CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

My Playlist


Wednesday, June 16, 2010

Result Final Sem :D





Akhirnya, dapat jugak aku postkan entry gembira setelah sekian lama. Haha, aku pun tak tahu nak cakap macam mana, syukur alhamdulillah, akhirnya aku dapat mencapai Anugerah Ketua Jabatan (AKJ) untuk sem ni.

Siapa yang tak gembira, sem ni la yang begitu banyak menguji aku. Dan akhirnya aku berpuas hati dengan result final aku. Aku yakin, Insyaallah semua ini akan mencerahkan lagi masa depan aku. 

Rasanya, semester ni mesti ramai yang dapat AKJ, tahniah untuk mereka semua yang dapat AKJ. Bersama2lah kira berusaha untuk mencapai sesuatu yang lebih baik.

Terima Kasih yang tak terkira aku ucapkan kepada mereka yang telah banyak membantu memberi dorongan dan semangat untuk aku mencapai semua ni, terutama pada ayah, angah, aina, amal, apot, ika, para pensyarah dan juga yang lain2.

Kalau nak diikutkan rasa putus asa aku, hanya ayah, angah, dan aina yang tahu. Tapi dorongan mereka membuatkan aku gagah menempuhi semua ini. I LOVE U :)

p/s : Aku terlalu gembira ni, rasa nak menjerit sepenuh hati. Hati siapa yang tak puas, bagi mereka yang berjaya dengan bantuan orang lain, meniru atau sebagainya, mungkin semua ni tak begitu terasa, tapi aku begitu berpuas hati dengan hasil usaha separuh mati aku.

3 comments:

KaiZeN SHiNoBi said...

woha! hehehe.... congratz... hehehe

Siti Aqilah Shaid said...

waaa. congrats, boleh belanja saya ABC kan pasni ?
yeaaaaaayy!

Kiddo said...

Ahaha.. Thanks, datang sini aku blanja. 20 mangkuk ABC pun bole.