CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

My Playlist


Friday, March 6, 2009

Dari AKU

Hmnn...aku sebenarnya memang berat sangat nak tulis pasal ni lagi...sebab semuanya tak akan membawa sebarang kebaikan...tapi kali ni memang aku kena tulis...

1st..aku nak korang semua tahu...dan sepatutnya...kalau korang pernah baca post2 aku yang lepas...korang boleh tahu..apa yang aku tulis dalam blog ni adalah apa yang aku rasa...apa yang aku tahu...apa yang aku nak...dan segala apa yang bermain difikiran aku...ada sesetengah daripada apa yang aku tulis juga adalah kerana terpaksa...bila...tidak ada sesiapa yang sudi menjawab apa yang aku persoalkan...

Then...dari apa yang aku post...aku betul2 berharap...semua yang memberi respon faham dengan apa yang aku cuba sampaikan...tapi nampaknya tak...ramai yang langsung tak focus pada apa yang aku cuba sampaikan...dan...ada yang memberi respon secara membuta tuli...sedangkan tak pernah pun nak baca blog aku...kalau baca pun...ada la satu dua ayat...lepas tu dah berlagak macam tahu semua dari hujung pangkal...

Dan...satu yang aku sendiri nak tegaskan...apa yang aku tulis dalam blog ni...ialah apa yang bermain difikiran aku...apa yang aku rasa...apa yang aku cari...dan apa yang aku tahu...tak pernah sekali-kali dalam blog ni aku tulis...yang aku ni seorang yang baik dan sebagainya...

Ingat...aku bukan orang yang baik...semua yang mengenali aku sepatutnya dah tahu tentang ni...sepatutnya dah tahu...aku ni seorang yang panas baran...masa couple dengan Qis...aku memang selalu moody...ini memang antara bahagian yang paling teruk dalam diri aku...bahagian yang teruk ni sememangnya sering menjadikan aku seorang yang dibenci...

Ramai orang kata...panas baran aku ni memang boleh diatasi...ya...memang aku pernah atasi semua ni dulu...tapi aku tak tahu kenapa...semua ni datang balik sekarang...lepas apa yang berlaku...sejak pertengahan tahun lepas...ramai yang boleh jangka apa yang aku maksudkan...

Ayah pernah kata...aku macam ni sebab penyakit aku...tapi bagi aku...semua ni cuma mentaliti...gila...aku mana ada sakit...aku tak perlukan ubat pun...semuanya cuma mentaliti...mentaliti...tak kira apa pun...aku tak pernah anggap pun semua ni sebab penyakit dan sebagainya...cuma...aku ni memang seorang yang teruk...itu memang realiti...kalau aku ni sebaik2 manusialah...ini diri aku...kenapa aku gagal mengawal diri aku?...

so korang semua tak perlulah nak berselindung...tak perlu nak jaga hati aku dan sebagainya...aku lebih suka pada orang yang berterus terang...semua akan membantu aku untuk mendalami kekurangan dalam diri aku...aku bukan yang terbaik...tapi aku cuba untuk buat yang terbaik...kalaulah "terbaik" yang aku mampu lakukan hanyalah sekadar sampah...disitu dah membuktikan yang aku ni memang seorang yang tak guna...

O.K...stop kat situ...malas nak merepek panjang lebar...nanti korang salah faham...lain pulak jadinya...

Yang ni...respon aku untuk Shakira Nazihah...

1st..aku nak cakap...ya...memang salah aku...aku cepat marah...lebih2 lagi bila dipaksa melakukan apa yang aku sendiri tak ingin lakukan...aku marah dia bila dia tanya aku tentang Qis...apa2 sahaja yang berkaitan dengan Qis...sememangnya adalah perkara yang aku cuba elakkan...tapi bila orang bertanya pada aku...aku tak boleh elak...aku sendiri sedar dengan perkara ni...sebabnya...orang akan kata aku yang salah...sedangkan...hakikatnya telah pun aku ceritakan dalam post2 yang lepas...

Bila aku kata tak nak...samalah maksudnya bila korang kata tak nak...bila aku mengelak...samalah maksudnya bila korang mengelak...aku jarang kata tak nak...aku jarang nak mengelak...bila korang bertanyakan sesuatu yang korang patut tahu dan ada kaitan dengan diri korang...tapi dalam hal ni...aku memang berat untuk ceritakan tentang Qis sebab semuanya hanya akan menaikkan darah aku...dan aku tahu...dengan menceritakan kepada korang tak akan membantu apa pun...

Ada sesetengah perkara yang kita...nak sangat2 tahu...sedangkan perkara tu tak ada kaitan pun dengan diri kita...itu normal...tapi...punca kenapa aku tak nak bagitahu...tak nak ceritakan pada korang tantang Qis sebab aku tahu...korang tak akan faham...dan ramai yang pernah aku beritahu...hanya tahu menyalahkan aku sedangkan aku belum pun lagi sempat untuk menghabiskan cerita...salahkan aku itu ini sedangkan korang tak tahu hujung pangkalnya...

Tanya diri korang...berapa kali sangatlah...aku paksa korang beritahu perkara yang tak ada kaitan dengan diri aku...perkara yang korang memang tak ingin beritahu pada aku...berapa?...Untuk Shakira...kalau tak silap...aku pernah tanya...adakah dia masih anggap aku sebagai abang...adakah dia sayangkan aku sebagai seorang abang...tapi dia tak jawab...dia kata...biar dia seorang yang tahu...dan aku biarkan hak dia untuk merahsiakan...sama la macam Qis...sesuatu yang aku rasa aku tak patut ceritakan pada orang lain sesuka hati...hinggalah aku betul2 bersedia...

Then...pasal call tu...kalau betul pun dia tak boleh nak jawab call tu...kenapa tak deny je?...inform pada aku lain kali...tak kesah la nak inform guna apa...ym...email dan sebagainya...sekurang2nya inform aku...jangan biarkan je...jangan sampai aku fikir yang bukan2...ni tak...dia baru nak ceritakan semuanya lepas aku tulis dalam blog...aku bukan suka2 nak cakap macam tu...tapi aku rasa dihina bila dia dah banyak kali buat macam tu dan tak pernah inform aku kenapa dia buat macam tu...

Aku boleh terima bila dia kata dia bz...tapi yang aku tak boleh terima...cara dia cakap dengan aku...macam nak cari gaduh...sedangkan masa tu aku ni abg dia...sebab tu aku pernah tanya...adakah dia masih menganggapa aku ni abg dia?...adakah dia sayangkan aku sebagai abg dia?...tapi dia tak nak jawab...so...macam2 bermain di fikiran aku bila semuanya jadi sampai macam tu...

Kalau betul pun mak tu tak suka dia bercakap dengan lelaki...adakah ini membolehkan dia bercakap kasar dengan aku?...dengan orang lain?...kalau dia inform aku awal2 kenapa dia buat macam tu...mungkin semuanya tak akan jadi sampai macam ni...inform sendiri...jangan tunggu aku tanya...sebab...dia sendiri sepatutnya dah boleh faham...jangan kata tak ada masa...sebab masa yang aku berikan...bukan sehari dua...tapi berminggu2...aku jarang ada masa sebab aku bz dengan study...aktiviti n sebagainya...

Dan pasal kawan aku kata dia macam2...semua tu bukan dalam tangan aku...dia pun cuma cakap berdasarkan apa yang dia baca ja...aku tak pernah paksa pun dia untuk kata macam tu...aku tak bayar pun kat dia...dan aku sendiri tak suka bila korang bergaduh...lebih2 lagi bila bergaduh pasal aku...korang ingat aku suka ke?...ingat aku seronok bila kawan2 aku berpecah belah?...aku tak seronok langsung...tapi aku tak tahu la kalau korang seronok bila berlaku sampai macam tu...

Kalau korang nak kata aku macam2...dipersilakan...nak hina aku?....dipersilakan...aku terima...asalkan korang ada sebab2 yang melayakkan korang untuk kata sampai macam tu pada aku...dan bila aku bandingkan tahap korang dengan tahap aku...korang fikir balik...korang tak boleh terima bila aku kata yang korang belum matang...dan korang tak mahu terima apa yang akau katakan...pendapat aku...tapi kenapa...bila nak berdepan dengan aku...korang kata...yang aku tak boleh bandingkan korang yang tak sama tahap dengan aku?...sedangkan dulu korang tak pernah nak terima pun pendapat aku...kata2 aku...kerana diri korang tu?

Untuk Zeekay...aku boleh kata...berseronoklah menghina aku...katalah aku dengan apa sahaja yang kau nak kata...cuma satu yang kau patut renungkan...apa yang melayakkan kau untuk kata aku sampai macam tu?...apa yang kau tahu?...kau tahu semuanya dari hujung pangkal ke?...kau baca semua post2 aku yang lepas?...kau faham ke apa yang aku cuba sampaikan?...kalau kau faham...bagitahu aku...apa yang kau faham sehingga melayakkan kau untuk menghina aku?

# - Apa yang aku tulis dalam blog ni...bukan untuk cari gaduh...aku sendiri pun tak suka dengan apa yang aku lakukan...tapi kali ni memang aku betul terpaksa...aku terpaksa cakap semuanya kat sini sebab korang semua tak berani berdepan dengan aku...korang selalu mengelak dari aku...lari dari aku bila aku bertindak untuk merungkaikan persoaalan...itu yang memaksa aku untuk ceritakan semuanya...aku mengaku...aku sendiri bukan orang yang baik...tapi apa yang aku tulis dalam blog ni adalah apa yang aku rasa...apa yang aku tahu...aku bertanya untuk merungkaikan persoalan...aku menulis untuk menenangkan perasaan...andai apa yang aku nyatakan melukakan perasaan...fikirlah sejenak mengapa aku melakukan sedemikan...


0 comments: