Nak tak nak, aku terpaksa masuk campur, since "Dia" adalah mangsa keadaan. Ok la, orang boleh tuduh aku pelbagai cerita, kata aku bawak mulut atau sebagainya. Tapi apa yang aku bagi pada dia hanya benda ni.
Apa yang aku bagi, tak mendatangkan keburukan pun pada kau, aku cuma nak dia faham apa yang kau nak. Memang dari awal aku tak tahu pun siapa yang salah. Dan aku minx dia minx maaf pada kau jika dia ada buat salah pada kau.
Apa pun, kalau perkara ni melibatkan perasaan, kita tak boleh paksa orang lain untuk kawal perasaan dia. Kita sendiri pun tak mampu kawal perasaan kita. Bila kita sedih, kita menangis, bila kita gembira, kita ketawa...
Kalau kita sayangkan seseorang, boleh ke kita lupakan orang tu dalam masa yang singkat? . Mungkin ada yang boleh, tapi tidak semua. Dan perasaan mereka yang dah memiliki pengganti tidak sama dengan mereka yang masih bersendiri.
Bila kita ada pengganti, kita akan focus pada orang baru, mudah untuk lupakan yang dahulu, tapi semua ni tak semudah tu bagi mereka yang masih bersendiri, mereka berhak untuk memiliki masa untuk melupakan.
Berikan dia masa, tentang blog, biarlah dia lakukan apa yang dia mahu selagi tidak melebihi batasannya. Sekadar luahan rasa, adakah itu melampaui batas? Kalau tak sanggup hadapi risiko, kenapa perlu baca luahan hatinya? dia yang bersendiri, dia yang terluka, berikan dia masa untuk lupakan segalanya. Jangan digenggam bara api, kalau tak tahan melecurnya nanti.
Dan kalau dia yang memfitnah dan menyebarkan segala yang bukanlah kebenarannya, memang wajar untuk kita mengambil tindakan, bukan sahaja kau, aku sendiri pun benci kaki fitnah.Hukum memfitnah di dalam Islam, kita masing2 tahu kan.
Aku tak menyebelahi sesiapa dan aku bukan lalang, tapi kadang kala, kita tak boleh hanya memikirkan diri sendiri. Pentingkan diri, orang lain jadi mangsanya. Buatlah keputusan yang korang rasa terbaik untuk semua, dan bukan hanya sebelah pihak sahaja.
p/s : kekerasan, paksaan, batu api, fitnah dan tohmahan bukanlah penyelesaian segalanya. Kita masing2 dah besar, act macam dah besar...
0 comments:
Post a Comment