CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

My Playlist


Monday, August 10, 2009

Hmnn,

Lepas apa yang berlaku, aku rasa macam aku memang betul2 perlukan rehat dari semua ni. Aku tak tahu kenapa dengan aku ni, tapi rasanya, memang aku dah tak terkawal...

Aku semakin kerap melakukan kesilapan, terlalu banyak yang bermain difikiran aku, sampaikan aku sendiri tak tahu dari mana nak mula...

Sabtu lepas, aku keluar dengan bob lepas balik kerja, sebelum ni memang dia dah banyak kali ajak keluar, tapi aku bz. Dia cuti Sabtu dgn Ahad xpe la, bukan macam aku, hari2 kerja, tak ada kerja baru boss bagi cuti...

Entah macam mana, boleh terkeluar pulak cerita tentang masaalah aku, then bob kata, maybe aku jadi macam ni sebab terlalu letih, makan pun yang bukan2 je, tak ada masa, kepala aku ni banyak sangat berfikir, banyak sangat benda yang aku nak jaga, sampaikan semuanya jadi sampai macam ni. Aku terlalu kerap marah2, bob kata maybe sebab terlalu letih, then aku cuba nak jaga banyak perkara sampaikan jadi tertekan...aku dah la panas baran...

Entah la, aku pun tak tahu, maybe aku perlu berehat dari semua ni. Blog ni pun, dah tak sesuai untuk aku luahkan apa yang aku rasa, aku dah le jenis yang cakap main lepas bila meluahkan sesuatu...

After all, aku sedar, tak ada tempat untuk aku luahkan apa yang aku rasa. Famili aku, kisah la sangat dengan aku, masing2 bz dengan life sendiri. Kawan2, entah la, ada beberapa perkara dah buat aku sedar yang sebenarnya aku ni hanya membebankan, dorang pun ada life sendiri, masaalah sendiri, tak patut aku menambahkan lagi beban yang sedia ada. Blog, hmnn...silap aku, semua orang tahu tentang blog ni, kalau aku nak luahkan sesuatu, aku tak patut biarkan orang lain tahu, luahan hati aku ni cuma menyakitkan je...aku suka cakap yang bukan2 bila meluahan kan sesuatu, terlalu mengikut hati...

Rahaina...
Hmnn, aku rasa, maybe aku faham apa yang Qis rasa ketika bersama aku, perasaan apabila sering disakiti. Tapi aku bukan jenis macam tu, aku tak nak buat apa yang berlaku pada aku, pada orang lain.

Aku sedar, dia tak bahagia bila bersama aku, tapi...hmnn, entah la. Aku tak ada niat untuk mempermainkan dia, aku taknak hancurkan hati dia, lebih2 lagi dalam keadaan macam ni. Dia pun nak ambil SPM, aku taknak apa yang aku lakukan mempengaruhi dia...

Sekarang ni pun, aku tahu, dia sentiasa sedih, aku selalu bz, kerja pukul 10, habis pukul 10, tak termasuk masa nak balik rumah lagi. Semalam dia kata kalau macam ni, lebih baik contact seminggu sekali je. Hmnn, aku faham apa yang dia maksudkan, aku rasa sakit sangat2 bila dia kata macam tu...entah la...aku yang salah...

Setiap apa yang berlaku, sentiasa salah aku, semuanya akan jadi lebih baik jika aku tak pernah wujud dalam hidup dorang...menyemak je...sentiasa macam tu...menyemak...menyusahkan...

1 comments:

Tinie a.k.a Ibu Fatin said...

fikir la positif k..semuanya akan ok..
tennagkan fikiran ko..
pegilah bercuti kalau dah tak tenang sangat