CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

My Playlist


Friday, June 11, 2010

Penang dan cerita disebaliknya.



Hmnn, Sabtu ni ada majlis perkahwinan sepupu aku di Pulau Pinang, anak pak long. Mak aku nak sangat pergi, sebab dah berapa tahun tak pergi melawat pak long dekat sana. Aku pun tak tahu la macam mana, sebab sebenarnya ada krisis sikit antara ayah aku dengan keluarga sebelah mak aku ni.

Semuanya sebab makcik aku, dia hina mak aku dan ayah aku, dia kata macam2 pada mak aku sampai arwah nenek aku menangis, lepas tu semua orang salahkah mak aku, kata mak aku yang buat arwah nenek aku sedih sampai menangis.

Punyalah tak guna akal, mereka ni marah mak aku semata2 sebab mak aku tak dapat ambil cuti untuk kenduri arwah, mana taknya, masa tu cuti raya puasa, dorang ni nak buat kenduri arwah tak inform mak aku awal2. Macam biasa la orang kerja, bz, so bila tak inform awal2, macam mana nak apply cuti awal. Lebih2 lagi musim raya, semua orang nak cuti.

Lepas kena hina dengan makcik aku tu, ayah aku terus ajak balik, lagipun masa tu makcik aku tu halau mak aku dari rumah kampung, ayah aku tak mahu masuk campur, jadi ada baiknya dia bawak je semua ahli keluarga aku balik. Nak dijadikan cerita, tokcu aku pulak meninggal dunia pada hari yang sama, jadi adalah hikmahnya kenapa mak aku tak dapat nak ambil cuti panjang untuk kenduri arwah yang tak dirancang dengan sempurna tu.

Kenduri arwah ni, tak guna buat besar-besaran panggil satu dunia pun, apa yang penting, keihklasan hati dan lebih baik jika yang melakukannya tu adalah zuriat kepada arwah. Panggil satu dunia tapi semua doa entah apa2, baik tak payah.

Tak lama lepas tu, dorang ni pun buat jugak la kenduri arwah tu, dan mak aku masih tak dapat pergi, nak tahu kenapa? sebab, kendurinya nak buat pada hari sabtu, dan mereka beritahu mak aku pada senja jumaatnya, cuti pun tak sempat apply, ni lah dia alkisahnya mereka yang meletakkan otak dan akal fikiran mereka dibawah tapak selipar.

Ok la, berbaik pada majlis perkahwinan di Penang, disebabkan peristiwa tu, ayah aku dah taknak balik kampung sebelah mak aku lagi.. Walau bagaimanapun, disebabkan kenduri ni berlangsung di Penang, dan mak aku terlalu berharap untuk pergi, jadi ayah aku pun terpaksa la pergi.

Sebenarnya, aku pun tak tahu sama ada aku patut mengikut keluarga aku ke Penang atau tidak, sebab pada kebiasaannya, aku rasa yang percutian dan perjalanan mereka akan jadi suram dengan kehadiran aku. Sebab tu aku jarang ikut mereka bercuti, dengan kata nama lain, tak pernah pun ikut.

Tambahan, aku rasa seperti tak sedap hati, aku pun tak tahu kenapa. Hmnn, tak tahu aku patut ikut atau pun tidak. Aku bosan duduk dirumah, keputusan aku sukar dijangka sebab aku selalu mengikut kata hati. Apa2 pun, selamat pengantin baru kepada bakal pengantin, ucap dekat sini bukan pernah dia baca pun.

0 comments: