CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

My Playlist


Friday, August 7, 2009

Untitled

Hmnn,

Aku tahu, apa yang aku tulis dalam blog ni...semuanya...akan bunuh aku suatu hari nanti. Apa yang aku cakap, semuanya mengikut hati, aku luahkan apa yang aku rasa, apa yang aku teringin sangat2 untuk luahkan pada seseorang, tapi aku tak mampu...aku bukan jenis yang macam tu...

Aku sibuk gila minggu ni, Isnin sampai Khamis aku pergi Terengganu, Khamis tu, bertolak jam 8.30 malam, 3.30 pagi baru aku sampai rumah. Lepas solat Jumaat aku terus pergi kerja, sampai pukul 11.30 malam.

Harini aku masuk kerja pukul 9.30 pagi, ada kerja dekat Lvl 65 tower 1, habis kerja dekat situ dalam pukul 2.45, then terus gerak Kompleks Dayabumi, kul 10 baru balik, seharian tak makan..pening kepala aku...

Ok la, aku bukan nak cerita benda remeh temeh ni, ada perkara yang lebih penting dari tu.

Hmnn, aku rasa letih nak reply panjang2. So aku ambil mana yang aku rasa penting. Ok, sebenarnya, yang aku maksudkan dengan rasa dipergunakan tu, bila kita tengah main Habbo, kau nak aku ajak dia ni dengan dia ni online main sekali, tapi bila dorang ada, kau tak layan pun, tiba2 kau jadi bz, sedangkan kau yang macam nak sangat dorang on, aku bukannya apa, orang terasa bila jadi macam tu, dorang aku bagitau pada aku, so aku yang mengajak dorang ni rasa bersalah. Aku tak tahu kenapa kau macam beriya2 nak aku ajak dorang on, tapi bila dorang dah ada, kau pulak macam tak ada, bz. Aku rasa pelik, kenapa tiba2 je macam tu...

Then tentang apa yang aku kata ni ;

"Aku sentiasa cemburu dengan apa yang kau ada, aku cuba sedaya upaya, tapi takkan mampu untuk miliki apa yang engkau ada"

Aku tak maksudkan orang, benda atau sebagainya, tapi sesuatu yang aku takkan ada. Dari dulu lagi, ramai orang sentiasa memihak pada kau. Sebagai contoh, dulu masa dekat sb, dorang ada tanya, Kak Leez yang tanya kalau tak silap aku. Dia tanya;

"Kalau tiga orang ni, Adam, Akmal dgn aku lemas ditengah laut, then dorang cuma ada chance untuk selamatkan salah seorang, siapa yang akan dorang pilih"

Haha, jawapan dia, dorang semua pilih kau, even orang yang mula2 tanya soalan tu, masa tu aku fikir, maybe dorang semua pilih kau sbb dorang dah lama kenal kau. Tapi asmpai sekarang, aku boleh nampak dari cara dorang, andai kata dorang semua terpaksa pilih satu pihak, antara kau dan aku, dorang still akan pilih kau, itu yang aku cemburukan, aku tak ada benda tu, orang macam aku orang guna untuk buang2 je.

Dan, apa yang aku luahkan tu, bukan pasal "eyda" tu, dia tu tak penting pun, bukan real, dia sama macam orang lain, dia jenis macam Qis, jenis yang bunuh aku dari dalam.

Cuma, aku mula mempertikan apa yang kau cakap sbb banyak perkara, even yang dah lama berlalu, aku bukan jenis yang boleh lupakan sesuatu perkara tu macam tu je, susah untuk aku buang apa yang aku rasa dalam diri aku ni.

Aku sentiasa mempertikaikan apa yang kau cakap, kadang2 aku nampak lain dari aku yang kau beritahu pada aku. Contoh, kau kata eyda tu tak contact kau, langsung tak contact kau bila kau tak contact dia, tapi bila aku pura2 xkenal dia masa dalam habbo, dia mengadu pada kau, then bila aku call dia, dia bagitau pada kau, see? dia contact kau. Itu antara perkara yang buat aku mempertikaikan apa yang kau kata buat masa ni...perkara2 seperti tu...

Then kau kata si dia ni contact dengan Qis, kutuk2 aku pasal aku dengan Qis dekat blog dia, kata Qis pernah datang SB, aku tertanya2, macam mana kau boleh tahu, si dia ni yang dok mengata pasal aku dengan Qis dekat blog dia dlu pun still act macam tak ada apa2 yang pernah berlaku, aku tak tahu semuanya betul atau tak, bukan aku tak percaya, aku yakin dengan kau, tapi aku still tak boleh menilai sesuatu hanya dari percakapan je...

Aku nak cakap ni dengan kau, tapi semua ni tak boleh keluar dari dalam diri aku, aku tak dapat luahkan semua ni dengan orang yang aku hormat, yang aku pandang tinggi...

• aku tak cakap semua ni dengan nada marah, aku langsung tak marah, aku tak tahu apa yang aku rasa, tapi yang pasti, bukan perasaan marah...
• Semua yang aku post dalam blog aku ni, akan bunuh aku dari masa ke masa, suatu hari nanti...

0 comments: