CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

My Playlist


Friday, September 3, 2010

Proton Saga

Hmnn,

Entah kenapa, aku rasa model Proton Saga ni macam menarik lak. Mungkin cukup sesuai sebagai permulaan, Aku suka warna merah =)

Langkah Kehidupan



Ahaaa...

Mungkin aku patut faham beberapa perkara dan mungkin aku dah faham

Mungkin inilah dia hukum hidup ni, bila datang yang baru, kita patut lupakan yang lama

Mungkin aku perlu belajar untuk menolak dan buang perasaan belas kasihan

Kenapa la aku ni lembab sangat untuk memahami semua perkara ni

Mungkin dah jadi lumrah manusia, perlu mementingkan diri untuk hidup

OK, aku akan cuba sesuatu yang baru

Apa gunalah kenangan,, hanya sesuatu yang menyakitkan

Aku tetap mengingati apa yang aku pelajari walaupun aku dah lama tinggalkan kenangan tu

Kenapa perlu aku merangkak sedangkan aku mampu berlari dengan lagak

Ape susah ye tak :)

Thursday, September 2, 2010

Headache...




Hmnn...

HEADACHE. URGHH...

Hmnn,

Hati yang melukakan...



Ughhh... Kali ni... betul2 melukakan... aku tahu betapa sakitnya hati dia... betapa aku melukakan... kesakitan yang aku rasa... takkan sama seperti apa yang dia rasa... aku yang melukakan dirinya... melukakan diriku sendiri... 

p/s : tak perlu bertanya... tak perlu memahami... manusia bodoh seperti aku sepatutnya dibuang sahaja...

Kebenaran Tentang Aku : Cinta



Hmnn,

Suatu ketika dulu, aku seseorang yang tak pernah kenal erti cinta, tak pernah mendalami tentang cinta yang sebenarnya. Entah apa bezanya diantara cinta dan suka, entah apa ertinya bercinta, tanggung jawab mereka yang bercinta...

Hari demi hari berlalu, mula wujud perasaan suka dan minat dalam diri ini, minat pada seorang wanita. Hmnn, hanya minat tak berguna, sampai mati aku pendam segalanya. Bila kaki mula melangkah, hati lupa pada setia, diri hilang kawalannya...

Entah mana jalan yang ku tuju, bila langkah mula terpesong, diri terima balasannya. Aku faham erti ditolak, dan akulah lelaki yang sesat dijalan kekecewaan...

Tak mengapa. Hari demi hari, diri yang sesat kian lupa pada kekecewaan. Mulalah diri seseorang yang mengecewakan. Aku sang kumbang, yang meracuni segala bunga...

Diri lupa pada mereka, mereka yang miliki hati dan perasaan. Diri lupa pada mereka, mereka yang mengharap penuh harapan. Pentingkan diri, seringkali mengecewakan...

Masa berlalu, aku bertemu dia, dia yang muncul penuh kelembutan. Menawarkan cinta yang telah lama diri ini tinggalkan. Aku yang haus dahagakan cinta, dengan bodohnya menerima tawarannya. Sekali lagi diri kecewa, namun masih terlalu mentah untuk memahaminya...

Ketika diri sedang kecewa, muncul dia yang baru menawarkan cinta. Silap langkah gaya dan caranya, terlalu sama dengan si dia. Aku yang enggan kecewa, sekali lagi kembali mengecewakan. Jauh dalam hati, terlalu angkuh diri berkata, takkan aku boleh terjatuh, terjatuh dalam jerat yang sama...

Diri rasa keliru, keliru dengan segalanya. Apa yang  aku lakukan, manakah letak betul salahnya...

Entah mengapa, diri ini masih buta, buta pada kejelitaan wanita. Muncul dia dewi jelita, penuh berbudi lembut tutur bahasa. Lelaki mana mampu menolak, menolak pinangan dewi jelita. 

Pertama kali aku  seakan memahaminya, wujud sayang dalam jiwa, tebalnya kasih pada dirinya. Namun, segalanya dipersia, entah kenapa diri merana, hingga kini aku merasa kesannya.

Bila hari berganti hari, segala sayang entah kemana, janji setia tiada guna, segalanya hanya sia2. Pedih dan seksa, sakit dijiwa bila mati dijadikan alasan perpisahannya...

Bodohnya aku, sentiasa buta pada hakikatnya... merayu rayu bagai nak gila, merayu pada dia yang takkan pernah mendengarnya...

Sedang hati  dalam kecewa, muncul dia dewi setia. Entah mengapa, buta dan bodoh, aku enggan menerimanya. Kasih sayang ditawarnya, rela setia diberikannya, namun aku tetap  sama, bodoh dan buta kerana sakitnya  cinta...

Pelik,  hati mula berlembut, diri cuba menerima kehadirannya. Ternyata, dia memang dewi setia, penuh dengan kasih sayangnya. Tiap hari aku bahagia, bahagia dalam kasih sayangnya...cinta suci dari hatinya...

Aku, mula terasa sayang pada dirinya, mula ketagih  pada kasihnya. Namun sakitnya aku pada cinta, melunturkan diri dari setia. 

Biar, tak terniat dihati melukakannya, namun diri sentiasa melakukannya. Aku bodoh, buta, bukan lagi insan yang setia. Setiap hari aku melukakannya...

Biar dalam kasihku padanya, biar diri faham makna cinta, namun pada hakikatnya... aku sentiasa melukakannya... melukakan dia dewi setia, dewi jelita yang tulus cintanya...

 Aku sentiasa keliru, bodoh dan buta... aku tak faham apa maknanya... tapi pada hakikatnya... aku tak pernah layak untuk dia...


p/s : Aku bukan lelaki setia, aku bukan sebaik baiknya manusia, aku tak layak untuk dicintai... aku tak layak untuk cintanya... tak ada niat untuk melukakan, tapi aku sendiri sentiasa mengecewakan...




 Hitamku - Andra and the  backbone
    

Urghh!!!!

Hmnn,

Orang macam aku memang tak berhak untuk apa2. GAGAL!!! 

Mulai  harini,  aku takkan lagi guna phone melainkan keadaan menjadi lebih baik.

Pergi dari aku atau anda  akan disakiti.

Happy Birthday Adam Hakim




Happy Birthday Ben, Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Semoga berjaya dunia dan akhirat :)

Wednesday, September 1, 2010

Manifestasi Cinta - Fiq






Apakah akan terjadi pada semua
Bila mentari dan sang bumi
Tak lagi saling memahami

Dan cinta yang sedia ada
Pupus sudah segalanya
Hanya tinggal sisa suka duka percintaan

Haruskan aku berdiam membisu
Berdiri membiarkan semua itu

Dan cinta yang sedia ada
Pupus sudah segalanya
Hanya tinggal sisa suka duka percintaan

Haruskan aku berdiam dan membisu
Berdiri membiarkan biarkan semua itu

Engkau nafas hidupku
Kau manifestasi cinta
Engkau nadi jiwaku
Dari detik terulang
Kau rahsia mimpiku

Haruskan aku berdiam membisu
Berdiri membiarkan semua itu

Engkau nafas hidupku
Kau manifestasi cinta
Engkau nadi jiwaku
Kau manifestasi cinta
Engkau rahsia mimpiku
Kau manifestasi cinta
Engkau nadi jiwaku
Kau manifestasi cinta


Sigh

Hmnn,

Baru2 ni aku berbual dengan seorang kenalan, sedang sibuk berbual, seorang kawan kepada kenalan aku ni menyampuk perbualan antara aku dengan kenalan aku ni. Menyampuk kalau nak mengatakan sesuatu dengan baik tak ape la jugak kan, ni dia kata "Itu pun tak tahu ke? tak pernah belajar dekat sekolah?".

*Sigh. Mungkin dia rasa dia dah terlalu sempurna agaknya. Rasa2nya, boleh ke seseorang doktor bedah melakukan kerja seorang engineer kapal terbang dengan menggunakan ilmu pakar bedahnya?. Hmnn, mungkin kita hebat dalam sesuatu perkara, namun kita harus sedar yang kita mungkin lemah dalam perkara lain. Tambahan, jangan terlalu suka menghina dan memandang rendah orang lain, takut nanti memakan diri. Cakap lebih nanti tau naik darah :)


p/s : Jangan mulakan sesuatu jika tak mampu menghadapi kesannya :)