CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

My Playlist


Thursday, July 30, 2009

Rahaina <33



Hmnn,
Sejak kebelakangan ni, aku tahu, aku memang dah sayangkan Rahaina. Bila susah nak contact, baru aku sedar semua ni. Dia ni jenis yang lebih kurang sama dengan Mimie, manja, baik hati dan caring, aku suka dengan sikap2 dia yang macam tu, aku suka layan dia.

Aku dah tak nak perempuan macam Qis, nampak matang, baik dari pelbagai sudut, tapi segalanya hanya palsu belaka, hanya untuk seketika. Tak pernah menghargai apa yang mereka ada, tak pernah puas dengan apa yang mereka miliki. Segalanya sentiasa tidak mencukupi. Terlalu mementingkan diri hingga sanggup menyakiti orang lain. Kejam.

Hmnn, aku sayang dengan Rahaina, semuanya bermula dari rasa kasihan, then dari hari ke hari, aku semakin nampak ketulusan hati dia. Dia dah cuba lakukan macam2 untuk menangi hati aku. Cuma ada beberapa perkara yang masih aku takutkan, orang kata, senang datang, senang jugalah pergi.

Hampir lapan bulan dia cuba, lapan bulan jugak dia terseksa dengan aku. Masa aku baru break dengan Qis lagi dia cuba, tapi aku tak boleh terima, aku terlalu sakit dengan Qis, sekarang pun masih terasa, tapi dia yang cuba tolong aku hapuskan segalanya. Memang susah, tapi dia sanggupp cuba...dia sanggup bersama aku yang langsung tak ada hati sebelum ni...Thanks...

0 comments: