CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

My Playlist


Wednesday, June 16, 2010

Break Up...

 Ya, aku yang bodoh, aku yang salah dalam hubungan ni...


Hmnn,

Harini aku gaduh dengan Aina lagi, keadaan kali ni sememangnya agak teruk, dalam beberapa kali pergaduhan sejak kebelakangan ni, pasti akan ada perkataan "break". Aku tak tahu hubungan ni akan berkekalan ataupun tidak.

Semuanya memang salah aku, dari sejak mula lagi. Susah bercinta ni, rugi siapa yang bersama dengan aku, gemuk, bodoh, hodoh, lembab, pentingkan diri, panas baran, kuat cemburu, segala2nya ada dalam diri aku.

Aku bukan lelaki yang baik, aku tak mampu kawal pun kemarahan aku. Ya, aku mudah marah bila aku diganggu ketika sedang fokus melakukan sesuatu, aku marah bila orang tak dengar cakap aku, aku marah bila sesuatu yang aku usahakan tak menjadi, aku marah dengan orang yang suka cakap benda tak berasas, dan aku marah bila orang tak fokus pada point yang cuba aku sampaikan.

Hmnn, selain tu, aku juga mudah dipengaruhi persekitaran, aku mudah dipengaruhi perasaan, dan aku terlalu yakin dengan apa yang aku fikirkan. Kadang2 aku tak tahu pun sama ada sesuatu yang aku tahu tu benar ataupun sebaliknya, sebab tu aku lebih suka berdiam dari berkata2 menunjukkan aku tahu segalanya.

Bila dia kata aku dah berubah, ya, aku boleh terima, dalam hal yang melibatkan "Cinta", aku dah lama berubah. Aku pernah sayangkan seseorang sepenuh hati, tapi apa yang aku dapat hanya kekecewaan. Dalam tempoh mengubati kekecewaan, ramai yang berkata pada aku "Tak salah mencintai orang lain, tapi jangan serahkan semua cinta kita itu, simpan sedikit untuk diri kita sendiri". Tapi bila aku semakin cuba mengubati hati, aku sedar yang hati aku semakin tawar untuk bercinta. Ada kalanya aku sayang, tapi aku gagal untuk tunjukkan.

Bagi aku, cinta ni sesuatu yang begitu menyakitkan, tapi bagi orang seperti aku, aku dah lama mencerminkan diri, aku tak layak pun untuk memiliki "Cinta" tu. Diri aku tak cukup sempurna untuk menerima dan memberi sesuatu seperti itu.

Walaupun aku sedar,  tapi aku masih mencuba, aku cuba yakinkan diri aku yang aku boleh menghadapinya, dan kini aku semakin sedar. Mungkin aku boleh mencuba untuk menghadapinya, cuba meyakininya, tetapi tidak orang lain. Ayah pun pernah cakap, siapa yang dapat terima aku memang seorang yang hebat, tabah  sebab aku sukar dikawal. Even aku sendiri pun tak dapat mengawal diri aku sepenuhnya.

Dulu, aku pernah break dengan Aina sekala, dan dia ada bertanya, "Awak rasa kita ni serasi tak?", dan aku jawab  "Tak". Memang itu hakikatnya, jika nak diikutkan keserasian, dan lama aku putuskan hubungan ni, tapi sebab hati aku ni terlalu lembut.

Bagi aku, keserasian itu bukan persoalan, lebih2 lagi apabila keserasian yang dimaksudkan melibatkan orang lain. Buat apa nak kisah apa orang kata, buat apa nak berpura2, kalau dah benar sayang, kalau dah benar cinta, jujurlah dalam segalanya.

Dan aku, ada sesetengah perkara, bukan aku enggan jujur, tetapi kerana ianya hanya akan mengeruhkan lagi keadaan hubungan ni. Dia takkan boleh terima siapa aku, sama macam sekarang, semuanya jadi begini sebab dia tak boleh terima siapa aku, sesiapa pun takkan boleh terima diri aku. Terlalu banyak kelemahan dalam diri aku.

Bila aku berkata tentang "top up" dan sebagainya, aku tak pernah kata, dan dalam ayat2 yang aku gunakan, tak satu pun yang aku maksudkan dia perlu menggantinya, tak satu pun aku ungkit untuk menyakiti hatinya. Apa yang aku kata dan sering kata "buat apa aku selalu topupkan kau kalau aku tak sayangkan kau". Ya, apa yang cuba  aku sampaikan, aku sayang dia, apalah sangat duit kalau nak dibandingkan dengan dia, tapi apa yang dia nampak, dia nampak aku cakap aku nak dia pulangkan semua yang aku keluarkan untuk dia balik, dia tak pernah nampak pun sayang aku.

Dan apa yang banyak buat aku marah, dia banyak dengar kata orang, itu la, ini la. Bagi aku, ni hubungan aku dengan dia, buat apa nak kisah tentang kata2 orang, apa yang mempengaruhi hubungan ni, hanya aku dan dia.

Secara jujurnya, aku nampak yang dia tak pernah yakin dengan hubungan ni lagi, dia tak pernah yakin dengan aku. Kenapa ragui hubungan ni kalau dia benar2 mahukannya, dan aku sendiri dah lama tahu akan jawapannya, sebab, aku sahaja tak pernah cukup, tak pernah sempurna, tak pernah dapat membahagiakan dia.

Aku tak pernah anggap pun duit tu membawa jurang yang membezakan aku dan dia, dia selalu kata, keluarga dia susah, keluarga dia itu dan ini. Tapi selama ni bagi aku, aku pun bukan orang senang, cuma aku lebih beruntung berbanding dia, namun, semua tu tak pernah pun aku anggap menjadi perbezaan diantara aku dan dia. Sebab, selama ni bagi aku, apa yang mempengaruhi hubungan ni cuma hati dan perasaan aku dan dia.

Aku pun tak tahu macam mana, tadi dia minta break sekali lagi, dan aku tak tahu hubungan ni akan berkekalan atau sebaliknya. Sebab aku sendiri dah hilang keyakinan dalam hubungan ni, siapalah aku yang berhak menerima semua ni. Dia berhak untuk mendapat seseorang yang jauh lebih baik dari sampah macam aku.

Maafkan aku kerana sentiasa mengecewakan, sentiasa melukakan, mungkin kita memang takkan dapat serasi, mungkin hubungan ni patut berakhir begini. Dan aku takkan pernah salahkan dia lagi, semuanya disebabkan kekurangan diri aku sendiri.

Bila aku kata aku bosan, tak bermakna aku bosan bersama dengan dia, aku bosan dengan keadaan yang macam ni, gaduh, merajuk, gaduh, merajuk, gaduh, gaduh, break.

Aku tak minta semua ini berlaku...

1 comments:

July Alan said...

hello friend.
kuatkan semangat, sbb ak pun tgh alami mende yg sama skrg.
cuma x sampai tahap break up.
kitorg da lama tak kontek.
sampaikan ak sendiri pun da tak paham die... die seolah-olah benci ak...
ntah la, cinta ni mmg menyakitkan lagi2 bila kita cintakannya dgn sepenuh hati.. T.T