CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

My Playlist


Wednesday, February 22, 2012

Harapan...

Hmnn...

Selama ni aku silap... aku cuma memberi harapan kepada mereka... sedangkan aku sendiri tidak yakin dengan diri ini...

Aku akan pergi buat seketika... wish me well...

Monday, February 13, 2012

Hmnn...

Hati aku tak tenang... aku tak tahu kenapa, tapi mungkinkah sebab masanya yang sudah kian hampir. Aku faham, dalam hidup ini kita perlu sentiasa bijak dalam membuat pilihan... tapi aku seringkali tersalah dalam membuat pilihan...

Saturday, February 4, 2012

Berubah

Tanpa aku sedar... yang sebenarnya aku sendiri dah jauh berubah...

p/s : Ada seseorang telah membuktikan  pada aku  tentang hal ini dan ianya membuatkan aku termenung seketika. Mungkin dia tidak suka akan perubahan ini... dan aku sendiri masih belum pasti arah perubahan ini...

Friday, February 3, 2012

Menyesal, korang pernah menyesal? -

:: AMARAN : JANGAN BACA SEBAB AKU TULIS NI PANJANG LEBAR DAN PENUH DENGAN ISI MEREPEK::

Hmnn...

Ya menyesal, aku rasa ramai diantara kita yang tidak asing lagi dengan menyesal dan penyesalan ni. Kita manusia biasa, tidak lari dari melakukan kesilapan, tapi ada sebabnya disebalik apa yang berlaku didalam hidup kita. Allah berikan kita penyesalan agar kita tahu erti menghargai dimasa akan datang. Ayah selalu cakap, Allah tak akan berikan ujian yang tidak akan mampu dihadapi oleh hambanya...

Kadang kala kita rasa apa yang kita lalui itu sudah cukup berat, tanpa kita sedar kita merasakan ianya terlalu berat kerana ianya menimpa diri kita... cuba kita buka mata sejenak dan lihat apa yang berlaku diseluruh dunia. Mungkin dari situ kita sedar apa yang kita lalui pada hari ini tidaklah seberapa. Dari situ kita akan belajar erti menilai seandainya kita cuba menyelaminya...

Kadang kala kita rasa cemburu dengan orang lain, kita mahukan kehidupan seperti mereka dan kita mempersoalkan apa yang sering kita hadapi pada hari ini. Tapi pada hakikat sebenarnya, adakah kita nampak apa yang mereka jalani sepanjang hidup mereka? tidakkah kita terfikir mereka juga pernah menyesal? pernah merasa susah? pernah kecewa? 


Allah itu telah menjanjikan rezeki untuk setiap hambanya, janganlah kita sentiasa merungut dengan apa yang kita hadapi pada hari ini. Berusaha seikhlas hati dan Insyaallah rezeki itu hadir diatas keredhaannya. Hahaha... korang nak tahu satu perkara? sebenarnya aku ni hanya pandai berkata2 sahaja sedangkan pada hakikatnya aku sendiri tak seberapa. Seringkali dihimpit perasaan kesal dan berputus asa...

Ya betul, mereka yang mengenali diri ini, atau sekurang2nya pernah membaca blog ini akan sedar dengan semua tu. Aku ni jenis yang tidak tahu bersyukur, aku sering merungut dengan apa yang aku hadapi dan aku mudah berputus asa. Dan sememangnya dalam sedar aku tahu, secara tidak langsung aku menunjukkan siapa sebenarnya diri aku dengan menulis didalam blog ini...

Tapi aku tahu, manusia itu mudah berubah... dan mereka akan berubah mengikut jalan yang disenangi dan jalan yang mampu mendamaikan jiwa mereka. Terus terang aku katakan, aku dah lama hidup tak berarah dalam dunia ni, hati aku, jiwa aku, semuanya dipenuhi dengan rasa tidak berpuas hati dan dengki... perasaan kesal dan marah pada diri adalah yang paling parah menikam2 hati ini...

Bila aku cerita tentang zaman persekolahan, aku tak pernah menganggap apa yang aku lakukan pada masa itu adalah penting, biar berbuih mulut orang tua aku cuba memberi kesedaran tapi apa yang aku nampak hanya keseronokan yang sementara, keseronokan yang akhirnya membuatkan aku kesal buat sekian lama. Aku kesal dan cemburu bila aku melihat rakan2 seperjuangan yang dulunya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan aku mampu berlari jauh meninggalkan aku dibelakang, mengengsot dengan perlahan demi mengejar impian dihadapan...

Sigh... mungkin aku masih kesal dengan apa yang pernah aku lakukan dulu. Menyesal tentang segala galanya... tapi Allah itu maha pemurah, tak kira seteruk mana kita berpaling darinya.. masih ada ruang untuk kita menghampirinya. Aku rasa rendah bila kawan2 aku sekarang dah berada diperingkat degree... serius aku rasa cemburu.. tapi...

Hmnn... pada hakikatnya jalan itu sentiasa ada, aku tak patut rasa aku berada ditempat yang rendah sekiranya aku kenal siapa diri ini seadanya. Aku tak perlu kesal, sebab aku tahu yang aku semakin rapat dengan jalannya. Aku berada dilandasan yang betul... mudah2han. Hari ini bila difikirkan, kawan2 aku, rakan sekerja aku... mereka semua sudah mencecah umur 25 tahun, namun mereka masih berada diparas yang sama dengan aku... aku tersentak dan mula sedar bila aku melihat mereka terus berjuang bagi mendapatkan apa yang mereka mahu. Kenapa perlu aku menyesal kerana masa itu masih belum terlambat buat aku...

p/s : Penyesalan, cemburu, dengki, busuk hati... semua tu datang dari kita sendiri. Kita menilai berdasar apa yang kita pelajari dari hidup ini dan tak semua orang akan lalui perkara yang sama dalam perjalanan hidup mereka. Dari situ wujudnya perbezaan diantara kita semua... cara kita menilai dan cara kita menerima. Penyesalan itu satu pemberian kerana ianya mengajar kita untuk lebih menghargai sesuatu perkara...

Malas Kerja...

Hmnn...


Baru2 ni aku cakap dengan ayah  aku yang aku rasa malas nak kerja lagi dan aku tak sangka betul dengan feedback yang dia bagi, "tak ape la, kalau ko nak rehat ko rehat je la". Haha... duduk rumah goyang kaki menikmati PS3. Tak ade la, sebenarnya aku rasa tak sedap hati sejak kebelakangan ni, kepala aku pun kusut semacam je, aku sendiri yang buat aku rasa kusut dengan memikirkan apa yang tak perlu. Aku nak rest kejap... sampai bila sekejap tu aku sendiri tak tahu. Aku tahu lama2 sangat dekat rumah ni muak dia tengok muka aku nanti... :|

Thursday, February 2, 2012

Hmnn...

Akhirnya segalanya sampai disini :)



Setelah sekian lama segalanya reda... tiba2 aku dapat rasakan kesakitan tu semula. Hmnn.. mungkin ini adalah ujian yang terakhir sebelum aku benar2 melepaskan segalanya...

Kebenaran itu adakalanya menyakitkan tapi inilah kehidupan, ada jatuh dan bangkitnya. Aku tahu apa yang harus aku lakukan. Masa aku dah habis, tiba masanya peluang itu diberikan kepada mereka yang lain...


p/s : Sebenarnya aku sangkakan belenggu cinta itu telah lama hilang dari hidup ini, tapi sekarang aku sedar perasaan itu sebenarnya masib belum aku lepaskan dan inilah sebabnya kenapa aku jadi macam ini. Semalam aku dah buat  keputusan setelah mendengar cerita dia, aku rasa sekarang bukan lagi masa untuk aku, peluang itu harus diberikan kepada orang lain pula... jadi aku akan berlalu pergi dari rasa itu untuk selamanya dan sebenarnya akulah yang tidak layak untuk dia :)

Wednesday, February 1, 2012

Sebab kenapa aku langsung tidak hormat pada Hassan Ali

Hmnn...

Rasanya ramai yang dah lama tahu tentang pemecatan oleh PAS dan rasanya ramai juga yang tahu apa yang cuba dilakukan olehnya setelah pemecatannya itu. Apa pun, apa yang aku dapat dilihat disini, Hassan Ali bersikap amat tidak munasabah dengan menggunakan Media pihak lawan bagi melampiaskan rasa hatinya dan juga meletakkan beban keatas DSAI diatas pemecatannya itu...

Cuba kita berbalik pada kisah sejarah pejuang Islam Khalid Al-Walid R.A apabila beliau dipecat daripada jawatannya oleh Khalifah Umar Al-Khattab R.A sewaktu beliau masih lagi sedang berada di medan peperangan.  Beliau tidak lantang bersuara melepaskan rasa tidak puas hati dan masih meneruskan berjuangan sehingga beliau memperolehi kemenangan didalam peperangan tersebut.

Dan setelah peperangan berakhir, beliau dengan lapang hatinya telah akur dengan perintah pemecatan itu dan segera melepaskan jawatannya kepada pengganti yang baru dilantik oleh Umar iaitu Abu Ubaidah ibnu Al Jarrah. Khalid Al-Walid R.A sendiri tidak mengatahui sebab mengapa beliau dipecat tetapi beliau masih tidak meragui Umar Al-Khattab dan menghormati keputusannya itu.

Khalid Al-Walid R.A bukan sahaja tidak berpaling tadah dan mempersoalkan pemecatannya, malah beliau masih meneruskan perjuangannya dibawah pemimpin yang baru dan perjuangannya masih seteguh ketika beliau menerajui  tapuk kepimpinan tenteranya dahulu. Beliau berjuang kerana Allah S.W.T dan bukannya kerana Umar mahupun sesiapa.

Berbalik kepada Hassan Ali ni, aku tak mahu mengkritik latar belakangnya tetapi apa yang aku nampak, beliau terus berkokok sana dan sini setelah beliau dipecat. "Saya dipecat kerana Anwar Ibrahim!". Aku rasa dari sini pun kita boleh nampak motif perjuangannya, dan untuk apa beliau berjuang. Ikhlaskah perjuangannya?   betulkah jalan perjuangannya itu?  terpulang pada kita untuk menilainya.

p/s : Apa yang aku perkatakan ini hanyalah pendapat peribadi, andai kata aku yang salah, bukankah lebih baik menegur terlebih dahulu sebelum menghukum? :)