Hmnn,
Ini adalah tentang diri aku. Ada sesetengah orang beranggapan, aku ini terlalu ego, suka menyalahkan orang lain, sukar menerima kenyataan dan sebagainya.
Adakalanya, apa yang diperkatakan itu adalah benar, dan ada sebaliknya, ianya bergantung kepada situasi dan keadaan.
Aku jenis seseorang yang terlalu yakin pada apa yang aku faham, dan apa yang aku percaya. Kebanyakan tindakan dan keputusan yang aku lakukan adalah bergantung kepada logik sesuatu perkara.
Aku terlalu yakin dengan diri aku, sehinggakan ianya menjadi agak sukar untuk aku menerima nasihat orang lain, aku perlukan alasan yang kukuh untuk menerima sesuatu perkara.
Aku akan menjadi lebih ego apabila seseorang itu gagal meyakinkan aku dengan kenyataannya. Aku akan menjadi lebih yakin sekiranya logiknya sesuatu perkara menyebelahi pendapat aku.
Dan aku menyalahkan orang lain kerana aku yakin dengan diri aku, aku yakin dengan apa yang aku lakukan. Memang adakalanya aku salah, tetapi kenapa terus menghukum tanpa memberi kesedaran?
Cara untuk melembutkan aku bukanlah kekerasaan kerana sememangnya aku sukar menerima sesuatu yang pada pemikiran aku adalah tidak berasas. Dan aku memerlukan alasan yang kukuh untuk meyakini sesuatu penyataan.
Aku tak suka mereka yang berlagak memahami diri aku sedangkan pada hakikatnya tidak. Dan aku tak suka orang yang mengambil serius diatas perkara bodoh yang aku katakan ketika bergurau.
Contoh :
Ianya adalah pendapat aku, dan andai kata aku salah, nyatakan sebab logik bagi aku menerimanya.
Macam biasa, aku pun manusia biasa, sering melakukan kesilapan. Andai kata aku salah, apa salahnya anda semua menegurnya ye dop?
0 comments:
Post a Comment