CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

My Playlist


Monday, June 28, 2010

[intro] D Bm G A

  D
Disini aku masih sendiri
  Bm
Merenungi hari-hari sepi
         G
Aku tanpamu
           A
Masih tanpamu

  D
Bila esok hari datang lagi
   Bm
Ku coba untuk hadapi semua ini
           G Em            D
Meski tanpamu   meski tanpamu

  Bm                        F#m    Em
Bila aku dapat bintang yang berpijar
  Bm                        F#m    Em
Mentari yang tenang bersamaku disini
  Bm                      F#m  Em
Ku dapat tertawa menangis merenung
   Bm                  A
Di tempat ini aku bertahan

[chorus]
   D                Bm
Suara dengarkanlah aku
         G     D/F#     Em
Apa kabarnya pujaan hatiku
 A                 Bm
Aku di sini menunggunya
           G      F#m       Em A
Masih berharap di dalam hatinya

   D                Bm
Suara dengarkanlah aku
         G     D/F#     Em
Apakah aku slalu dihatinya
 A                Bm
Aku di sini menunggunya
           G      F#m       Em A
Masih berharap di dalam hatinya

  D
Kalau ku masih tetap disini
   Bm
Ku lewati semua yang terjadi
          G  F#m Em
Aku menunggumu 
          D
Aku menunggu

[intro] Bm A G D A G
        Em F#m G A

   D                Bm
Suara dengarkanlah aku
         G     D/F#     Em
Apa kabarnya pujaan hatiku
 A                 Bm
Aku di sini menunggunya
           G      F#m       Em A
Masih berharap di dalam hatinya

   D                Bm
Suara dengarkanlah aku
         G     D/F#     Em
Apakah aku slalu dihatinya
 A                Bm
Aku di sini menunggunya
           G      F#m       Em A
Masih berharap di dalam hatinya

Friday, June 25, 2010

Quotes



"remember your yesterdays, dream your tomorrows and live your todays"


p/s : 200th entry

Kenangan yang terukir...

Mirul k@x, Fasha, si Kiddo, Haikal, Faris, Syuk, n Rezza

Hmnn, inilah dia kawan2 masa zaman sekolah aku. Gambar ni diambil semasa rumah terbuka hari raya di rumah Faris, Afa tak berminat untuk menghadiri rumah terbuka ni, jadi dia tak hadir.  Segalanya hanya tinggal kenangan, mereka ni lah diantara wajah2 yang pernah menyerikan hidup aku. Sekarang semua dah berubah, membawa haluan masing. Aku doakan korang berjaya dalam apa jua yang korang usahakan. :)

p/s : Aku ingat lagi, si baju pink tu pakai seluar harga RM1K dan aku pakai cap XGAMES Irfan tak pulang balik pasal hutang tak bayar. Wakakakaka.

Tuesday, June 22, 2010

Bukan kerana sukar menerima kenyataan.

Hmnn,

Ini adalah tentang diri aku. Ada sesetengah orang beranggapan, aku ini terlalu ego, suka menyalahkan orang lain, sukar menerima kenyataan dan sebagainya.

Adakalanya, apa yang diperkatakan itu adalah benar, dan ada sebaliknya, ianya bergantung kepada situasi dan keadaan.

Aku jenis seseorang yang terlalu yakin pada apa yang aku faham, dan apa yang aku percaya. Kebanyakan tindakan dan keputusan yang aku lakukan adalah bergantung kepada logik sesuatu perkara. 

Aku terlalu yakin dengan diri aku, sehinggakan ianya menjadi agak sukar untuk aku menerima nasihat orang lain, aku perlukan alasan yang kukuh untuk menerima sesuatu perkara.

Aku akan menjadi lebih ego apabila seseorang itu gagal meyakinkan aku dengan kenyataannya. Aku akan menjadi lebih yakin sekiranya logiknya sesuatu perkara menyebelahi pendapat aku.

Dan aku menyalahkan orang lain kerana aku yakin dengan diri aku, aku yakin dengan apa yang aku lakukan. Memang adakalanya aku salah, tetapi kenapa terus menghukum tanpa memberi kesedaran?

Cara untuk melembutkan aku bukanlah kekerasaan kerana sememangnya aku sukar menerima sesuatu yang pada pemikiran aku adalah tidak berasas. Dan aku memerlukan alasan yang kukuh untuk meyakini sesuatu penyataan.

Aku tak suka mereka yang berlagak memahami diri aku sedangkan pada hakikatnya tidak. Dan aku tak suka orang yang mengambil serius diatas perkara bodoh yang aku katakan ketika bergurau.

Contoh :

Entry aku "Panggung Wayang dan juga TV"

Ianya adalah pendapat aku, dan andai kata aku salah, nyatakan sebab logik bagi aku menerimanya. 

Macam biasa, aku pun manusia biasa, sering melakukan kesilapan. Andai kata aku salah, apa salahnya anda semua menegurnya ye dop?

Memori di sebalik gambar,


Gambar ini diambil di tandas perpustakaan Politeknik Sultan Idris Shah Sabak Bernam pada 25 April 2010. Sebenarnya masa ni aku dan Amal sedang take 5 selepas seketika mengulangkaji subjek Instrumentasi kerana ujian akan diadakan pada jam  5.30 petang hari tersebut. Penat aku study, tetapi hasilnya tidak begitu memuaskan. Mungkin kerana pada ketika itu kepala aku sedang berat memikirkan tentang final projek.

Jangan cepat puas hati, jangan buat kenyataan tanpa berfikir.

Salam,

Hmnn, aku bukan apa, aku sendiri pun tak adalah sempurna, tetapi aku cuma ingin 

Monday, June 21, 2010

My Old Habbo



Hmnn,

Kepala aku tengah berat memikirkan banyak perkara sekarang ni, aku pun tak tahu apa yang aku fikir, rasa berserabut. Sambil2 melayan kepala aku yang berat ni, aku saja buka balik game Habbo aku, dah lama tak main. Rindu dekat barang2 dan room aku yang dulunya penuh dengan orang. Sekarang ni Habbo da banyak berubah, dari Habbo sg yang menggabungkan PH, SG dan MY, merge ke Habbo satu dunia, bergabung dengan Habbo US, UK dan sebagainya. Habbo makin bosan, bukan sebab tak reti berbahasa Inggeris, tapi tak banyak benda yang boleh dibualkan dengan mereka.

- Aku rasa rindu itu seperti sesuatu yang merugikan.

Friday, June 18, 2010

Mengimbas Memori...

 
Hmnn, 

Bila dalam keadaan macam ni, aku selalu kenangkan balik perkara2 lama, tengok gambar, mesej, dan sebagainya. Bila aku lihat, bila aku baca, macam2 yang bermain difikiran, banyak kenangan, ada yang pahit. ada yang manis.

Aku tengok balik gambar aku dan kawan2 sekolah aku, macam2 yang aku kenangkan, seronoknya zaman tu. Paling banyak kegembiraan, pergi mana2 dan buat apa sahaja  dengan kawan. Memang kelekaan tu yang buatkan aku gagal hari ini, tapi itulah saat gembira dalam hidup aku.

Lepas teringat tentang sesuatu, datang lagi kenangan tentang cerita lain. Aku ingat lagi, masa aku tingkatan satu, masa tu P&P subjek Math dan Sains baru je ditukarkan kepada Bahasa Inggeris, aku bach pertama. Masa tu, satu apa pun aku tak faham, aku tak faham satu apa pun Bahasa Inggeris. Masa tu, aku selalu kena tanya budak kelas aku, "Cikgu tu suruh buat apa?", "Cikgu tu nak apa?", "Cikgu tu kata apa?", dan selalu je aku kena dengan budak kelas aku, "Bodoh la kau ni!, itu pun tak faham ke?".

Masa tu, cuma Afa sorang je yang selalu ajar aku, orang lain semua hina2 aku. Tapi Kalau nak dikenangkan, Afa banyak berubah sejak dia bercouple, sampailah sekarang, langsung dah tak pernah contact dengan aku, kalau tak dulu, dia la kawan baik aku. 

And then Fasha, dia pun banyak beri nasihat dan pertolongan pada aku, sampaikan kadang2 aku anggap dia macam abang aku. Tapi nak buat macam mana, disebabkan dia berhutang dengan aku, hubungan menjadi kian renggang. Memang aku tak pernah minta, tapi dia sendiri yang menjauhkan diri.

Dulu ada Sath, Afa dengan Fasha memang anti dengan dia ni, aku pun tak tahu kenapa, mungkin sebab sifat perkauman. Sath pun satu, masa tu selalu buat benda yang bukan2, sampaikan meragut pun ada. Disebabkan perkara macam tu, aku malas nak bergaul rapat dengan dia lagi.

Nak diceritakan lagi, hmnn, aku ni memang bukan jenis banyak cakap, sejak kecil lagi, kalau aku tiba2 masuk air dan banyak bercakap, tandanya ada sesuatu yang tak kena la tu. Ramai lagi kawan2 aku yang dah tak ada, Faiz, Najmul, Syafik, dan lain2. Kalau ada pun, semuanya dah berubah sejak bawa haluan sendiri, sambung belajar.

Hmnn, kemudian aku nampak gambar adik angkat aku yang pertama, Nadia. Dulu dia rapat dengan aku, masa tu aku tak pernah couple pun lagi, tapi sejak aku couple, hubungan aku dengan dia kian renggang. Aku kadang2 ada juga ternampak dia, tapi dia dah banyak berubah, dah besar dan pandai jaga diri sendiri.

Kakak angkat pun aku pernah ada, tapi yelah, aku berkawan atau jalinkan hubungan bukan semata2 untuk menjadi tempat mengadu masaalah. Bila ada masaalah datang, bila senang, entah mana2 la. So sekarang ni aku malas nak ada kakak angkat ke, ape ke, segala2 yang angkat la katakan.

Antara benda yang aku  xboleh lupa, SB, member2 SB, aku mula kenal dengan dorang pun sebab ex aku, Hani, adoi, semua orang tahu aku bodoh2 je kena main hidup2 dengan si Hani ni. Ye lah, permulaan couple, habis buta tuli aku jadinya.  

Dengan member2 SB, aku paling rapat dengan Adam dan Mimie pada satu ketika dulu. Sekarang ni entah la, aku sendiri pun tak tahu. Dulu seronok, masa tu cara aku pun lain, tak ada marah2, tak ada sikap cemburu dan sebagainya. Sekarang ni aku dah banyak berubah. Banyak kenangan SB, Fa, Qilot, Dianza, Mangga, Juna, Koko, Myra, Kak Anis, Kak Leez, Apple, Ili, Ina, Fatin dan lain2. Hmnn, Fatin, entah macam mana la dia tu sekarang, last contact aku pun dalam tahun lepas kalau tak silap, dia bagitau yang dia nak bercuti dimana entah, aku lupa, overseas, lepas tu terus senyap sampai sekarang...

Ada jugak kawan2 lain yang aku kenal secara online macam Ain contohnya. Hmnn, nak diceritakan kenangan aku, sampai bila pun tak habis agaknya. Hidup ni cuma sekali je, itu pun belum tentu lama, aku harus terus pandang kehadapan, dan berusaha untuk mencapai sesuatu yang lebih baik. Ada orang kata, buat apa nak dikenangkan cerita lama, tapi bagi aku, itulah dia warna warni hidup aku, baik pahit mahupun manis..

Apa2 pun, aku doakan mereka semua berjaya dalam apa jua yang mereka lakukan. Biasa la manusiakan, sentiasa berubah... aku rindu mereka, dan semua kenangan bersama mereka...

Datz all...


Aku pernah lukiskan ni untuk Aina dengan menggunakan Doodle...

Aku Benci Rasa sedih

Hmnn, ya, aku benci rasa sedih. Perasaan ni hanya membuatkan aku rasa lemah dan putus asa. Aku pun tak tahu semua ni untuk berapa lama. Perasaan ni sentiasa buat aku rasa lemah untuk berada dalam dunia nyata. Dalam keadaan sekarang, aku sedar yang aku tak boleh terus macam ni, semuanya akan memberi kesan dalam hidup aku. Aku cuma tak tahu macam mana nak hapuskan perasaan sedih ni.  Hmnn, entahlah... Aku tak ada masa yang boleh dibazirkan, tapi dalam keadaan sekarang, aku rasa terlalu lemah untuk elakkan semua ni...

Thursday, June 17, 2010

Yang Terbaik Untuknya...



Hmnn,

Bila aku lihat jauh kedalam diri aku, aku jadi semakin takut dengan dunia, aku tak tahu dan aku tak yakin aku boleh hadapi dunia ni...

Bila aku lihat jauh kedalam diri aku, aku nampak begitu banyak kelemahan, aku bodoh, lembab dan buta...

Aku nampak seorang yang sentiasa gagal... ya, itulah diri aku...

Dan tentang hubungan tu...

Aku rasa aku patut dah lama lupakannya, aku tak berhak pun untuk memiliki hubungan tu...

Mungkin segalanya hanya sampai disini...

Segalanya adalah yang terbaik untuk dia...

Bila bersama dengan aku hanyalah satu kepedihan...

Maafkan aku... tapi semuanya harus berakhir begini...

Aku hanya seorang yang gagal...

Dan tak ada sesiapa yang boleh menerima seseorang yang gagal...



Dan by Sheila On 7

Dan
Bila esok datang kembali
Seperti sedia kala
Di mana kau bisa bercanda

Dan
Perlahan kau pun
Lupakan aku mimpi buruk mu
Dimana telah ku tancapkan duri tajam
Kau pun menangis menangis sedih
Maafkan aku

Dan
Bukan maksud ku
Bukan ingin ku melukaimu
Sedarkah kau di siniku pun terluka
Melupakanmu menepikanmu
Maafkan aku

Lupakanlah saja diriku
Bila itu bisa membuatmu
Kembali bersinar
Dan berpijar seperti dulu kala
Caci-maki saja diriku
Bila itu bisa membuatmu
Kembali bersinar
Dan berpijar seperti dulukala

Dan
Bukan maksud ku
Bukan ingin ku melukaimu
Sedarkah kau di siniku pun terluka
Melupakanmu menepikanmu
Maafkan aku

Lupakanlah saja diriku
Bila itu bisa membuatmu
Kembali bersinar
Dan berpijar seperti dulu kala
Caci-maki saja diriku
Bila itu bisa membuatmu
Kembali bersinar
Dan berpijar seperti dulukala

Lupakanlah saja diriku
Bila itu bisa membuatmu
Kembali bersinar
Dan berpijar seperti dulu kala
Caci-maki saja diriku
Bila itu bisa membuatmu
Kembali bersinar
Dan berpijar seperti dulukala...

Wednesday, June 16, 2010

Break Up...

 Ya, aku yang bodoh, aku yang salah dalam hubungan ni...


Hmnn,

Harini aku gaduh dengan Aina lagi, keadaan kali ni sememangnya agak teruk, dalam beberapa kali pergaduhan sejak kebelakangan ni, pasti akan ada perkataan "break". Aku tak tahu hubungan ni akan berkekalan ataupun tidak.

Semuanya memang salah aku, dari sejak mula lagi. Susah bercinta ni, rugi siapa yang bersama dengan aku, gemuk, bodoh, hodoh, lembab, pentingkan diri, panas baran, kuat cemburu, segala2nya ada dalam diri aku.

Aku bukan lelaki yang baik, aku tak mampu kawal pun kemarahan aku. Ya, aku mudah marah bila aku diganggu ketika sedang fokus melakukan sesuatu, aku marah bila orang tak dengar cakap aku, aku marah bila sesuatu yang aku usahakan tak menjadi, aku marah dengan orang yang suka cakap benda tak berasas, dan aku marah bila orang tak fokus pada point yang cuba aku sampaikan.

Hmnn, selain tu, aku juga mudah dipengaruhi persekitaran, aku mudah dipengaruhi perasaan, dan aku terlalu yakin dengan apa yang aku fikirkan. Kadang2 aku tak tahu pun sama ada sesuatu yang aku tahu tu benar ataupun sebaliknya, sebab tu aku lebih suka berdiam dari berkata2 menunjukkan aku tahu segalanya.

Bila dia kata aku dah berubah, ya, aku boleh terima, dalam hal yang melibatkan "Cinta", aku dah lama berubah. Aku pernah sayangkan seseorang sepenuh hati, tapi apa yang aku dapat hanya kekecewaan. Dalam tempoh mengubati kekecewaan, ramai yang berkata pada aku "Tak salah mencintai orang lain, tapi jangan serahkan semua cinta kita itu, simpan sedikit untuk diri kita sendiri". Tapi bila aku semakin cuba mengubati hati, aku sedar yang hati aku semakin tawar untuk bercinta. Ada kalanya aku sayang, tapi aku gagal untuk tunjukkan.

Bagi aku, cinta ni sesuatu yang begitu menyakitkan, tapi bagi orang seperti aku, aku dah lama mencerminkan diri, aku tak layak pun untuk memiliki "Cinta" tu. Diri aku tak cukup sempurna untuk menerima dan memberi sesuatu seperti itu.

Walaupun aku sedar,  tapi aku masih mencuba, aku cuba yakinkan diri aku yang aku boleh menghadapinya, dan kini aku semakin sedar. Mungkin aku boleh mencuba untuk menghadapinya, cuba meyakininya, tetapi tidak orang lain. Ayah pun pernah cakap, siapa yang dapat terima aku memang seorang yang hebat, tabah  sebab aku sukar dikawal. Even aku sendiri pun tak dapat mengawal diri aku sepenuhnya.

Dulu, aku pernah break dengan Aina sekala, dan dia ada bertanya, "Awak rasa kita ni serasi tak?", dan aku jawab  "Tak". Memang itu hakikatnya, jika nak diikutkan keserasian, dan lama aku putuskan hubungan ni, tapi sebab hati aku ni terlalu lembut.

Bagi aku, keserasian itu bukan persoalan, lebih2 lagi apabila keserasian yang dimaksudkan melibatkan orang lain. Buat apa nak kisah apa orang kata, buat apa nak berpura2, kalau dah benar sayang, kalau dah benar cinta, jujurlah dalam segalanya.

Dan aku, ada sesetengah perkara, bukan aku enggan jujur, tetapi kerana ianya hanya akan mengeruhkan lagi keadaan hubungan ni. Dia takkan boleh terima siapa aku, sama macam sekarang, semuanya jadi begini sebab dia tak boleh terima siapa aku, sesiapa pun takkan boleh terima diri aku. Terlalu banyak kelemahan dalam diri aku.

Bila aku berkata tentang "top up" dan sebagainya, aku tak pernah kata, dan dalam ayat2 yang aku gunakan, tak satu pun yang aku maksudkan dia perlu menggantinya, tak satu pun aku ungkit untuk menyakiti hatinya. Apa yang aku kata dan sering kata "buat apa aku selalu topupkan kau kalau aku tak sayangkan kau". Ya, apa yang cuba  aku sampaikan, aku sayang dia, apalah sangat duit kalau nak dibandingkan dengan dia, tapi apa yang dia nampak, dia nampak aku cakap aku nak dia pulangkan semua yang aku keluarkan untuk dia balik, dia tak pernah nampak pun sayang aku.

Dan apa yang banyak buat aku marah, dia banyak dengar kata orang, itu la, ini la. Bagi aku, ni hubungan aku dengan dia, buat apa nak kisah tentang kata2 orang, apa yang mempengaruhi hubungan ni, hanya aku dan dia.

Secara jujurnya, aku nampak yang dia tak pernah yakin dengan hubungan ni lagi, dia tak pernah yakin dengan aku. Kenapa ragui hubungan ni kalau dia benar2 mahukannya, dan aku sendiri dah lama tahu akan jawapannya, sebab, aku sahaja tak pernah cukup, tak pernah sempurna, tak pernah dapat membahagiakan dia.

Aku tak pernah anggap pun duit tu membawa jurang yang membezakan aku dan dia, dia selalu kata, keluarga dia susah, keluarga dia itu dan ini. Tapi selama ni bagi aku, aku pun bukan orang senang, cuma aku lebih beruntung berbanding dia, namun, semua tu tak pernah pun aku anggap menjadi perbezaan diantara aku dan dia. Sebab, selama ni bagi aku, apa yang mempengaruhi hubungan ni cuma hati dan perasaan aku dan dia.

Aku pun tak tahu macam mana, tadi dia minta break sekali lagi, dan aku tak tahu hubungan ni akan berkekalan atau sebaliknya. Sebab aku sendiri dah hilang keyakinan dalam hubungan ni, siapalah aku yang berhak menerima semua ni. Dia berhak untuk mendapat seseorang yang jauh lebih baik dari sampah macam aku.

Maafkan aku kerana sentiasa mengecewakan, sentiasa melukakan, mungkin kita memang takkan dapat serasi, mungkin hubungan ni patut berakhir begini. Dan aku takkan pernah salahkan dia lagi, semuanya disebabkan kekurangan diri aku sendiri.

Bila aku kata aku bosan, tak bermakna aku bosan bersama dengan dia, aku bosan dengan keadaan yang macam ni, gaduh, merajuk, gaduh, merajuk, gaduh, gaduh, break.

Aku tak minta semua ini berlaku...

Result Final Sem :D





Akhirnya, dapat jugak aku postkan entry gembira setelah sekian lama. Haha, aku pun tak tahu nak cakap macam mana, syukur alhamdulillah, akhirnya aku dapat mencapai Anugerah Ketua Jabatan (AKJ) untuk sem ni.

Siapa yang tak gembira, sem ni la yang begitu banyak menguji aku. Dan akhirnya aku berpuas hati dengan result final aku. Aku yakin, Insyaallah semua ini akan mencerahkan lagi masa depan aku. 

Rasanya, semester ni mesti ramai yang dapat AKJ, tahniah untuk mereka semua yang dapat AKJ. Bersama2lah kira berusaha untuk mencapai sesuatu yang lebih baik.

Terima Kasih yang tak terkira aku ucapkan kepada mereka yang telah banyak membantu memberi dorongan dan semangat untuk aku mencapai semua ni, terutama pada ayah, angah, aina, amal, apot, ika, para pensyarah dan juga yang lain2.

Kalau nak diikutkan rasa putus asa aku, hanya ayah, angah, dan aina yang tahu. Tapi dorongan mereka membuatkan aku gagah menempuhi semua ini. I LOVE U :)

p/s : Aku terlalu gembira ni, rasa nak menjerit sepenuh hati. Hati siapa yang tak puas, bagi mereka yang berjaya dengan bantuan orang lain, meniru atau sebagainya, mungkin semua ni tak begitu terasa, tapi aku begitu berpuas hati dengan hasil usaha separuh mati aku.

Tuesday, June 15, 2010

Bukan kita yang berhak menentukan.



Hmnn,

Banyak sebabnya kenapa aku malas nak ambil tahu tentang orang lain, tapi kalau langsung tak ambil tahu pun tak boleh juga kan.

Entah la, mungkin inilah dia cabaran dalam kehidupan. Apa yang sering bermain difikiran aku, sememangnya mudah untuk kita berkata2, tapi siapa yang faham keadaan mereka yang menanggungnya.

Ada masa kita gembira, dan ada sebaliknya. Tapi, aku pun tak tahu kenapa, kegembiraan tu mampu hilang dalam sekelip mata, sedangkan kesedihan memakan masa hinggakan bertahun lamanya.

Buat seketika, aku bertindak mementingkan diri sendiri, semuanya demi memuaskan perasaan dan hati aku yang disakiti. Dan bila aku menoleh memerhati apa yang berlaku, apa  yang aku rasa cuma sesuatu yang enggan aku katakan.

Memang manusia sentiasa melakukan kesilapan, tambahan lagi kerana bukan kita yang berkuasa menentukan.

Hargai hari ini, jadikan ianya lebih baik dari semalam, semoga kita sentiasa menantikan kejutan hari esok, jauh dari hari semalam yang pernah melukakan.

p/s : Aku tak suka rasa sedih :(

Menunggu Masa



Hmnn,

Result final akan keluar esok, keputusannya nanti bakal mempengaruhi hala tuju hidup aku. Dengan segala yang telah aku usahakan, aku harap segalanya berada dalam keadaan baik. Kalau tak, pasti akan terlalu mengecewakan. Aku doakan kejayaan untuk diri sendiri dan semua yang berusaha bersama dengan aku.

Amal, Apot, dan Ika, wish u all da best.

Monday, June 14, 2010

Aku anti sikap gedik dan perasan.



Hmnn

Ada sesetengah orang yang kenal aku, yang pernah jumpa aku, kata aku seorang yang sombong dan berlagak.

Ok la, benda dia senang je, aku bukan nak sombong atau berlagak tak kena tempat.

Aku berlagak dengan orang yang berlagak, dan aku sombong dengan orang yang sombong.

Dan antara salah satu sifat aku, aku benci sikap mengada-ngada dan gedik.

Aku memang anti habis dengan sikap-sikap macam ni.

Perasan bagus, perasan hebat, dan segala2 perasan yang berkaitan dengan gedik, mengada-ngada, menunjuk-nunjuk dan sebagainya.

Aku bukan sombong atau berlagak, orang tegur aku balas, cuma aku malas nak layan dengan mereka2 yang bersikap macam tu.

Lebih2 lagi mereka yang sombong, gedik, mengada-ngada dan perasan tak kena tempat.

Kalaulah ada diantara mereka2 yang ingin kata aku sombong, berlagak atau sebagainya, cermin2kanlah diri tu, aku tak buat benda sia2 tanpa sebab.

Kata kuncinya senang sahaja, "Orang berbudi, kita berbahasa".

Orang layan aku macam sampah, jadi aku layan orang tu macam sampah.
Aku tak mati pun tanpa orang2 seperti ini dalam hidup aku. Tak perlu, tak penting dan terlalu menyusahkan.

Aku malas untuk memberatkan fikiran aku dengan perkara macam tu.

Orang nak anggap aku apa pun, pergilah lantak.

Sebab, cara aku, aku malas nak bercakap, cuma menunjukkan hasil sahaja.

Biarlah orang lain tak perasan dengan hasil yang aku dapat, asalkan aku ada hala tuju dan matlamat, aku tahu apa yang aku buat.

Bukan nak berlagak, tapi dari apa yang aku nampak, tak ada orang yang akan tolong kita melainkan diri kita sendiri.

Kalau kita perlukan apa2 dari orang lain pun, kita terpaksa kipas separuh mati, wayang kuat, baru dapat.

Aku sekarang tak tahu kenapa, aku tukar fon baru, dan dalam fon ni cuma ada nombor orang2 tertentu sahaja macam keluarga aku, dan ada sesetengah yang aku memang dah hafal.

Aku rasa, tindakan aku membuang orang dalam hidup aku tak salah, sebabnya, dulu aku sering contact kawan2 aku, dan sekarang bila aku dah buang semua nombor tu, berapa kerat sangat la yang ada contact aku. Yang tak ada, sememangnya hasta la vista atau pun memang takkan ada lagi la.

See, dah berapa bulan ni, aku tak mati pun, aku lebih suka tak berkawan, dari mempunyai kawan yang tak bersikap seperti kawan.

Aku tak tahu la kan, kawan apa yang jenis sampai macam ni "Cuba kau ingat, dulu masa kau susah, siapa yang tolong kau?", Semata2 kerana ingin aku lakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya.

Aku tak kisah kalau tak memudaratkan diri aku, tapi kalau sebaliknya, sori la, takkan sebab kau sorang, aku nak bermusuhan dengan semua kawan2 aku kot.

Dan, aku malas nak layan orang yang aku tak kenal atau enggan memperkenalkan dirinya.

Datz all.

Aku tak kata yang aku sentiasa betul, apa yang aku kata, semuanya berdasarkan sudut pandangan aku, kalau aku salah, apasalahnya korang perbetulkan? takkan tak beri sign terus nak membunuh ye tak? tak pasal2 kena sekolah nanti.

Friday, June 11, 2010

It's.....broken?


Hmnn, aku bukan watak novel...

Aku bukan pelakon drama...

Aku ialah aku...

Dan ini adalah diri aku sebenar...

Diri yang takkan pernah sempurna...

Sebab aku hanya manusia...

# - aku tak harap belas kasihan, dan aku taknak jadikan ia sebagai alasan. Tapi hati siapa yang tak pernah sakit? dan manusia mana yang tak pernah menyakitkan?

Happy or Sad



 Hmnn,

Sedih ke gembira? Sebenarnya, aku pun tak sedar bila masanya aku sedih, bila masanya aku gembira. Sebab, bila aku ketawa, ianya hanya seketika, dan bila sedih pula, aku sendiri tak pernah sedar bila perasaan tu semakin pudar dari diri aku.

Apa yang aku tahu, secara jujurnya, kadang2 aku rasa gembira apa yang aku usahakan berjaya, contohnya macam, bila aku study separuh mati, and then dapat result yang bagus, aku akan rasa gembira seketika. Sedih pulak, bila sesuatu yang aku usahakan tak menjadi, aku akan rasa kecewa, masa ni la mood aku jadi tak menentu, marah2 dan sebagainya.

Tapi kalau nak dikatakan gembira bila bersama orang lain, ataupun kegembiraan yang dibawa orang lain, hmnn, aku jarang sedar tentang  semua tu, aku hanya sedar bila semua tu kian pudar lalu mewujudkan perasaan sedih dalam diri aku.

Yang sebenar2nya, aku senyum bila aku gembira, dan aku marah bila aku sedih dan kecewa. Pelik ke normal ni?

Panggung wayang dan juga TV.


OK la, sebenarnya, hal ni kecik je, tapi sikap segelintar pihak yang menyebabkan aku rasa nak post entry ni. Ianya berkenaan panggung wayang dan juga TV.

Orang dok sibuk kata, pergi menonton wayang tu dosa, maksiat. Haha, apehal la, bukan apa, apa beza tonton wayang dan juga TV? ada sesiapa boleh beritahu?

Orang kata, panggung wayang tu gelap, ada orang buat maksiat, lepas tu pulak ada adengan 18sx. Wakakaka, adoi, nak buat maksiat, dalam longkang pun boleh jadi. Nak kata korang pun kira bersubahat juga jika ada orang lain melakukan maksiat didalam panggung wayang?

OK la, kita lihat secara keseluruhan, panggung wayang tu duduknya dalam shopping complex, nak cerita maksiat, dekat tangga laluan kecemasan shopping komplek pun ada orang buat maksiat. Kira mereka2 yang berada didalam shopping komplek sewaktu kejadian hina tu berlaku tu pun bersubahat juga ke? shopping kompleks pun dah jadi sarang maksiat.

Kalau orang duduk rumah flat, penghuni lain buat maksiat, mereka2 yang duduk dalam banggunan yang sama pun kira turut berdosa la ye? sedangkan mereka tak tahu pun kejadian tu berlaku? benda ni sama je la konsep dia dengan konsep berada dipanggung wayang.

Nak kata wayang ada adengan 18sx. jangan nak kalot, tv tu lagi banyak tunjuk artis dedah aurat, pakai  baju nampak lurah dada, skirt sampai nak nampak tut, tudung jangan cakap la kan.

So pada mereka2 yang dok banyak sangat kata itu ini pada mereka yang pergi menonton wayang, jangan nak berlakon baik la. Kamu pun sama je. Aku bukan selalu menonton wayang pun, tapi panas lak dengan mereka2 yang meletakkan akal di bawah tapak selipar. Hipokrit.

Jangan nak tipu la kata tak pernah tengok tv, paling kurang pun korang tengok berita yang pembaca beritanya ada yang tak bertudung, cerita disney pun sama je, bukan ke artis disney semua berpakaian seksi? skirt nampak peha.

p/s - aku bukan baik sangat pun, cuma melihat dari sudut yang berbeza, kalau aku salah, apasalahnya korang perbetulkan ye dak?

Penang dan cerita disebaliknya.



Hmnn, Sabtu ni ada majlis perkahwinan sepupu aku di Pulau Pinang, anak pak long. Mak aku nak sangat pergi, sebab dah berapa tahun tak pergi melawat pak long dekat sana. Aku pun tak tahu la macam mana, sebab sebenarnya ada krisis sikit antara ayah aku dengan keluarga sebelah mak aku ni.

Semuanya sebab makcik aku, dia hina mak aku dan ayah aku, dia kata macam2 pada mak aku sampai arwah nenek aku menangis, lepas tu semua orang salahkah mak aku, kata mak aku yang buat arwah nenek aku sedih sampai menangis.

Punyalah tak guna akal, mereka ni marah mak aku semata2 sebab mak aku tak dapat ambil cuti untuk kenduri arwah, mana taknya, masa tu cuti raya puasa, dorang ni nak buat kenduri arwah tak inform mak aku awal2. Macam biasa la orang kerja, bz, so bila tak inform awal2, macam mana nak apply cuti awal. Lebih2 lagi musim raya, semua orang nak cuti.

Lepas kena hina dengan makcik aku tu, ayah aku terus ajak balik, lagipun masa tu makcik aku tu halau mak aku dari rumah kampung, ayah aku tak mahu masuk campur, jadi ada baiknya dia bawak je semua ahli keluarga aku balik. Nak dijadikan cerita, tokcu aku pulak meninggal dunia pada hari yang sama, jadi adalah hikmahnya kenapa mak aku tak dapat nak ambil cuti panjang untuk kenduri arwah yang tak dirancang dengan sempurna tu.

Kenduri arwah ni, tak guna buat besar-besaran panggil satu dunia pun, apa yang penting, keihklasan hati dan lebih baik jika yang melakukannya tu adalah zuriat kepada arwah. Panggil satu dunia tapi semua doa entah apa2, baik tak payah.

Tak lama lepas tu, dorang ni pun buat jugak la kenduri arwah tu, dan mak aku masih tak dapat pergi, nak tahu kenapa? sebab, kendurinya nak buat pada hari sabtu, dan mereka beritahu mak aku pada senja jumaatnya, cuti pun tak sempat apply, ni lah dia alkisahnya mereka yang meletakkan otak dan akal fikiran mereka dibawah tapak selipar.

Ok la, berbaik pada majlis perkahwinan di Penang, disebabkan peristiwa tu, ayah aku dah taknak balik kampung sebelah mak aku lagi.. Walau bagaimanapun, disebabkan kenduri ni berlangsung di Penang, dan mak aku terlalu berharap untuk pergi, jadi ayah aku pun terpaksa la pergi.

Sebenarnya, aku pun tak tahu sama ada aku patut mengikut keluarga aku ke Penang atau tidak, sebab pada kebiasaannya, aku rasa yang percutian dan perjalanan mereka akan jadi suram dengan kehadiran aku. Sebab tu aku jarang ikut mereka bercuti, dengan kata nama lain, tak pernah pun ikut.

Tambahan, aku rasa seperti tak sedap hati, aku pun tak tahu kenapa. Hmnn, tak tahu aku patut ikut atau pun tidak. Aku bosan duduk dirumah, keputusan aku sukar dijangka sebab aku selalu mengikut kata hati. Apa2 pun, selamat pengantin baru kepada bakal pengantin, ucap dekat sini bukan pernah dia baca pun.

Wednesday, June 9, 2010

Kenapa ?




Kenapa aku macam ni? Kenapa? Kenapa...


B untuk BOSAN!!!!



Hmnn,

Sebenarnya, memang aku rasa macam dah terlalu bosan dengan cuti ni, yela, mana taknye, selama ni kesibukan kerja tu la yang melalaikan aku dari semua masaalah dan bila dah cuti ni, aku rasa macam terlalu kosong.

Aku pun tak tahu nak kata apa, dan aku tak tahu nak buat apa. Apa yang aku tahu, sejak cuti ni aku selalu buat benda bodoh yang sia-sia. Online, main game dan buang masa.

Aku rasa bosan, tak ada kerja ke yang boleh aku buat? . Ya, aku bukan taknak cari kerja, masaalahnya ialah, result final belum keluar dan aku malas nak buat kerja jadi cashier la, tukang kira stok la, itu la, ini la, sebab aku tak ada masaalah keewangan pun  sekarang ni. Aku nak pengalaman kerja dalam bidang aku.

Hmnn, aku tak sama macam orang lain, corak pemikiran aku lain sebab aku lebih bodoh. Jadi pada mereka yang pandai2 dan terlalu bagus dalam dunia ni, sila2lah ketuk dan sedarkan orang bodoh macam aku ni ya.

Datz all.

# - Aku bosan dan bengang dengan line internet yang jadi lembab bila abang aku Download movie. Dan bila aku bosan, aku tak rasa nak berbual dengan orang sebab ianya tak menghilangkan bosan aku. Aku tak berkawan dengan orang semata2 sebab nak hilangkan bosan aku.

Laptop dan Komputer bagi aku.

Sebenarnya aku bosan dan tengah badmood ni. Jadi apa yang aku buat, serba serbi tak kena. Laptop dan komputer ni merupakan dua benda yang sangat penting bagi aku, dan kedua2nya ini boleh menjadi membosankan seandainya tiada internet. Ada lappy atau pc tanpa internet adalah ibaratkan memiliki wallet tanpa duit tau tak.

Hmnn, bagi aku, komputer ni bagus sebab dia lebih tahan berbanding laptop, se

Sunday, June 6, 2010

Secara Jujurnya...



Salam

Hmnn, banyak yang ingin aku katakan, namun, tidak semua dapat diluahkan. Sebenarnya, aku teringin untuk postkan sesuatu yang gembira dalam blog ni, tapi nampaknya, sekarang bukanlah masanya. Aku pun tak ada apa2 cerita yang gembira untuk dikongsikan. Buat masa ni, aku rasa seperti terlalu kosong.

Secara jujurnya, aku adalah seorang yang sangat kuat cemburu, tidak kira dalam apa perkara sekali pun. Dan perasaan cemburu boleh membawa kepada sesuatu yang baik, mahupun sebaliknya, bergantung kepada diri individu.

Aku sendiri pun tak pasti aku jenis yang macam mana, adakalanya baik, adakalanya sebaliknya. Dan aku bukanlah seseorang yang boleh dipercayai, dan aku bukanlah seseorang yang boleh diharapkan. Kerana setiap tindakan aku banyak bergantung kepada persekitaran aku, lebih kepada apa yang aku rasa perlu.

Adakalanya, aku rasa menyesal, tetapi penyesalan sahaja tidak dapat mengubah apa2, tambahan, aku seorang lelaki. Buat masa ni, aku rasa seperti terlalu jauh ketinggalan, tapi masih tak mengapa, kerana aku tak boleh berputus asa, kalau aku tak dapat berjalan sekali pun, aku masih boleh merangkak walaupun aku cemburu melihat mereka yang mampu berlari.

 

Friday, June 4, 2010

Entah la,






Hmnn,


Sebenarnya dulu, aku pernah bercadang untuk tinggalkan dunia blogging ni, namun sekarang, aku tak rasa macam tu. Dari masa ke masa, aku belajar sedikit demi sedikit tentang kehidupan. Sesuatu yang tak pernah sempurna jika kita tidak memahami cara menyempurnakannya. Pejam celik pejam celik, hampir 3 tahun sudah berlalu, dan banyak perkara yang telah aku tempuhi dalam jangka masa ini.

Walaupun sudah hampir seketika, namun, aku masih berasa takut untuk menghadapi segalanya. Ya, hidup ini sukar, dan kita harus tabah menjalaninya. Putus asa adalah perkara biasa dan kita akan kembali berusaha apabila sudah tiada pilihan. Hidup ni, memang macam ni, penuh berbagai coretan, sedih, gembira, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, adalah terletak ditangan kita untuk mewarnainya.

Ya, kadang kala kita akan rasa marah, kecewa, putus asa dan sebagainya apabila segala yang kita usahakan tidak menjadi, apabila kejayaan dan penerimaan sesuatu yang kita usahakan tidak terletak ditangan kita. Hidup ini takkan pernah mudah, dan kita tidak boleh mengharapkan orang lain untuk memahaminya.

Pada pendapat aku, hidup ini berkait rapat dengan masa, tak kira apa yang kita lakukan pada setiap masa dan ketika, kita tidak akan dapat mengulanginya. Tak kira apa yang pernah kita miliki, tidak mungkin dapat kembali setelah kehilangannya, mungkin akan ada pengganti, namun ianya ternyata berbeza. Kita patut hargai, apa yang sedang kita lalui, apa yang masih kita miliki, kerana ianya pasti akan pergi suatu hari nanti.

Perasaan, aku seorang yang mudah terpengaruh dengan perasaan, namun ianya bukanlah kerana aku tidak dapat mengawalnya, tetapi kerana aku hanya ingin bersikap jujur dengan diri aku, dan juga semua. Adakalanya aku gembira, adakalanya aku marah, dan ada kalanya aku kecewa, namun semua itu bukanlah untuk selamanya. Percaya atau tidak, kejujuran adalah sesuatu yang sia2 untuk hidup didunia ini, kejujuran yang akan menyiksa kita sehingga mati. Dan orang seperti aku adalah lebih mudah untuk mati.

Bercerita tentang kawan, ya, dulu, aku pernah anggap kawan adalah segalanya, namun, semuanya berubah dari masa ke masa. Dah banyak yang aku lalui, dan aku sedar, aku bukanlah seorang kawan yang baik, tak kira walau macam mana pun aku berusaha, tetapi masih ada kesilapan yang tidak aku sedari. Aku tidak menyalahkan sesiapa, selain diri aku sendiri. Aku tahu aku macam mana, dan aku mudah terasa hati. Sejujurnya, aku sayang mereka yang berkawan dengan aku, mereka yang pernah berkawan dengan aku, tapi, banyak perkara yang berubah seiring dengan masa yang akan sentiasa berlalu.

Dan satu perkara yang aku sedar, aku sentiasa merasakan yang aku telah melakukan yang terbaik, dan aku sering menyalahkan orang lain sekiranya apa yang aku usahakan gagal. Inilah dia kelemahan terbesar diri aku, dan aku akan cuba mengubahnya. Aku tahu, segala yang terbaik dari aku takkan pernah cukup untuk sesiapa, jadi aku perlu berusaha lebih untuk memastikan aku tidak merosakkan apa2 lagi dalam hidup aku.

Bercerita tentang masa depan, sebenarnya, aku tahu yang aku hanya mampu merancang, namun segalanya bukanlah berada didalam tangan aku, oleh itu aku sentiasa takut dengan apa yang perlu aku hadapi, tetapi, tak kira apa pun, ianya adalah sesuatu yang perlu aku hadapi dan ketakutan adalah batu penghalang.

Satu lagu perkara yang aku pelajari dalam hidup ini, "Cinta Adalah Penghalang". Ya, secara jujurnya, itulah dia, ianya melemahkan, dan beban bagi aku dalam mencapai sesuatu. Jika nak difikirkan, aku boleh menjadi seseorang yang lebih baik pada hari ini, jika aku tidak dipengaruhi perasaan seperti ini. Cinta juga mengubah diri seseorang, tidak kira kepada seuatu yang lebih baik atau sebaliknya. Dan tidak semua orang mampu menjadi diri mereka sendiri apabila sedang menjalinkan sesuatu hubungan. Cinta mampu mendorong seseorang untuk menjadi lebih jujur, ia juga mampu mendorong seseorang untuk menjadi seorang yang hipokrit, baik dengan diri sendiri mahupun orang lain.

Tapi tak kira apa pun, apa yang paling penting, jangan lakukan apa yang pasti akan membuatkan kita menyesal, walaupun sesetengah perkara dianggap kecil, sedikit sebanyak, ia tetap mempengaruhi. Dan kalaupun apa yang dilakukan itu mungkin akan membuatkan menyesal, perasaan itu harus diketepikan, dan salah satu caranya, jangan pandang kebelakang, apa yang telah dilakukan, telah pun berlaku, dan ianya tidak mungkin dapat diundur kembali. Dan pada kebiasaannya, setiap apa yang berlaku mempunyai sebab tersendiri.  


Walau apa pun yang aku kata, aku masih manusia biasa, adakalanya aku mampu mempertimbangkan, adakalanya aku hilang pertimbangan. Kesilapan itu adalah biasa, namun ianya mempengaruhi banyak perkara. Dan bagi aku, memaafkan itu bukahlah perkara yang mudah, oleh itu, memohon kemaafan adalah perkara yang sukar. Jika ingin memaafkan, haruslah seikhlas hati, begitu juga jika kita memohon kemaafan. Dan, ada masanya, aku terima kegembiraan, ada masanya, aku terima kebaikan dan apa yang aku lakukan, hanyalah membalasnya. Aku tak harap pun dan aku takkan harapkan orang lain untuk memahami diri aku, dan aku tidak mahu memahami orang lain yang tidak pernah cuba untuk memahami. Hidup ni, bukan tentang diri kita sahaja, tapi, semua orang yang ada dalam hidup kita. Ianya mempengaruhi..

Alahai, ade je yang kacau. GTG.