CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

My Playlist


Saturday, June 27, 2009

Untitled.

Hmnn,
OK, this is there reason why, i ask those question on the previous post. Sebenarnye, aku kabur dalam beberapa perkara, dan diantaranya ada kaitan dengan soalan2 yang aku tanya tu.

Soalan yang pertama tu, aku tanya, apakah 5 perkara yang dianggap penting dalam hidup korang. Sebenanya aku tanya sebab aku tak pasti, apakah perkara yang sepatutnya aku anggap penting dalam hidup ni. Bagi aku, 5 perkara yang paling penting sekarang ialah hidup aku, keluarga, agama, kawan dan masa depan.

Sememangnya keluarga, agama kawan dan masa depan tu terletak dalam hidup aku, tapi perkara2 tu memang penting. Hidup aku penting kerana itulah apa yang aku lalui sehingga tiba masanya nanti. Manakala keluarga aku pulak merupakan pendorang utama bg aku melalui liku2 hidup ini.

Agama pulak, sebab ianya ialah tunggak utama dalam hidup ini, korang sendiri pun tahu kenapa. And then, kawan2, sebab, tak kiralah walau sepandai mana pun kita untuk hidup berdikari dalam hidup ni, tapi ianya takkan bermakna tanpa ditemani rakan2. Semuanya akan menjadi kosong.

Masa depan pulak, sebab hanya itu yang aku ada, aku bukan dari keluarga kaya raya, yang mak bapak akan berikan segalanya. Aku perlu berusaha sendiri untuk mendapatkan apa yang aku mahu, keluarga aku hanya mampu mendorang dari belakang, tetapi hanya aku yang mampu berusaha untuk menentukan segalanya. Apa yang aku ada, cuma peluang untuk meraih segala impian aku, dan aku akan cuba gunakan sebaik2nya.

Soalan kedua, aku tanya sebab, aku nak lihat, macam mana cara orang lain berusaha, mungkin boleh aku jadikan sebagai contoh, walau bagaimanapun, tak ramai yang jawab pertanyaan aku ni, so, aku tak dapat apa pun yang aku inginkan dari soalan2 yang aku tanya tu. Soalan ketiga pun sama, aku cuma nak lihat, bagaimana orang lain berusaha bagi mengekalkan apa yang mereka perolehi.

Soalan keempat tu, aku tanya bagi menyukuhkan lagi jawapan korang untuk soalan kelima selain mempermudahkan untuk aku memahami apa yang korang cuba sampaikan. Aku yakin, setiap orang, mesti pernah menghadapi kegagalan, dan cabaran bagi menghadapi segala kegagalan tu sememangnya bergantung kepada diri sendiri. Memang orang lain boleh kata itu dan ini, tapi bagi melakukannya, tidaklah semudah kata2.

Overall, aku tak dapat apa pun, tak tahu kenapa, tapi setiap orang mst ada jawapan tersendiri kan. Tak akan ada perkara yang mudah dalam hidup ini kan. Datz all =)

0 comments: