CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

My Playlist


Thursday, July 1, 2010

Kenapa aku macam ni...

Hmnn,

Dalam beberapa hari ni, aku semakin keliru dengan apa yang aku rasa, aku keliru dengan apa yang aku hadapi dan adakalanya aku rasa seperti dah berputus asa, banyak kesilapan aku yang tak mungkin dapat aku perbetulkan.

Hmnn, perpisahan, siapa yang suka akan perpisahan kan, lebih2 lagi jika ianya melibatkan mereka yang kita sayang. Tapi aku pula, entah la, mungkin kerana dah terlalu banyak perpisahan yang aku alami, jadi aku cuba hindari diri aku dari memikirkan semua tu.

Dan memang mustahil untuk lupakan semua tu, bila dalam keadaan macam ni, aku mula terbayangkan banyak perkara, apa yang pernah aku lakukan, apa yang pernah aku alami, apa yang pernah aku miliki, dan sebagainya.

Apa yang aku nampak semuanya mematahkan semangat dan memutuskan harapan... dan satu persoalan yang sentiasa aku kesalkan... "Kenapa Aku Macam Ni"...

p/s : Aku sentiasa bencikan rasa sedih...

0 comments: