyak perkara. Aku suka sikap dia, cara dia, kadang2 buat aku terfikirkan beberapa perkara. Overall, aku sangat menghargai dia sebagai seorang kawan, aku seronok mengenali dan dapat berkawan dengan dia, aku hormat dia sebagai seorang kakak, Mimie, thanks sgt2.

Third, Dammia Myra. Aku tak tahu kenapa, tapi dia ni tak pernah lupa untuk terus contact aku sebagai kawan dia. Dia tak macam orang lain, sama macam Mimie, takde la sampai asek2 aku je yang nak contact dia, dia sendiri pun kadang2 contact aku. Aku hargai tu. Overall, aku suka berkawan dengan dia, walaupun ada sesetangah perkara yang aku tak dapat faham tentang diri dia.

4th, Ain, ahaha, dalam ramai2 kawan2 aku, dia ni antara yang paling ceria, aku pun tak faham dengan sikap dia ni, pelik2 je semua. Aku suka dengan sikap dia. Tapi dah jarang contact pasal masaalah aku. Aku banyak sangat probs sampai tak contact dia ni. Walau macam manapun, aku still seronok dpt bekawan dgn dia.

Hmnn, pada yang aku tak sebut tu, maaf la, aku bukan tak hargai korang, tapi adakalanya aku rasa macam jauh sangat dengan korang. Kadang2, aku rasa macam korang tak perlukan aku pun dalam hidup korang. Ada jugak yang aku rasa tak rapat sebab jarang contact, aku tak contact korang, korang pun takkan contact aku sampai bila2, nak buat macam mana kan.

Apa yang aku cakap ni, semuanya tentang kawan2 yang aku rapat melalui net, aku takkan cakap pasal kawan2 real aku di atas sebab2 tertentu, sensitif. Aku tak tahu kenapa, terlalu susah untuk jumpa kawan lelaki sebaik Ben sekarang ni, terlalu susah untuk cari kawan seperti Mimie, Myra dan juga Ain. Aku tak tahu apa yang tak kena. Aku cuma lakukan apa yang aku mampu, selebihnye terpulang pada dorang. Cuma, kalau aku ada buat salah, tegur2lah, jangan jadi macam Kyra, dah teruk baru nak cakap itu ini. Aku tak nak sia2 kan sesuatu hubungan tu. Datz all.

Im Back.

Hadoai,

Ahaha, tak sampai sebulan dah balik balik kat sini. Nak buat macam mana, aku rasa macam aku masih ada sebab untuk terus kekalkan blog aku ni. Dah banyak yang aku luahkan dekat sini dan blog ni dah memang menjadi tempat luahan isi hati aku. Tak ada sebabnya aku nak tinggalkan blog ni sebab orang lain.

Rasanya, aku akan cuba teruskan blog ni selagi masih ada yang kisah. Aku sayang blog ni, blog ni dah menyimpan banyak kenangan aku. Tempat aku luahkan segalanya sesuka hati aku. Tak de nak tapis2. Bahaya gak tabiat aku ni kalau aku teruskan tak menapis luahan hati aku dekat blog ni.

Dalam beberapa hari ni, banyak perkara yang bermain difikiran aku. Sampaikan kadang2 aku lost dengan mainan fikiran aku sendiri. Dalam beberapa hari ni jugak aku dah nampak beberapa perkara yang menyebabkan aku kembali pada blog ni.

Tindakan aku cuba meninggalkan blog ni dah menyebabkan aku terlepas beberapa perkara. Tapi tak apa lah. Tak penting pun, bukannye ramai yang kisah. Aku akan cuba biasakan dengan semua ni.

# - entah apa2 la kau ni pol, tak tetap pendirian. Wakakakaka...

Wednesday, July 1, 2009

Good Bye...


Hmnn,

Arini aku demam lagi, sekali lagi hidung aku ni jd paip air. Tak tahu la kenape, tp aku rase macam kerap sgt lak aku demam ni. Neway, ni bukan apa yang aku nk ckpkn sgt.

Harini aku dah selesaikan sesuatu yang membuatkan aku rasa sedikit bebas dari dunia net ni. Aku dah tak terikat dan buat masa ni, aku rasa aku nak lenyap dari semua ni.

Dah tiba masanya untuk aku terima segalanya, I am nobody. Biarpun dalam real mahupun net. Aku cuma seseorang yang tak seberapa. Tak ada apa2 pun pada diri aku ni.

Dah tiba masanya untuk aku tinggalkan segalanya. Aku nak tumpu pada sesuatu yang real. Sesuatu yang boleh aku banggakan. Sesuatu yang mampu buat orang lain nampak wujudnya aku.

Aku cuma angin, yang bertiup hanya seketika dan hilang untuk selamanya. Aku tak cuba untuk memenangi hati sesiapa, aku cuma cuba untuk melakukan apa yang sepatutnya.

Dah tiba masanya untuk aku terima kembali segalanya, dah tiba masanya untuk aku lalui segalanya seperti dulu. Lalui segalanya seperti yang tidak pernah orang lain tahu.

Maybe just for a while and maybe not...

no one will ever care...


Dear friends, just a simple word, Thanks and Good Bye...

Pieces by Sum 41