CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

My Playlist


Saturday, September 5, 2009

Entah la labu...

Hmnn,

Entah la, aku pun tak tahu macam mana. Sebenarnya, aku pun tahu tentang apa yang Ben kata, setakat belajar macam aku ni, boleh sampai kemana la sangat. Tapi, apa lagi pilihan lain yang aku ada?, so, aku cuma kejar apa yang aku boleh kejar.

Law, memang aku tak pernah terpikir pun, pasal aku basic skola teknik, kepala aku dalam bidang tu je la. Doc, pasal aku tak minat bio, subjek tu memang tak boleh masuk kepala aku, masa aku form 4 aku dah jumpa subjek tu.

Apa yang aku boleh pegang cuma subjek2 yang perlukan math, physic, engineering dan bi sahaja. Bi pasal aku dah jumpa subjek tu sejak skola rendah, then masa aku form 1, pembelajaran subjek math dan sains di tukar kepada bahasa inggeris, sbb tu BI bertulis aku boleh tahan, walaupun kalau nak cakap, aku hampeh sikit, aku tak banyak guna pun BI dalam daily life aku.

Then, dengan result aku, memang aku boleh pergi banyak bidang dalam IPTS, pasal subjek yang buat result aku cacat cuma addmtah dengan kimia, dua2 subjek ni senang, tapi aku malas study, memang salah aku la. Tak kisah la, pasal aku still ada Math, Fizik, BI, Mechanical, Lukisan Kejuruteraan dengan Sejarah dalam tangan. BM memang orang tak pandang, ko nak keje cleaner boleh la kot.

Silap aku, tak apply matrik, pasal aku memang tak yakin langsung boleh dapat matrik. Setakat IPTS, ramai member2 aku yang result jauh lebih teruk dari aku pun senang2 je boleh masuk. Ko ada duet, result OK sikit, lepas la.

Aku IPTS pun banyak Offer, then Mekatronik untuk Unimap, aku tak pergi pasal mahal, half gov half swasta, mak aku bising2. Mana tak bising, result SPM aku lagi teruk dari abang2 aku, dorang punya math, addmath, fizik, kimia, bio memang tak penah lepas dari 1A, aku lak dok kumpul 3B je, tambah lagi dengan attitude aku, parent aku memanng tak pernah tgk aku baca buku, pasal aku memang tak pernah baca pun, apa yang aku blaja dlm kelas, tu je la yang aku maenkan dalam kepala otak aku. Tu pasal Kimia dengan Addmath kantoi, Kimia 7D, addmath 9G, pasal dua2 subjek x pernah ulang kaji. Masa aku skola dulu memang teruk, silap aku la tu.

Setakat kos mudah2 macam Hotel Katering, Business Managament, Pengurusan Pelancongan dan Sains Kesetiausahaan ni memang paling banyak aku dapat offer, tapi semua tu memang tak ada dalam list pilihan aku langsung, IPTA ni pun bongok gak, aku apply lain, lain yang dorang Offer, nak kata result aku teruk, kawan aku yang result lg teruk dari aku pun dapat IPTA, kos Mechanical, basic kos aku dulu yang paling senang, aku tak pernah baca buku pun leh dapat 3B.

Dan "punca" aku ambik kos "sijil kejuruteraan elektrik dan elektronik" bodo ni ialah, abang aku cakap dekat aku depan parent aku, "result ko bagus, nanti kat sana ko leh tuka kos dari sijil ke diploma, kawan aku result lagi teruk dari ko dulu senang2 je masuk dapat sijil lepas tu tuka diploma". Dia cakap tu punya pasal, semua tawaran half gov half swasta aku kene reject habis dengan parent aku pasal "mahal".

Aku pun tak boleh buat apa la, last2 masuk poli bodo tu, nak tuka kos, dorang cakap da penuh, pasal apa, aku masuk lambat, yela, rayuan. UiTM aku dapat kos Business Management yang aku langsung tak terpikir pun nak ambik tapi aku tolak, so kene la buat rayuan lain. Buat rayuan lain, dapat la kos aku sekarang ni.

Aku mula2, memang fed up habis dengan kos ni, pasal dalam kelas aku tu, tak ada sorang pun yang result lagi baik dari aku. Dorang tu, Bahasa Inggeris memang lingkup, perangai cultured shock habis, datang sana dok pikir nak carik awek, lepas tu bajet hot. Setakat slua baju beli dekat Danau, boleh bla la, nak kata gig, party n shuffle, awak da muak takat muntah2 punye. Tu pasal ramai tak suka aku, semua asek kene drop dengan aku. Yela, benda aku da bosan buat, dorang lak nak lagak macam lagi bagus dari aku, baru kenal dunia, da nak besar kepala.

So nak buat macam mana, apa lagi pilihan yang aku ada?, aku tak rasa macam ada pilihan, lainlah kalau aku ni kaya, senang2 je masuk sana sini, Ayah aku bising pasal dia ada 3 orang anak yang tengah sambung belajar dekat IPTS dan sorang anak yang masih bersekolah. Nak kata pinjaman, memang ada, tapi sakit la bila nak bayar balik. Sapa yang buat loan, tau la.

Sebab tu aku kena maintainkan result aku 3.4 keatas, dan bagus la, so far setakat nak cecah 3.00 tu takat kacang je. Kacang yang ada dalam nasi lemak tu, aku biasa tak makan pasal tak sedap, macam tu la. Sapa dak poli pastu result teruk, fail, repeat, aku bukan nak lagak, tapi malu la weii, duduk poli tu, aku tak study pun result sentiasa 3.4 keatas, apa benda yang dorang blaja kat sana pun aku tak tau.

2 comments:

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ said...

kui kui
budak poli eh??
ok la
jangan stress2
dulu aku pun malas belajar
tp, tak semestinya org belajar tinggi2 dapat kj bagus2

contohnya aku, wakakkaa, belagak di situ

Saiful Hapizudin said...

huhu..mcm2 la kak..=)