CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

My Playlist


Monday, August 3, 2009

Hmnn...

Hmnn,

Dalam seminggu ni, memang aku rasa letih gila, letih dengan kerja2 aku. Aku memang tak banyak masa untuk rehat, bukan badan aku je yang letih, kepala aku ni lagi la...berat dengan macam2...

Adakalanya, bila kita tahu sesuatu, kita akan rasa lebih sakit sekiranya kita tak tahu, kadang2 kita berharap yang kita tak pernah tahu semua tu...inilah apa yang aku rasa buat masa ni...sakit...

Aku tak ada masaalah dengan Rahaina, merajuk tu...biasa la, esok2 mesti ok punya. Tapi masaalah yang paling buat aku sakit sekarang ni, kawan2 aku.

Aku tak kata semua, tapi ada diantara meraka ni yang terlalu mementingkan diri. Aku pun tak faham, kalau nak berkawan, buat la cara nak berkawan. Atleast berterus terang la dengan diri tu...aku cuma "KAWAN" dan tak berniat nak lebih dari tu, aku cuma nakkan kejujuran...susah sangat ke...

Then untuk seseorang ni, aku tak faham kenapa, kau ada segala2nya, jauh lebih baik dari aku, aku sentiasa cemburu dengan apa yang kau ada, aku cuba sedaya upaya, tapi takkan mampu untuk miliki apa yang engkau ada.

Tapi...aku tak faham kenapa, kenapa kau buat aku macam ni, kau macam sengaja nak rosakkan hidup aku, kau cerita macam2 yang aku tak tahu salah betulnya. Aku memang susah nak percaya kata2 orang, tapi kadang2 aku lost...bertindak mengikut hati bila aku marah...lebih2 lagi bila dalam keadaan macam ni...

Kau dah ada segala2nya lebih dari aku, apa lagi yang kau nak, kau cerita macam2 tentang orang pada aku dan aku sentiasa terfikir, entah apa la yang kau ceritakan pada orang tentang aku...

Aku tak ada apa2 untuk kau buat aku macam ni, tolong la jangan buat hidup aku macam ni, apa salah aku, apa yang kau tak puas hati...apa yang kau nak dari aku yang hanya sekadar sampah ni...

0 comments: