My Playlist
Wednesday, November 3, 2010
Cinta Sampai Disini...
Hmnn,
Aku sendiri tidak pasti dengan apa yang telah berlaku dengan hubungan ini, dua tahun dan akhirnya ia berlalu begitu sahaja...
Bukan salah dia, cuma aku yang masih belum bersedia. Besar tanggung jawabnya bila kita menjalinkan hubungan yang rapat dan serius seperti ini...
Dan buat masa ini, aku masih terlalu mentah dalam menjalani kehidupan dengan hubungan ini. Mentah, ego, buta dan bodoh... sesuatu yang paling tepat dan sesuai untuk diri ini...
Aku masih ada benda lain yang harus digapai terlebih dahulu...
Andai dia jodohku, InsyaAllah sampai masanya nanti ianya akan termakbul jua...
Selama hidup aku, biarpun dia sering merasakan dirinya serba kekurangan, namun dialah wanita terbaik yang pernah aku kenali...
Setiap apa yang berlaku, aku yakin pasti ada hikmahnya...
Entah apa lagi yang boleh aku kata, kelu lidah seorang lelaki yang enggan tunduk pada kuasa cinta, lebih dari masa depannya...
Doaku padaNYA, agar dikuatkan kaki ini untuk berjalan di jalan yang sebaiknya, dibukakan mata atas apa yang sebenar benarnya...
Andai kata aku salah, bawalah aku pada kebenarannya...
p/s : Ianya takkan pernah mudah untuk menghadapi semua ini, tidak ada sesiapa yang tahu, dan tidak ada sesiapa yang akan faham... aku bukanlah seseorang yang mudah untuk dijangkakan seperti yang disangka...
Posted by Saiful Hapizudin at 2:20 PM 0 comments
Labels: Life
Tuesday, November 2, 2010
Selamat Hari Jadi Ummi :D
Hmnn,
Semalam 01.11.2010 adalah hari jadi Ummi yang ke-50...
Pejam celik pejam celik... sekejap je masa berlalu...
Selamat Hari Jadi Ummi, semoga Ummi dipanjangkan umur dan sentiasa dimurahkah rezeki. Sayang Ummi sangat2...
Sambutan hari lahirnya disambut dengan serba sederhana tanpa Along dan Angah, tetapi mereka tetap tidak lupa untuk mengucapkan selamat kepada dirinya...
Hmnn, entah kenapa... diri ini tidak pernah mengucapkan sayang itu padanya... walaupun pada hakikatnya, dialah segalanya...
Posted by Saiful Hapizudin at 11:06 PM 4 comments
Labels: Life
Monday, November 1, 2010
Hmnn,
Honestly, i never think that i am ready enough for any serious relationship. Take a look at ME, we all knows that i am just NOBODY...
I was blind before, i never see in myself before i am hoping so much in a serious relationship called LOVE...
Posted by Saiful Hapizudin at 6:28 PM 0 comments
Confused...
p/s : sorry, those past have changed me a lot...
Posted by Saiful Hapizudin at 5:27 AM 0 comments
Labels: Life
Alahai...
Hmnn,
Kadang2 aku sendiri pun tak faham, ada sesetengah pihak membangkang sudut pandangan aku, namun tidak pula menunjukkan apa yang dirasakan perkara yang sebaik2nya daripada sudut pandangan mereka.
Tidak kurang juga mereka yang meminta aku untuk memikirkan jawapannya sendiri, dan sudah tentu apa yang aku katakan adalah sebaik2nya dari sudut pandangan aku yang mentah ini...
Macam mana aku nak nampak silap aku kalau macam ni? Sekadar pandai membangkang sahaja tidak berguna...
Posted by Saiful Hapizudin at 12:17 AM 0 comments
Labels: Life
Wednesday, October 27, 2010
Hmnn,
Mungkin ini untuk aku sendiri, dan mereka yang membaca juga boleh cuba menilainya. Hari ini, aku berdiri, berdiri ditempat yang aku tidak tahu dimana kedudukannya. Hari ini, aku menanti, menanti masa berlalu agar apa yang aku harapkan akan tiba.
Apa yang aku harapkan? kenapa aku sentiasa menanti masa untuk berlalu dan terus berlalu? Hmnn, secara jujurnya, ianya adalah cabaran untuk hari ini. Setiap hari adalah cabaran yang baru, cabaran yang harus kita tempuhi. Aku sudah pun banyak belajar dari masa lalu, yang segalanya akan menjadi lebih baik seandainya kita berani untuk menghadapi.
Cabaran, tidak ada sesiapa yang kata ianya sesuatu yang mudah, sebab itu ianya dikatakan cabaran, sesuatu yang mencabar untuk kita lalui. Ditempat yang tidak seberapa ini aku berdiri, berdiri dengan rasa yang berbelah bagi. Setiap hari aku melihat cermin, melihat diri sendiri, dan melihat mereka yang mampu berlari dihadapan, jauh meninggalkan aku merangkak disini.
Percaya atau tidak, aku bukanlah seseorang yang kuat untuk melalui semua ini, hati aku tak cekal, diri aku mudah dihanyut arus kelekaan. Tapi, dengan siapa untuk aku berharap? perlukah aku berharap? dengan siapa untuk aku meraih simpati? patutkah aku meraih simpati? bila aku meletakkan segalanya dibahu orang lain, tanpa aku sedari, sebenarnya aku cuma membunuh diri sendiri. Membiarkan diri yang lemah ini dijerut sehingga mati...
Tidak ada apa yang mudah dalam hidup ini, jalan yang kita tempuhi sentiasa berlaku. Percaya atau tidak, sememangnya tidak ada apa yang mudah dalam hidup ini. Adakalanya kita tidak sedar, sekecil kecil keputusan yang kita buat, seringan ringan tindakan yang kita ambil, itulah dia perkara yang mempengaruhi hidup ini...
Mungkin disini, aku banyak meluahkan kata, tetapi diluar sana, siapalah aku sebenarnya? hanya mereka yang pernah bertemu dengan aku akan tahu kebenarannya. Aku bukan seseorang yang biasa, aku banyak kekurangannya. Aku tidak ada kata kata untuk menghibur, tidak ada gaya untuk menarik. Apa yang aku ada cuma diri aku sendiri. Orang macam aku ni lebih mudah untuk mati...
Posted by Saiful Hapizudin at 6:32 PM 0 comments
Wednesday, October 20, 2010
Bicara pada diri...
Posted by Saiful Hapizudin at 9:52 PM 0 comments
Labels: Life

