CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

My Playlist


Friday, October 15, 2010

Penat....

Hmnn,

Entah la, sejak kebelakangan ni aku tak rasa seperti ingin berkongsi segalanya lagi. Apa yang aku rasa, apa yang aku fikir, biarlah tenggelam segalanya. Bagi aku, semua tu dah tak penting lagi, pandangan aku kian kabur dari hari ke hari. Aku dah tersesat jauh dari diri aku yang dulu.

Aku tak tahu kenapa, aku seperti enggan menipu diri aku lagi. Aku tidak begitu pentingkan perasaan orang lain lagi, aku tak terlalu mengambil berat seperti dahalu lagi. Aku paksa diri aku dari terus melakukan perkara yang aku sendiri tak mahu.

Jauh di sudut hati ini, aku kisah dan aku sedar, tapi aku semakin angkuh dan mementingkan perasaan aku sendiri. Tak ada sesiapa yang akan faham bila ianya menyakitkan. Aku yang cuba untuk enggan memahami kini tak mampu lagi untuk memahami. Rasa dan perasaan hati ini mengaburi segalanya.

Aku enggan faham kerana ianya menyakitkan. Aku enggan menyerahkan perasaan kasihan kerana ianya sia2. Aku enggan bersama mereka kerana aku bukan sesiapa. Aku tak memiliki apa2, dan tak layak untuk apa2. Apa yang aku ada cuma peluang kedua untuk  masa depan.

Aku pernah terjatuh, sememangnya ia menyakitkan.  Aku cuba berdiri, namun terlalu sukar. Aku merangkak untuk mengejar, dalam sedar dan tidak, aku sudah mula berjalan. Biarpun kini aku mampu berdiri sama tinggi dengan mereka, namun aku sentiasa berjalan sendirian.

Memang tidak ada apa yang mudah dalam menjalani hidup ini, kita dikira bertuah sekiranya ada yang memahami, ada yang menemani, tetapi berapa ramai diantara kita yang menghargainya? berapa ramai diantara kita yang sedar bertapa bertuahnya kita?

Aku bertanya pada diri, aku sedar apa yang aku miliki dan dimana aku berdiri. Tetapi aku hanya kesakitan, kesakitan yang berjalan. Menyakiti mereka yang menghampiri. Dalam sedar dan tidak, parut berdarah yang menyakiti aku dulu menjadi punca  kesakitan kepada mereka yang menghampiri diri ini.

Ya, kita manusia... takkan mampu untuk lari dari melakukan kesilapan. Mungkin tak apa jika kesalahan itu tidak disengajakan, tetapi bagaimana dengan yang disengajakan? Mampukah kita untuk sentiasa memaafkan. Aku sedar betapa sukarnya untuk memaafkan...

Penat dan bosan... bukan salah mereka... ianya salahku... aku yang memulakannya...

0 comments: