Hmnn, kadang2... aku cuba pujuk diri aku untuk pulihkan semangat aku... tapi... selalunya jugak la ada perkara tak kene yang berlaku. Sekarang ni aku rasa, aku la yang paling tak guna sekali dalam keluarga ni, tak menyumbang, malah menyusahkan...
Hmnn, tadi aku nak tengok tv, and then adik aku boleh bantai pura2 mengamuk nak tengok tv pulak masa tu, maki hamun aku macam la aku buat dosa besar. Sebenarnya dia tu da memang biasa maki hamun aku, yelah, anak manja... tambahan, aku cuma sampah je dalam keluarga ni...
Bila dia da mula meradang atau dengan lebih tepat pura2 meradang tu, dah tentu2 aku makan maki hamun dari ayah aku. Hmnn, biasa la.. bila seseorang tu marah, dia akan lepaskan apa yang dipendam dalam hatinya, disitu aku nampak tempat aku dalam keluarga ni...
Selama ni pun, ayah yang banyak bagi aku semangat, itu yang membuatkan aku lupa tempat aku dalam keluarga ni. Kadang kala, seseorang tu akan meluahkan sesuatu hanya kerana ingin memberi semangat walaupun pada hakikatnya, segalanya ternyata berbeza...
Bila dah sampai tahap nak menghalau aku dari rumah... ternyata semua orang pun boleh nampak dimana tempatnya aku kan... aku tak tahu kesalahan apa yang aku buat... aku tak sedar pun... tetapi ternyata ianya dianggap besar. Marah sebab adik aku pura2 meradang, aku makan maki dan dihalau dari rumah ni...
Hmnn, mungkin pada hakikatnya... aku patut jauh dari keluarga ni... hanya menyusahkan sahaja... apa pun... aku teringin nak minta maaf jika ada salah dan silap... cuma aku tak berani... siapalah yang akan terima sampah macam aku ni...
0 comments:
Post a Comment