CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

My Playlist


Sunday, June 6, 2010

Secara Jujurnya...



Salam

Hmnn, banyak yang ingin aku katakan, namun, tidak semua dapat diluahkan. Sebenarnya, aku teringin untuk postkan sesuatu yang gembira dalam blog ni, tapi nampaknya, sekarang bukanlah masanya. Aku pun tak ada apa2 cerita yang gembira untuk dikongsikan. Buat masa ni, aku rasa seperti terlalu kosong.

Secara jujurnya, aku adalah seorang yang sangat kuat cemburu, tidak kira dalam apa perkara sekali pun. Dan perasaan cemburu boleh membawa kepada sesuatu yang baik, mahupun sebaliknya, bergantung kepada diri individu.

Aku sendiri pun tak pasti aku jenis yang macam mana, adakalanya baik, adakalanya sebaliknya. Dan aku bukanlah seseorang yang boleh dipercayai, dan aku bukanlah seseorang yang boleh diharapkan. Kerana setiap tindakan aku banyak bergantung kepada persekitaran aku, lebih kepada apa yang aku rasa perlu.

Adakalanya, aku rasa menyesal, tetapi penyesalan sahaja tidak dapat mengubah apa2, tambahan, aku seorang lelaki. Buat masa ni, aku rasa seperti terlalu jauh ketinggalan, tapi masih tak mengapa, kerana aku tak boleh berputus asa, kalau aku tak dapat berjalan sekali pun, aku masih boleh merangkak walaupun aku cemburu melihat mereka yang mampu berlari.

 

4 comments:

Unknown said...

aku pun kuat cemburu.. wawaooo.. cam kena batang hidung sendiri la entri ni...

cuma aku seorang wanita.. la la la~~

Da LovaC said...

kadang-kadang..kita tak nampak kesedihan tu..membawa kepada satu side yang lebih baik..

tetapi apa-apa pun..semua yang datang tu..dari Dia..esok lusa..kita boleh atur..tetapi yang bagi green light..Dia..so..sabar eh..

Nadia Hani said...

takde orang dalam dunia ni sempurna and takde sape yang boleh ubah diri kita melainkan kita sendiri. gd luck in your life. :)

Saiful Hapizudin said...

thanks. :)