CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

My Playlist


Wednesday, October 27, 2010

Hmnn,

Mungkin ini untuk aku sendiri, dan mereka yang membaca juga boleh cuba menilainya. Hari ini, aku berdiri, berdiri ditempat yang aku tidak tahu dimana kedudukannya. Hari ini, aku menanti, menanti masa berlalu agar apa yang aku harapkan akan tiba.

Apa yang aku harapkan? kenapa aku sentiasa menanti masa untuk berlalu dan terus berlalu? Hmnn, secara jujurnya, ianya adalah cabaran untuk hari ini. Setiap hari adalah cabaran yang baru, cabaran yang harus kita tempuhi. Aku sudah pun banyak belajar dari masa lalu, yang segalanya akan menjadi lebih baik seandainya kita berani untuk menghadapi.

Cabaran, tidak ada sesiapa yang kata ianya sesuatu yang mudah, sebab itu ianya dikatakan cabaran, sesuatu yang mencabar untuk kita lalui. Ditempat yang tidak seberapa ini aku berdiri, berdiri dengan rasa yang berbelah bagi. Setiap hari aku melihat cermin, melihat diri sendiri, dan melihat mereka yang mampu berlari dihadapan, jauh meninggalkan aku merangkak disini.

Percaya atau tidak, aku bukanlah seseorang yang kuat untuk melalui semua ini, hati aku tak cekal, diri aku mudah dihanyut arus kelekaan. Tapi, dengan siapa untuk aku berharap? perlukah aku berharap? dengan siapa untuk aku meraih simpati? patutkah aku meraih simpati? bila aku meletakkan segalanya dibahu orang lain, tanpa aku sedari, sebenarnya aku cuma membunuh diri sendiri. Membiarkan diri yang lemah ini dijerut sehingga mati...

Tidak ada apa yang mudah dalam hidup ini, jalan yang kita tempuhi sentiasa berlaku. Percaya atau tidak, sememangnya tidak ada apa yang mudah dalam hidup ini. Adakalanya kita tidak sedar, sekecil kecil keputusan yang kita buat, seringan ringan tindakan yang kita ambil, itulah dia perkara yang mempengaruhi hidup ini...

Mungkin disini, aku banyak meluahkan kata, tetapi diluar sana, siapalah aku sebenarnya? hanya mereka yang pernah bertemu dengan aku akan tahu kebenarannya. Aku bukan seseorang yang biasa, aku banyak kekurangannya. Aku tidak ada kata kata untuk menghibur, tidak ada gaya untuk menarik. Apa yang aku ada cuma diri aku sendiri. Orang macam aku ni lebih mudah untuk mati...

Wednesday, October 20, 2010

Bicara pada diri...

Hmnn,

Beberapa tahun  yang lepas, aku seseorang yang langsung tidak pernah pandang kedepan. Apa yang ada hanya kenangan silam dan juga apa yang aku miliki pada waktu itu. Segala tindakan aku berdasarkan apa yang aku nampak, tetapi apa yang aku nampak jika pada hakikatnya... pandangan ini kabur dan seakan akan buta...

Dua tahun yang lepas, sedikit sebanyak penglihatan ini kian terbuka. Namun apa yang aku nampak, tidaklah seindah rupanya. Apa yang aku nampak, bukanlah kebenarannya. Pandangan ini penuh khayalan, hidup ini penuh khayalan... dan mereka yang lahirnya dari realiti kian pergi dari hari ke hari...

Setahun berlalu setelah saat itu, tetapi apa yang ada pada aku. Tidak ada apa apa, apa yang aku percaya kian pudar, apa yang aku miliki telah hilang.  Pandangan ini terlalu kabur untuk memastikan segalanya sempurna. Jika berbicara tentang hati, hati budak sementah aku ni... apalah yang ada... apalah  yang boleh diharapkan...

Hmnn, terlalu asyik bercerita tentang masa lalu... bagaimana dengan kini? apakah bezanya aku yang dulu dengan aku yang kini? adakah aku berubah?... berubah...

Pain...

KESAKITAN,


Hmnn, sakit... aku tak tahu kenapa... tetapi seperti ada sesuatu yang tidak kena... ianya sentiasa menyakitkan... Urghh...  

Ikut hati mati... ikut rasa binasa... ikut kata menderita...

Hmnn,

Mungkin sejak kebelakangan ini ada beberapa perkara yang telah mengubah sudut pandangan aku. Apa yang aku perkatakan adalah apa yang aku rasa, dan aku sedia menerima sebarang teguran asalkan ianya sesuatu yang munasabah...

Aku tahu, kita manusia jarang menyedari kesilapan sendiri, sukar untuk kita menilai diri kita sendiri seperti kita menilai orang lain. Kita sering memandang apa yang berada disekeliling kita, melihat dan menilai baik buruknya... namun begitu, sejauh manakah kita melihat kedalam cermin yang memperlihatkan diri kita sendiri...

Ada masanya, kita begitu yakin dengan apa yang kita lakukan, kita begitu yakin dengan apa yang kita perjuangkan, kita begitu yakin bahawa kita berada ditempat yang betul. Namun, itu hanya pada sudut pandangan kita, dan bukan kita yang layak untuk menilai baik buruk diri kita... kerana kita sering terlepas pandang baik buruknya...

Aku sendiri... banyak tujuannya kenapa aku berani luahkan kata2 aku disini, blog ini... sebab aku ingin melihat pandangan mereka pada corak pemikiran aku... aku sering yakin bahawa sesuatu perkara itu adalah benar sehingga aku berani memperkatakannya... tetapi kita manusia, ada baik buruknya... aku manusia... banyak kelemahannya...

Bila kita bersuara tentang kegembiraan kita, pernahkah kita fikirkan kesakitan mereka yang tidak terdaya untuk memilikinya, mereka yang tidak mampu untuk memilikinya... bila kita bersuara tentang kekecewaan kita kepada mereka... pernahkah kita fikirkan betapa kita mengecewakan mereka... bila sesuatu menimpa kita... apakah perkara pertama yang sering bermain difikiran kita... diri sendiri... mereka... ataupun DIA? bertanyalah dan jawablah kepada diri kita sejujurnya...

Aku... diri aku... kata kata aku... tindakan aku... cara aku... segalanya menyakitkan... menyakitkan mereka yang memahaminya... aku diselubungi kesakitan... kesakitan yang datangnya dari diri aku sendiri... sejauh manakah diri ini mampu menghadapi... sejauh manakah diri ini mampu berdiri... aku cuba memberi... memberi seikhlas hati... tetapi adakah benar ikhlas hati ini... bila daya tidak dihargai... keikhlasan pudar dalam diri... melahirkan rasa benci... rasa benci yang kian mengawal diri... aku mula menyakiti... menyakiti mereka yang mempersenda diri ini... ikut  hati mati... ikut rasa binasa... ikut kata menderita... 

Salah aku... salahkah aku... i am not a good man after all...

Tuesday, October 19, 2010

She and Me...

She is perfect... different and the greatest among others i have ever met... and if there is something happen to this relationship... it would be my fault... my fault... she is everything... but my pride and my heart wont let me to appreciate it... too bad... its my bad... always took a wrong step when i had something perfect in my hands... those past have turns my sight to the different ways....

Dia...

Hmnn,

Manja, penyayang, cukup mengambil berat, jujur, setia dan sebagainya... segalanya ada pada dia. Dalam jutaan wanita yang pernah aku jumpa dalam hidup ni, dia adalah dikalangan yang terbaik... terbaik dari perbagai segi...

Dia tak ada kata kata... untuk membuatkan mereka tertarik kepada dirinya... dia tak ada drama... untuk menjadi tumpuan semua... apa ya

CINTA :)



Hmnn,

Aku pun tak tahu la kan, sana sini aku pergi, mesti cerita tentang cinta. Macam2 la, nak cakap satu persatu malas. Apa pun, bagi aku, perjalanan hidup aku masih jauh lagi. Mungkin belum masanya lagi untuk aku beri komitmen dalam hubungan :)

Aku tak buat keputusan ni sebab CINTA tu sesuatu yang menyakitkan ataupun sebagainya, cuma secara jujurnya, aku masih belum bersedia untuk ini. Mungkin suatu hari nanti. Aku masih aku, cuma aku takkan tunduk pada CINTA dan WANITA buat masa ini :)

Hmnn, bukan apa, cuba bayangkan, lelaki yang masih belum puas hidup bebas tetapi dah terikat dengan CINTA, macam mana agaknya? aku tengok kawan2 aku yang kahwin muda, member pergi melepak, enjoy, dia kena fikir pasal keluarga. Umur baru 22 beb, apa kes?

Aku nak capai cita2 aku dulu, bebas, rasa nikmat hidup dengan gaji sendiri dulu, buat apa yang aku nak, and then baru fikir tentang kahwin dan sebagainya. Bukan aku tak ada hubungan cinta, couple semua ni, cuma aku takkan dan tak mahu rasa terikat. I shall not bow to LOVE  and WOMEN. :)

Aku bukannya HEARTLESS, cuma aku tak mahu dikawal pada usia semuda ni. Hidup untuk dinikmati tanpa melupakan tanggung jawab kita, bukan untuk dirantai sebegitu sahaja. Please... UNDERSTAND ME. 

Kalau aku salah dalam hal ini, silalah beri pendapat anda secara terbuka disini, biar semua melihatnya. :D

Saturday, October 16, 2010

Saat Yang Indah :)

Hmnn,

Harini aku ikut keluarga aku keluar, pergi Selayang Mall dengan Kedai barangan sukan Al-Ikhsan je. Tapi rasa seronok sikit, walaupun abang ngah tak ada, tapi sedikit sebanyak apa yang berlaku banyak membuka mata dan minda aku yang baru setahun jagung ni.

Mula2 sekali ayah bawa aku dan abang long pergi ke kedai barangan sukan Al-Ikhsan, dia bagi pilih apa sahaja yang kami nak, Along dapat apa yang dia nak, kasut Adidas yang berharga lebih kurang RM250. Aku tak beli pun, sebab tak ada yang aku minat. Aku tak perlu takut jika tak ada peluang lain lagi sebab aku tahu ayah macam mana. Maklum ah, tiba2 kali ni kami tak minta pun ayah offer untuk belikan :)

Lepas tu pergi Selayang Mall, adik aku Baby nak beli anak patung barbie. Haha, melayan dia cari apa yang dia nak punyalah lama. Tapi sebelum tu sempat lagi singgah dekat stall McDonald beli Cornetto Mcflurry untuk Along, Oreo McFlurry untuk Baby dan Siti, takkan dorang je kan. aku yang pergi beli, mesti nak sesuatu jugak, Vanilla Milkshake my Fav :)

Dah sudah beli anak patung adik aku si Baby tu, ayah suruh aku cari kasut yang aku minat. Yela, Selayang Mall tu kan ada banyak kedai kasut, nak beli baju dekat Parkson ayah kata barang dekat situ tak ada kelas. Sebenarnya aku sendiri tak faham, masa tengah kering, semua benda rasa macam nak dibeli, bila dah ada peluang, semua tak berkenan dihati. Apa pun, akhirnya dapat juga aku cari kasut yang betul2 sebati dengan diri aku. Kasut boot Kangaroo, aku dah lama berkenan dengan kasut macam tu. Tapi maklum lah, nama pun student, mana ada pendapatan sendiri nak beli barang mahal macam tu. Thanks Ayah :)

Selesai beli kasut, ayah suruh cari jaket, yela, lelaki berbadan macam aku ni mana sesuai pakai sweater, dada bidang la katakan. Tapi macam yang aku kata tadi, bila ada peluang macam ni semua benda tak berkenan dihati, aku tak jumpa jacket yang aku minat. Selalu ada je, harini tak ada, ayah kata nanti cari dekat kedai lain :D

Lepas selesai shopping, kami pergi makan satay kajang haji samuri dekat luar Selayang Mall tu. Benda baru la katakan, serve tengah sedap. Layankan aje la, makan kenyang2. Tak kisah la berapa banyak jenis satay pun yang ada dalam dunia ni, satay ayam juga yang paling sedap. Minum biasa2 je la, teh o suam, teh o ais limau, air laici, ABC dan yang mesti ada, air kosong :)

Masa makan tu, sempat juga la berbual2 dengan ayah dan abang long, apa yang mereka perkatakan banyak membuka minda aku yang tidak seberapa ni. Dari bab agama, politik dan kehidupan. Dah tentu aku tak akan bercerita tentang politik didalam blog ni, bab agama pun kurang, nanti dituduh ajaran sesat. Maklumlah negara kita ni, mereka yang buat maksiat 24jam sehari bebas bergembira, mereka yang sibuk beribadah ilmu agama pula yang dituduh ajaran sesat, contohnya seperti Al-Arqam tu, apa yang kamu tahu tentang mereka sehingga kamu beranggapan yang kamu layak mengatakan mereka itu sesat? jangan bercerita tentang apa yang kita dengar seperti kita menyaksikannya :)

Tentang kehidupan, ada beberapa pihak yang begitu mengenali diri ini tahu akan apa yang telah aku lakukan. Aku telah membuang mereka yang tidak memerlukan aku dan mereka yang sering menyusahkan aku dari hidup aku. Aku telah membungan masa silam jauh kebelakang, dan beranggapan bahawa aku adalah lebih baik apabila bersendiri. Minda budak baru setahun jagunglah katakan, sebagai seorang ayah, dia tentu cukup kenal siapa diri aku kerana aku tidak akan berdalih darinya. Selain memberi semangat dan keperluan, dia banyak mengajar aku untuk bertindak lebih bijak dalam menjalani hidup ini. Terima kasih ayah :)

Hmnn, banyak yang tidak akan aku lupa. Dari dulu hingga kini, sedikit sebanyak ayah telahpun menanamkan ilmu agama dalam diri anak2nya yang masih mentah ini.  Solat jangan tinggal kerana ia adalah tali agama, tiang agama kita. Setiap kali selepas solat jangan lupa untuk meminta kepadaNYA agar dikurnia dan dijagakan IMAN, ISLAM, TAUHID dan MA'RIFAH kepada diri kita dan sebagainya...

Thats all for now... tiba2 datang bersin dan selesema... Adoila... >.<



Friday, October 15, 2010

Butanya mata seorang lelaki...

Hmnn,

Sebenarnya, aku tak tahu siapa diri aku, aku tak sedar dimana letaknya aku, setinggi manakah ego aku.

Peluang Kedua...

Hmnn,

Rasanya, ramai yang tahu kesilapan aku yang dulu. Tapi tak mengapa, syukur alhamdulillah kepadanya kerana sekali lagi DIA telah mempermudahkan perjalanan aku dengan peluang yang kedua ini. Jika tiada sebarang aral yang melintang, aku akan melanjutkan pelajaran sebagai pelajar integrasi di Politeknik Port Dickson pada awal bulan Disember ini.


Hmnn, sememangnya aku enggan kembali ke Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam lagi. Banyak perkara yang enggan aku lupa. Pahit manisnya, namun aku sememangnya enggan untuk kembali ke sana. Ya, aku akan kembali, tetapi mungkin hanya pada majlis konvo nanti. :)

Aku tak tahu apa yang menunggu aku disana, tetapi  aku hanya akan berada disana untuk 2 semester sahaja. Aku akan pastikan yang aku akan dapat AKJ untuk kedua2 semester dan tidak akan repeat paper, ini azam aku untuk  babak baru dalam hidup aku ini.

Apa pun, jika segalanya berjalan dengan lancar, aku akan menghabiskan diploma pada usia 21 tahun. Dan ada dua kemungkinan yang telah aku rancangkan. Mungkin aku akan kerja dahalu selama 2 tahun sebelum menyambung ijazah ataupun terus menyambung ijazah  selepas menamatkan diploma nanti. Bergantung kepada keadaan dan peluang. Sebarang kemungkinan lain juga akan aku terima, hidup ni sentiasa berubah bukan :)

Aku meletakkan sasaran untuk belajar sehingga peringkat ijazah sahaja, selebihnya bergantung kepada rezeki dan keadaan. Yela, belajar tinggi2 tapi tak ada kerja pun buat apa kan. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan.

Tentang politik, ekonomi dan sebagainya, aku betul2 tak ada idea bagaimana caranya untuk aku mengelakkan semua itu dari berlaku. Sebab tu aku tak pernah bersuara secara terbuka, andailah semua orang faham apa yang aku maksudkan.

Sebaik mana pun kita merancang, sekuat mana pun kita berusaha, kita hanya manusia, hanya mampu merancang dan redha dengan ketentuanNYA. Setinggi mana pun kita berdiri, serendah mana pun kita disini, kita semua hanya manusia yang kecil dimataNYA, apa yang kita hadapi hari ini  hanya dugaan dariNYA. Aku baru mencecah 20, perjalanan hidup ini masih panjang. Wish me luck, i  do love you...MYSELF :)

Penat....

Hmnn,

Entah la, sejak kebelakangan ni aku tak rasa seperti ingin berkongsi segalanya lagi. Apa yang aku rasa, apa yang aku fikir, biarlah tenggelam segalanya. Bagi aku, semua tu dah tak penting lagi, pandangan aku kian kabur dari hari ke hari. Aku dah tersesat jauh dari diri aku yang dulu.

Aku tak tahu kenapa, aku seperti enggan menipu diri aku lagi. Aku tidak begitu pentingkan perasaan orang lain lagi, aku tak terlalu mengambil berat seperti dahalu lagi. Aku paksa diri aku dari terus melakukan perkara yang aku sendiri tak mahu.

Jauh di sudut hati ini, aku kisah dan aku sedar, tapi aku semakin angkuh dan mementingkan perasaan aku sendiri. Tak ada sesiapa yang akan faham bila ianya menyakitkan. Aku yang cuba untuk enggan memahami kini tak mampu lagi untuk memahami. Rasa dan perasaan hati ini mengaburi segalanya.

Aku enggan faham kerana ianya menyakitkan. Aku enggan menyerahkan perasaan kasihan kerana ianya sia2. Aku enggan bersama mereka kerana aku bukan sesiapa. Aku tak memiliki apa2, dan tak layak untuk apa2. Apa yang aku ada cuma peluang kedua untuk  masa depan.

Aku pernah terjatuh, sememangnya ia menyakitkan.  Aku cuba berdiri, namun terlalu sukar. Aku merangkak untuk mengejar, dalam sedar dan tidak, aku sudah mula berjalan. Biarpun kini aku mampu berdiri sama tinggi dengan mereka, namun aku sentiasa berjalan sendirian.

Memang tidak ada apa yang mudah dalam menjalani hidup ini, kita dikira bertuah sekiranya ada yang memahami, ada yang menemani, tetapi berapa ramai diantara kita yang menghargainya? berapa ramai diantara kita yang sedar bertapa bertuahnya kita?

Aku bertanya pada diri, aku sedar apa yang aku miliki dan dimana aku berdiri. Tetapi aku hanya kesakitan, kesakitan yang berjalan. Menyakiti mereka yang menghampiri. Dalam sedar dan tidak, parut berdarah yang menyakiti aku dulu menjadi punca  kesakitan kepada mereka yang menghampiri diri ini.

Ya, kita manusia... takkan mampu untuk lari dari melakukan kesilapan. Mungkin tak apa jika kesalahan itu tidak disengajakan, tetapi bagaimana dengan yang disengajakan? Mampukah kita untuk sentiasa memaafkan. Aku sedar betapa sukarnya untuk memaafkan...

Penat dan bosan... bukan salah mereka... ianya salahku... aku yang memulakannya...