CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

My Playlist


Monday, September 20, 2010

Tempat aku berdiri.

Hmnn,

Sekarang ni bukan masanya untuk aku menoleh ke belakang lagi, apa yang aku ada, hanya apa yang bakal aku tempuhi. Aku dah pernah buat berbagai kesilapan sebelum ni, dan aku harap aku tidak akan mengulanginya lagi. Aku dah pun mencecah 20, aku perlu berfikir dan bertindak dengan lebih matang. Pengalaman dah banyak memberi aku pengajaran. Dan apa yang aku miliki pada hari ini, adalah hasil selama aku hidup dalam 20 tahun ni. Mungkin akan berlaku sesuatu yang lebih baik, mahupun sebaliknya.

Aku tak tahu bagaimana caranya untuk hindarkan diri ini dari haluan hidup aku hari ini, bila aku jauh dari mereka yang pernah bersama dengan aku, aku mula nampak perbagai kesilapan yang pernah aku lakukan. Jalan hidup aku, mungkin aku rasa seakan2 jalan hidup aku hari ini adalah lebih baik, tapi hakikatnya, bukan aku yang menilai diri ini, aku tak nampak salah dan silap diri aku.

Ada masanya, aku ingin berhenti dari menilai sesuatu dengan keegoan diri aku, tapi aku selalu tersasar. Diri aku penuh dengan kebencian dan penyesalan, aku boleh memohon maaf, tetapi bukan hak aku untuk memberikan kemaafan itu. Aku boleh memaafkan apa yang pernah orang lakukan pada aku, tetapi aku tak pernah melupakan apa yang berlaku.

Bila aku memandang kesilapan aku dahulu, aku harapkan ianya takkan pernah berlaku. Tetapi apa yang telah berlaku, akan tetap berlaku. Aku hanya boleh cuba untuk menghindari dari ianya berulang kembali. Aku tahu aku juga manusia, tidak lari dari melakukan kesilapan, tetapi aku tidak boleh terima alasan tu, mendorong rasa menyesal dan bersalah dari hari ke hari dalam diri ini.

Harini aku cuba berdiri, melangkah dengan kaki sendiri. Mengapa perlu aku berusaha bersusah payah mengejar mereka yang sedang berlari, sedangkan aku mampu menghadapinya biarpun aku merangkak mencapainya dengan kaki sendiri.

Dan aku cuba memahami erti memberi dan menerima apa yang seadanya. Aku bukan tuhan untuk menentukan segalanya, aku adalah hamba yang perlu tabah untuk menghadapi ujiannya. Aku mampu melutut memohon kemaafan hari ini kerana aku sedar betapa kecilnya diri aku hari ini.

0 comments: