CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

My Playlist


Friday, June 4, 2010

Entah la,






Hmnn,


Sebenarnya dulu, aku pernah bercadang untuk tinggalkan dunia blogging ni, namun sekarang, aku tak rasa macam tu. Dari masa ke masa, aku belajar sedikit demi sedikit tentang kehidupan. Sesuatu yang tak pernah sempurna jika kita tidak memahami cara menyempurnakannya. Pejam celik pejam celik, hampir 3 tahun sudah berlalu, dan banyak perkara yang telah aku tempuhi dalam jangka masa ini.

Walaupun sudah hampir seketika, namun, aku masih berasa takut untuk menghadapi segalanya. Ya, hidup ini sukar, dan kita harus tabah menjalaninya. Putus asa adalah perkara biasa dan kita akan kembali berusaha apabila sudah tiada pilihan. Hidup ni, memang macam ni, penuh berbagai coretan, sedih, gembira, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, adalah terletak ditangan kita untuk mewarnainya.

Ya, kadang kala kita akan rasa marah, kecewa, putus asa dan sebagainya apabila segala yang kita usahakan tidak menjadi, apabila kejayaan dan penerimaan sesuatu yang kita usahakan tidak terletak ditangan kita. Hidup ini takkan pernah mudah, dan kita tidak boleh mengharapkan orang lain untuk memahaminya.

Pada pendapat aku, hidup ini berkait rapat dengan masa, tak kira apa yang kita lakukan pada setiap masa dan ketika, kita tidak akan dapat mengulanginya. Tak kira apa yang pernah kita miliki, tidak mungkin dapat kembali setelah kehilangannya, mungkin akan ada pengganti, namun ianya ternyata berbeza. Kita patut hargai, apa yang sedang kita lalui, apa yang masih kita miliki, kerana ianya pasti akan pergi suatu hari nanti.

Perasaan, aku seorang yang mudah terpengaruh dengan perasaan, namun ianya bukanlah kerana aku tidak dapat mengawalnya, tetapi kerana aku hanya ingin bersikap jujur dengan diri aku, dan juga semua. Adakalanya aku gembira, adakalanya aku marah, dan ada kalanya aku kecewa, namun semua itu bukanlah untuk selamanya. Percaya atau tidak, kejujuran adalah sesuatu yang sia2 untuk hidup didunia ini, kejujuran yang akan menyiksa kita sehingga mati. Dan orang seperti aku adalah lebih mudah untuk mati.

Bercerita tentang kawan, ya, dulu, aku pernah anggap kawan adalah segalanya, namun, semuanya berubah dari masa ke masa. Dah banyak yang aku lalui, dan aku sedar, aku bukanlah seorang kawan yang baik, tak kira walau macam mana pun aku berusaha, tetapi masih ada kesilapan yang tidak aku sedari. Aku tidak menyalahkan sesiapa, selain diri aku sendiri. Aku tahu aku macam mana, dan aku mudah terasa hati. Sejujurnya, aku sayang mereka yang berkawan dengan aku, mereka yang pernah berkawan dengan aku, tapi, banyak perkara yang berubah seiring dengan masa yang akan sentiasa berlalu.

Dan satu perkara yang aku sedar, aku sentiasa merasakan yang aku telah melakukan yang terbaik, dan aku sering menyalahkan orang lain sekiranya apa yang aku usahakan gagal. Inilah dia kelemahan terbesar diri aku, dan aku akan cuba mengubahnya. Aku tahu, segala yang terbaik dari aku takkan pernah cukup untuk sesiapa, jadi aku perlu berusaha lebih untuk memastikan aku tidak merosakkan apa2 lagi dalam hidup aku.

Bercerita tentang masa depan, sebenarnya, aku tahu yang aku hanya mampu merancang, namun segalanya bukanlah berada didalam tangan aku, oleh itu aku sentiasa takut dengan apa yang perlu aku hadapi, tetapi, tak kira apa pun, ianya adalah sesuatu yang perlu aku hadapi dan ketakutan adalah batu penghalang.

Satu lagu perkara yang aku pelajari dalam hidup ini, "Cinta Adalah Penghalang". Ya, secara jujurnya, itulah dia, ianya melemahkan, dan beban bagi aku dalam mencapai sesuatu. Jika nak difikirkan, aku boleh menjadi seseorang yang lebih baik pada hari ini, jika aku tidak dipengaruhi perasaan seperti ini. Cinta juga mengubah diri seseorang, tidak kira kepada seuatu yang lebih baik atau sebaliknya. Dan tidak semua orang mampu menjadi diri mereka sendiri apabila sedang menjalinkan sesuatu hubungan. Cinta mampu mendorong seseorang untuk menjadi lebih jujur, ia juga mampu mendorong seseorang untuk menjadi seorang yang hipokrit, baik dengan diri sendiri mahupun orang lain.

Tapi tak kira apa pun, apa yang paling penting, jangan lakukan apa yang pasti akan membuatkan kita menyesal, walaupun sesetengah perkara dianggap kecil, sedikit sebanyak, ia tetap mempengaruhi. Dan kalaupun apa yang dilakukan itu mungkin akan membuatkan menyesal, perasaan itu harus diketepikan, dan salah satu caranya, jangan pandang kebelakang, apa yang telah dilakukan, telah pun berlaku, dan ianya tidak mungkin dapat diundur kembali. Dan pada kebiasaannya, setiap apa yang berlaku mempunyai sebab tersendiri.  


Walau apa pun yang aku kata, aku masih manusia biasa, adakalanya aku mampu mempertimbangkan, adakalanya aku hilang pertimbangan. Kesilapan itu adalah biasa, namun ianya mempengaruhi banyak perkara. Dan bagi aku, memaafkan itu bukahlah perkara yang mudah, oleh itu, memohon kemaafan adalah perkara yang sukar. Jika ingin memaafkan, haruslah seikhlas hati, begitu juga jika kita memohon kemaafan. Dan, ada masanya, aku terima kegembiraan, ada masanya, aku terima kebaikan dan apa yang aku lakukan, hanyalah membalasnya. Aku tak harap pun dan aku takkan harapkan orang lain untuk memahami diri aku, dan aku tidak mahu memahami orang lain yang tidak pernah cuba untuk memahami. Hidup ni, bukan tentang diri kita sahaja, tapi, semua orang yang ada dalam hidup kita. Ianya mempengaruhi..

Alahai, ade je yang kacau. GTG.

0 comments: