CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

My Playlist


Wednesday, July 7, 2010

Walaupun aku tahu dan cukup faham tentang sesuatu perkara, namun aku jarang mengatakannya. Ada sesetengah perkara perlu dibiarkan sahaja, ada sesetengah perkara hanya dibicarakan apabila perlu, dan ada perkara yang mesti kita perkatakan.

Aku dah buat banyak kesilapan, dan aku tak mahu mengulanginya lagi. Mereka yang tidak tahu tentang aku tidak seharusnya membuat andaian sendiri. Manusia berubah dari masa ke masa tanpa mereka menyedarinya. Ada perkara yang perlu berubah, dan ada yang harus dikekalkan, apa yang penting, mengenali diri sendiri sebelum mengenali orang lain.

Sebagai manusia, kita harus tahu taraf kemampuan kita, tidak terlalu memperkecil, mahupun sebaliknya. Setiap orang ada kelebihan dan keburukan tersendiri, dan kita tidak mampu membuatkan orang lain untuk memahaminya, jadi kita perlu memahami kesesuaian sesuatu perkara mengikut keadaan. Memahami apa yang perlu, dan apa yang sebaliknya...

Adakalanya  hidup ini memerlukan pengorbanan bagi mencapai sesuatu  yang lebih baik...

0 comments: