CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

My Playlist


Sunday, August 16, 2009

Hmnn,

harini sekali lagi aku balik lambat, masuk kerja pukul 10pg, hampir pukul 12mlm baru aku habis kerja. Dah berapa hari dah macam ni...

Actually, aku tak kisah pun pasal kerja sampai balik lewat malam ni, aku lagi suka, semakin jauh dari life aku, semakin lupa semua masaalah aku.

Tapi yang jadi masaalahnya cuma Rahaina, aku bukan seorang yang kejam, aku takkan permainkan orang walaupun dah banyak kali dipermainkan, aku bukan jenis macam tu. Jenis golongan sialan yang pentingkan diri. Aku terlalu bz sejak kebelakangan ni, payah nak contact, kesian dia...

Aku dah rasa macam2 dalam hidup aku ni, walaupun bukan semua, tapi apa yang aku rasa ni dah lebih dari ramai kenalan aku yang lagak macam dorang je yang ada masaalah, pentingkan diri.

Nak kata masaala family, parent aku kerap gila bergaduh, nasib baik je ada adik kecik aku, kalau tak dah lama cerai agaknya. Aku dengan abang2 aku pun, bukannya ngam, bukannya boleh bawak cerita, gurau macam keluarga, macam orang asing ada la. Aku anak lelaki bongsu, kena layan macam anjing je, orang pandang macam sampah, apa lagi.

Masaalah cinta, jangan cerita la, aku pernah rasai macam2, paling sakit, bila Qis kata dia dah mati. Lakonan yang hampir sempurna, tapi gagal sebab dia bodoh. Malangnya aku lagi bodoh masa tu, aku tipu diri aku sebab terlalu sayangkan dia walaupun aku dah lama tahu yang semmua tu cuma tipu.

Nak cerita tentang kawan, lagi macam sial, dalam hidup ni, memang takkan ada istilah "bestfriend" tu, semua akan saling khianat bila masing2 terlalu pentingkan kemahuan diri. Yang lelaki rapat dengan siperempuan dengan harapan dapat mencuri isi hati, yang perempuan cuba memikat si lelaki kerana ingin memenuhi kemahuan diri yang terlalu mementingkan diri sendiri. Takkan ada la sahabat yang sejati, bila susah..faham2 je la.."kau la kawan aku dunia dan akhirat", bila senang tengok, nak pandang pun susah.

Nak cerita tentang bz, letih, tak ada masa, hahaha. Jangan buat lawak la, aku dah pernah rasa, ingat aku kerja ni macam mana, dtg jam 10pg, mmg waktu kerja sampai pukul 10, tapi korang ingat kerja sampai pukul 10 ke, masa mula2 boleh la balik awak sikit, sekarang tgk, 11, 12 baru boleh balik. Kerja aku pun, bukannya kerja duduk dalam opis, kerja macam kuli batak punya, kena complain, kena hina, kena tuduh2, hari2 maa. Tapi aku still ada masa nak contact kawan2 aku, yang aku tak contact tu pasal aku malas, kalau aku contact lepas tu buat tambah sakit aku buat apa. Aku malas cakap lebih2, karang ramai lak yang terasa, marah2, hentam aku separuh mati. Blog ni ada simpan macam2 tentang aku laa, korang semua boleh bunuh aku dari dalam bila2 masa je.

Act aku dah berapa hari dah tulis post ni, tapi susah gila nak habiskan, bz nak mampos, sekarang da masuk hari ahad, aku baru balik kerja pukul 8.30 td. Apa yang aku nak taep pun dah haus da, lupa sebab dah berhari2 tangguh.

Kerja aku ni pun, sakit sebenarnya, cuma aku malas fikir je, aku cuba enjoy walaupun hati aku sakit. Yela, kau kerja mati2an, padahal praktikal je, sehari rm10 je, kerja sampai separuh nyawa, aku balik harini pukul 12, esok dtg lewat sikit, kul 10.30, bising maa, macam aku lewat 10jam lak bisingnye. Dah tu, kerja mati2, bukannya ada ucapan terima kasih, yang dorang tau kata, "esok jangan tak datang laK". Mana tak sakit, aku tau la nak datang, dorang tu datang pun dah tengah hari, nak bising2, datang lambat, balik tau nak cepat je. Lepas tu kalau ada apa2 silap, budak praktikal kena, padahal faham2 je la praktikal, awak buat kerja ikut arahan je. Tak pasal2 kena Dah tu, time nak kena marah dengan orang atas, dorang yang buat silap semua lari, aku yang kerja cam kuli ni jugak kena maki2.

Aku tak kisah kalau orang nak suruh aku kerja mati2 pun, tapi jangan la buat macam ni, betimbang rasa la. Aku praktikal, bukan datang sana nak jadi anjing. Ucapan terima kasih pun da cukup da. Harini kerja banyak, aku buat kerja berdua je, g sekor dok mengular. Datang kerja dah tengah hari, balik lak kul 5 tepat, gila babi tol. Aku harini, tak ada makan langsung, last makan roti telur, tu pun pukul 5 ptg semalam. Aku terpaksa tahan lapar nak siapkan kerja punya pasal, ni dah la dtg lambat, dok mengular lak. Aku sakit hari je, paling kuat pun dorang bayar aku rn300 sebulan, dia tu makan gaji, confirm paling kurang pun rm1800, kerja macam tak nak kerja. Haishh.

Aku dah rasa macam2, cuma tak pernah rasa jadi anak yatim je, itu yang aku paling taknak rasa. Doa2kan takkan berlaku perkara macam tu. Nak cerita tentang life aku, payah, orang pun takkan faham, aku pun malas dah nak buat orang faham, semua tahu nak hentam aku je, tak kira la sesiapa pun, ada sesetengah tu, depan2, perghh, jangan kata pijak semut tak mati,nak pergi melabur pun sanggup tahan bai. Belakang punya cerita, gila babi hentam kau.

Haishh, aku letih gila nak menaep ni, stop dulu la, kalau tak, entah bila baru dapat post ni.

1 comments:

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ said...

wei wei ko praktikal di mana??
meh kj tempat aku..hehehe

sabarla..jgn stress apa pun masalah mesti ada jalan..yang penting ko sabar..apa org buat kat ko, ko sabar jak..diam bukan beerti bodoh..faham??

apa pun hidup mesti diteruskan..pedulik org lain..orait bro???