Hmnn,
Banyak sebabnya kenapa aku malas nak ambil tahu tentang orang lain, tapi kalau langsung tak ambil tahu pun tak boleh juga kan.
Entah la, mungkin inilah dia cabaran dalam kehidupan. Apa yang sering bermain difikiran aku, sememangnya mudah untuk kita berkata2, tapi siapa yang faham keadaan mereka yang menanggungnya.
Ada masa kita gembira, dan ada sebaliknya. Tapi, aku pun tak tahu kenapa, kegembiraan tu mampu hilang dalam sekelip mata, sedangkan kesedihan memakan masa hinggakan bertahun lamanya.
Buat seketika, aku bertindak mementingkan diri sendiri, semuanya demi memuaskan perasaan dan hati aku yang disakiti. Dan bila aku menoleh memerhati apa yang berlaku, apa yang aku rasa cuma sesuatu yang enggan aku katakan.
Memang manusia sentiasa melakukan kesilapan, tambahan lagi kerana bukan kita yang berkuasa menentukan.
Hargai hari ini, jadikan ianya lebih baik dari semalam, semoga kita sentiasa menantikan kejutan hari esok, jauh dari hari semalam yang pernah melukakan.
p/s : Aku tak suka rasa sedih :(
p/s : Aku tak suka rasa sedih :(
1 comments:
epul, hye ...!
sape je yg suke rasa sedih, dik?!
rasa nye mmg rmai yg xsuke kot!
akk pun xsuke gak!
sedih 2 mmbuat kn kite rasa mlas sgt nak wat smthing & rasa hidup ni sia2 jek!
tp, wlau mcm mn pun, hidup harus d truskn juga!
try 2 find somthing yg leh ceriakn ur life!
sori, kenduri hari 2 akk xde masa nak sembang lm2 dengan epul!
may b next time!
if ade pape prob.,try find some1 yg leh share ur prob.2 k!
taking care...! =)
Post a Comment