Hmnn,
Sekarang cuti semester pelajar U dan poli dah habis, dorang semua dah kembali belajar. Aku je yang menunggu Januari depan. Harini jugak, semua abang2 aku dah kembali ke U masing2. Rumah di dah kembali sunyi, dah tak ada gelagat abang2 aku. Dulu memang selalu je ada yang tak kena antara aku dengan abang2 aku ni, tapi semuanya berubah dalam masa yang sentiasa berlalu, hubungan adik beradik kian rapat dari hari ke hari.
Sekarang ni musim piala dunia FIFA pun dah tak ceria bagi aku, Argentina dah pun meninggalkan arena FIFA tahun ini setelah kalah teruk dengan Germany. Bukan kerana lemah dan tidak handal bermain, tetapi kerana permainan pemain Germany adalah jauh lebih baik. Aku dah janga semua ni, tapi kecewa masih terasa.
Hmnn, dengan perginya abang2 aku ke U masing2, aku rasa rumah ni seakan akan kosong. Yela, Parent aku kerja, keluar pagi malam baru balik, adik aku sekolah, balik dengan mak aku. Hmnn, kalau tak ada juga teman berbual, abang2 aku, cerita tentang piala dunia FIFA ni, game, or life masing2. Tapi sekarang semuanya dah kembali sunyi.
Apa2 pun, aku ucapkan all da best untuk kedua2 abang aku dan mereka yang pergi menyambung pelajaran. Aku sayangkan keluarga aku, lebih dari nyawa aku di dunia ni, tanpa mereka, semangat aku dah lama mati. :)
0 comments:
Post a Comment