Hmnn,
Dah sekian lama aku tenggelam, pergi jauh dari mereka yang pernah bersamaku dulu. Bosan dan suram, dua perkara yang tidak boleh lari dari jalan hidupku. Aku bosan dengan itu, aku bosan dengan ini. Jalan2 yang aku susuri sentiasa suram tak kira kemana aku pergi.
Mungkin kerana aku terlalu memandang serius jalan hidup ini... tiada ruang untuk bersuka ria kerana pada sudut pandangan ku ia hanya sesuatu yang membuang masa... Secara jujurnya, aku dah lupa cara untuk bergembira...
Apa pun, entry ni sebenarnya untuk melayan tag dari Ain. Thanks for tagging :)
• Name one person who made you laugh last night .
☺ i dont laugh last night. So.. its nobody.
• What were you doing one hour ago ?
☺ watching tv, replying text from a friend
• What was the last you said out loud ?
☺ APA?! (sambil buat muka tension)
• Where is the next place you're going to ?
☺ Im going off to bed lol.
• What was the last thing you paid for ?
☺ stupid haircut
• Where were you last night ?
☺ Living room.
• What the best ice-cream flavour ?
☺ Vanilla ofcourse :)
• Do you want to cut your hair ?
☺ lol. ku baru je potong rambut ni. >.<
• Do you love to 'melatah' ?
☺nope
• If that so[melatah],what will you said out loud ?
☺ i dont melatah lol.
• What does the last message you received say ?
☺ "plan kita esok jadi tak?"
• Will you get married in the future ?
☺ i hope so :)
• Do you chew on your straw ?
☺sometimes lol.
• Do you make up your own words ?
☺depends.
• Is there anyone you love@like right now ?
☺yup. my one and only :)
•Tag to other 5 blogger or more
- perlu ke nak tag? beri jawapan anda di ruangan komen ya. Kalau ada jawapan yang memuaskan nanti ku tag.
My Playlist
Thursday, September 30, 2010
Tag dari Ain. :P
Posted by Saiful Hapizudin at 3:03 AM 2 comments
Friday, September 24, 2010
Game Oh Game... Game ke?
Ahaa... aku rasa banyak benda bertukar menjadi agak bodoh sekarang. Mungkin sebab aku berlakon macam NOOB dan INNOCENT agaknya. Apa pun, buat masa ni aku layankan saje la. Ahaa... tengok siapa yang GAME OVER.
Payah jugak nak berlakon NOOB ni, lebih2 lagi bila orang dah kenal cara kita kan. Puas aku cover, kantoi la pulak dengan sorang ni. Menyusahkan betul la, tapi dia ni pun macam nak GAME aku je, takpe2, kita tengok siapa yang kena GAME.
SORRY lah, aku bukan sengaja nak GAME orang, tapi tak dapat kawal perasaan lah. Ahaa, asek kena GAME dengan budak2 gedik tak sedar diri je, teringin jugak aku nak GAME orang. Jangan aku dok sebuk nak GAME orang sampai aku yang GAME OVER sudah.
p/s : Dah tentu aku tak buta, cuma terlalu lembab untuk faham. Esok2 menyesal. Aku memang saja post dalam bentuk yang orang tak boleh faham >:]
Posted by Saiful Hapizudin at 4:33 AM 4 comments
Monday, September 20, 2010
Tempat aku berdiri.
Hmnn,
Sekarang ni bukan masanya untuk aku menoleh ke belakang lagi, apa yang aku ada, hanya apa yang bakal aku tempuhi. Aku dah pernah buat berbagai kesilapan sebelum ni, dan aku harap aku tidak akan mengulanginya lagi. Aku dah pun mencecah 20, aku perlu berfikir dan bertindak dengan lebih matang. Pengalaman dah banyak memberi aku pengajaran. Dan apa yang aku miliki pada hari ini, adalah hasil selama aku hidup dalam 20 tahun ni. Mungkin akan berlaku sesuatu yang lebih baik, mahupun sebaliknya.
Aku tak tahu bagaimana caranya untuk hindarkan diri ini dari haluan hidup aku hari ini, bila aku jauh dari mereka yang pernah bersama dengan aku, aku mula nampak perbagai kesilapan yang pernah aku lakukan. Jalan hidup aku, mungkin aku rasa seakan2 jalan hidup aku hari ini adalah lebih baik, tapi hakikatnya, bukan aku yang menilai diri ini, aku tak nampak salah dan silap diri aku.
Ada masanya, aku ingin berhenti dari menilai sesuatu dengan keegoan diri aku, tapi aku selalu tersasar. Diri aku penuh dengan kebencian dan penyesalan, aku boleh memohon maaf, tetapi bukan hak aku untuk memberikan kemaafan itu. Aku boleh memaafkan apa yang pernah orang lakukan pada aku, tetapi aku tak pernah melupakan apa yang berlaku.
Bila aku memandang kesilapan aku dahulu, aku harapkan ianya takkan pernah berlaku. Tetapi apa yang telah berlaku, akan tetap berlaku. Aku hanya boleh cuba untuk menghindari dari ianya berulang kembali. Aku tahu aku juga manusia, tidak lari dari melakukan kesilapan, tetapi aku tidak boleh terima alasan tu, mendorong rasa menyesal dan bersalah dari hari ke hari dalam diri ini.
Harini aku cuba berdiri, melangkah dengan kaki sendiri. Mengapa perlu aku berusaha bersusah payah mengejar mereka yang sedang berlari, sedangkan aku mampu menghadapinya biarpun aku merangkak mencapainya dengan kaki sendiri.
Dan aku cuba memahami erti memberi dan menerima apa yang seadanya. Aku bukan tuhan untuk menentukan segalanya, aku adalah hamba yang perlu tabah untuk menghadapi ujiannya. Aku mampu melutut memohon kemaafan hari ini kerana aku sedar betapa kecilnya diri aku hari ini.
Posted by Saiful Hapizudin at 12:15 AM 0 comments
Labels: Life
Sunday, September 19, 2010
Raya Oh Raya.
Hmnn,
Pejam celik pejam celik, kemeriahan hari raya sudah pun berlalu untuk keluarga aku. Hmnn, dah besar macam ni, dapat dalam RM300, boleh la kot. Memang tak banyak macam dulu, tapi ada la sikit duit poket. Duit poket? Haram duit poket.
Raya ke-9, rumah ayah aku dipecah masuk. Entah macam mana satu keluarga boleh tak sedar pun tak tahu. Abang long aku belum tidur lagi masa tu, pukul 4.30 pagi dia dengar bunyi pelik, tapi aku sendiri tak tahu kenapa dia boleh biarkan. Aku demam dari raya pertama hingga harini belum sembuh, agak2 kalau aku terserempak dengan perompak tu dalam keadaan macam ni, sia2 saja kena pancung. Aku sendiri tidur tak lena haritu, yalah, nama pun orang demam kan, tapi aku langsung tak dengar apa2 bunyi pelik.
Ayah aku cerita, jam 5 pagi, dia terbangun sebab ada langau ganggu dia tidur, tapi dia sendiri tak jangka ada sesuatu sedang berlaku ditingkat bawah pada masa tu. Mak aku pun terjaga juga sebab ayah aku terjaga, tapi kedua2nya tak sedar pun. Kebetulan, abang ngah aku pergi berlatih silat di Rawang. Dia bengang betul bila dapat tahu rumah dipecah masuk keesokan harinya. Dia kata "masa aku tak ada pulak lah semua benda ni nak jadi". Ahli tamat silat cekak Malaysia dia tu, kalau aku nak tumbuk dia pun tak pernahnya kena.
Kalau korang lihat, memang pelik juga la, grill rumah tu dipatahkannya, seorang pun tak dengar. Banyak juga barang berharga hilang. Handphone ayah aku saja dah mencecah rm2K, duit cash ayah aku dalam rm2K juga, yela, hari sebelumnya keluarga aku buat rumah terbuka. Phone mak aku, laptop rm2k++, camera, tabung adik aku yang besar gajah pun lesap, dah penuh dah tabung tu, habis meraung dia pagi tu melalak. Nak cerita satu persatu memang banyak la, PS2 buruk aku pun kena sebat. Mangkuk betul la...
Tapi ayah aku langsung tak marah2, dia redha je dengan apa yang berlaku. Katanya dah bukan rezeki, pagi tu aku tolong call semua talian hotline account2 bank ayah dengan mak aku untuk block account, yela, karang kalau duit dalam bank pula hilang macam mana kan. Wallet memang lesap, habis Lesen, IC , segala kad bank lesap. Tengah hari tu parent aku buat laporan polis, beberapa pegawai dah pun datang buat apa yang patut. Tapi memang haram la nak ada tindakan kan. Itu je la wayang dorang pun, ayah aku bukan hartawan berharta jutaan ringgit pun.
Aku sendiri tak tahu situasi keluarga aku ni macam mana sekarang, sebab ayah aku buat rilek je beli phone baru Nokia E5 kalau tak silap aku. Memang tak sebaik dan tak semahal yang sebelumnya, tapi dia puas hati juga la dengan phone tu. And then dia tanya aku, harga PS3 sekarang berapa, nak gantikan PS2 aku yang hilang tu... Pelik tak Pelik. Aku mentah sangat nak faham situasi ni agaknya...
Lupa nak beritahu, kejadian pecah masuk tu berlaku waktu subuh. 4.30 pagi hingga - 5.30 pagi. Mungkin juga perompak tu dah tunggu lama sebelum tu, sebab abang aku ada dekat bawah sampai jam 4.00 pagi. Apa yang penting, ayah aku kata, mujur tak ada sesiapa yang diperapa apakan, nyawakan lebih berharga. :)
Posted by Saiful Hapizudin at 10:12 PM 2 comments
Labels: Life
Saturday, September 18, 2010
Saturday, September 11, 2010
Hmnn....
Posted by Saiful Hapizudin at 8:23 AM 0 comments
Friday, September 10, 2010
Thursday, September 9, 2010
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
Pejam celik-pejam celik, sekejap je kita dah berada dipenghujung Ramadhan, bulan mulia yang hanya hadir sekali dalam setahun. Semoga bertemu lagi kita dengan bulan yang mulia ini pada tahun hadapan.
Syawal pun bakal menjelma, macam2 perasaan yang bermain di hati. Tapi tak kira apa pun, hargailah apa yang kita miliki pada hari ini seadanya.
Selamat Menyambut hari raya Aidil Fitri dan maaf zahir batin. Usah diingat sengketa lama, ikhlaskan hati saling memaafi. Kita manusia, tak lari dari kesilapan kan.
Selamat hari raya dan semoga bergembira dihari yang mulia itu, jaga diri, dan ingatlah mereka yang lain :)
Posted by Saiful Hapizudin at 2:03 AM 1 comments
Labels: Life
Sunday, September 5, 2010
Akan Ku Jumpa by Azfar
Posted by Saiful Hapizudin at 8:33 PM 0 comments
Saturday, September 4, 2010
Hmnn....
Hmnn,
Kadang kala aku tertanya tanya... mengapa perlu kita memberi, pada mereka yang hanya tahu menerima?
Jangan berkata tentang keikhlasan jika anda tidak memahami ertinya...
Manakan tidak lunturnya keikhlasan, jika pemberian disalah gunakan, jika peberian, dipersiakan...
Mengapa perlu kita menghargai, mereka yang tidak tahu menghargai?
Ya, aku adalah aku, tetapi aku tidak lakukan apa yang aku mahukan, aku lakukan apa yang perlu...
Jika hanya diturutkan kehendak diri, bagaimana dengan orang lain? pernahkah anda fikirkan?
Cara kita berfikir, cara kita menilai, cara kita menerima, cara kita menghargai... sebenarnya mencerminkan siapa diri kita yang sebenarnya...
Posted by Saiful Hapizudin at 2:57 AM 2 comments
Labels: Life
Friday, September 3, 2010
Proton Saga
Hmnn,
Entah kenapa, aku rasa model Proton Saga ni macam menarik lak. Mungkin cukup sesuai sebagai permulaan, Aku suka warna merah =)
Posted by Saiful Hapizudin at 6:34 AM 1 comments
Langkah Kehidupan
Posted by Saiful Hapizudin at 2:27 AM 0 comments
Labels: Life
Thursday, September 2, 2010
Hati yang melukakan...
p/s : tak perlu bertanya... tak perlu memahami... manusia bodoh seperti aku sepatutnya dibuang sahaja...
Posted by Saiful Hapizudin at 4:33 AM 2 comments
Labels: Life
Kebenaran Tentang Aku : Cinta
Hitamku - Andra and the backbone
Posted by Saiful Hapizudin at 3:05 AM 2 comments
Urghh!!!!
Posted by Saiful Hapizudin at 1:59 AM 1 comments
Labels: Life
Wednesday, September 1, 2010
Manifestasi Cinta - Fiq
Bila mentari dan sang bumi
Tak lagi saling memahami
Dan cinta yang sedia ada
Pupus sudah segalanya
Hanya tinggal sisa suka duka percintaan
Haruskan aku berdiam membisu
Berdiri membiarkan semua itu
Dan cinta yang sedia ada
Pupus sudah segalanya
Hanya tinggal sisa suka duka percintaan
Haruskan aku berdiam dan membisu
Berdiri membiarkan biarkan semua itu
Engkau nafas hidupku
Kau manifestasi cinta
Engkau nadi jiwaku
Dari detik terulang
Kau rahsia mimpiku
Haruskan aku berdiam membisu
Berdiri membiarkan semua itu
Engkau nafas hidupku
Kau manifestasi cinta
Engkau nadi jiwaku
Kau manifestasi cinta
Engkau rahsia mimpiku
Kau manifestasi cinta
Engkau nadi jiwaku
Kau manifestasi cinta
Posted by Saiful Hapizudin at 3:40 AM 0 comments
Sigh
Posted by Saiful Hapizudin at 3:13 AM 0 comments
Labels: Life