Hitamku - Andra and the backbone
My Playlist
Thursday, September 2, 2010
Kebenaran Tentang Aku : Cinta
Hmnn,
Suatu ketika dulu, aku seseorang yang tak pernah kenal erti cinta, tak pernah mendalami tentang cinta yang sebenarnya. Entah apa bezanya diantara cinta dan suka, entah apa ertinya bercinta, tanggung jawab mereka yang bercinta...
Hari demi hari berlalu, mula wujud perasaan suka dan minat dalam diri ini, minat pada seorang wanita. Hmnn, hanya minat tak berguna, sampai mati aku pendam segalanya. Bila kaki mula melangkah, hati lupa pada setia, diri hilang kawalannya...
Entah mana jalan yang ku tuju, bila langkah mula terpesong, diri terima balasannya. Aku faham erti ditolak, dan akulah lelaki yang sesat dijalan kekecewaan...
Tak mengapa. Hari demi hari, diri yang sesat kian lupa pada kekecewaan. Mulalah diri seseorang yang mengecewakan. Aku sang kumbang, yang meracuni segala bunga...
Diri lupa pada mereka, mereka yang miliki hati dan perasaan. Diri lupa pada mereka, mereka yang mengharap penuh harapan. Pentingkan diri, seringkali mengecewakan...
Masa berlalu, aku bertemu dia, dia yang muncul penuh kelembutan. Menawarkan cinta yang telah lama diri ini tinggalkan. Aku yang haus dahagakan cinta, dengan bodohnya menerima tawarannya. Sekali lagi diri kecewa, namun masih terlalu mentah untuk memahaminya...
Ketika diri sedang kecewa, muncul dia yang baru menawarkan cinta. Silap langkah gaya dan caranya, terlalu sama dengan si dia. Aku yang enggan kecewa, sekali lagi kembali mengecewakan. Jauh dalam hati, terlalu angkuh diri berkata, takkan aku boleh terjatuh, terjatuh dalam jerat yang sama...
Diri rasa keliru, keliru dengan segalanya. Apa yang aku lakukan, manakah letak betul salahnya...
Entah mengapa, diri ini masih buta, buta pada kejelitaan wanita. Muncul dia dewi jelita, penuh berbudi lembut tutur bahasa. Lelaki mana mampu menolak, menolak pinangan dewi jelita.
Pertama kali aku seakan memahaminya, wujud sayang dalam jiwa, tebalnya kasih pada dirinya. Namun, segalanya dipersia, entah kenapa diri merana, hingga kini aku merasa kesannya.
Bila hari berganti hari, segala sayang entah kemana, janji setia tiada guna, segalanya hanya sia2. Pedih dan seksa, sakit dijiwa bila mati dijadikan alasan perpisahannya...
Bodohnya aku, sentiasa buta pada hakikatnya... merayu rayu bagai nak gila, merayu pada dia yang takkan pernah mendengarnya...
Sedang hati dalam kecewa, muncul dia dewi setia. Entah mengapa, buta dan bodoh, aku enggan menerimanya. Kasih sayang ditawarnya, rela setia diberikannya, namun aku tetap sama, bodoh dan buta kerana sakitnya cinta...
Pelik, hati mula berlembut, diri cuba menerima kehadirannya. Ternyata, dia memang dewi setia, penuh dengan kasih sayangnya. Tiap hari aku bahagia, bahagia dalam kasih sayangnya...cinta suci dari hatinya...
Aku, mula terasa sayang pada dirinya, mula ketagih pada kasihnya. Namun sakitnya aku pada cinta, melunturkan diri dari setia.
Biar, tak terniat dihati melukakannya, namun diri sentiasa melakukannya. Aku bodoh, buta, bukan lagi insan yang setia. Setiap hari aku melukakannya...
Biar dalam kasihku padanya, biar diri faham makna cinta, namun pada hakikatnya... aku sentiasa melukakannya... melukakan dia dewi setia, dewi jelita yang tulus cintanya...
Aku sentiasa keliru, bodoh dan buta... aku tak faham apa maknanya... tapi pada hakikatnya... aku tak pernah layak untuk dia...
p/s : Aku bukan lelaki setia, aku bukan sebaik baiknya manusia, aku tak layak untuk dicintai... aku tak layak untuk cintanya... tak ada niat untuk melukakan, tapi aku sendiri sentiasa mengecewakan...
Hitamku - Andra and the backbone
Posted by Saiful Hapizudin at 3:05 AM 2 comments
Urghh!!!!
Hmnn,
Orang macam aku memang tak berhak untuk apa2. GAGAL!!!
Mulai harini, aku takkan lagi guna phone melainkan keadaan menjadi lebih baik.
Pergi dari aku atau anda akan disakiti.
Posted by Saiful Hapizudin at 1:59 AM 1 comments
Labels: Life
Wednesday, September 1, 2010
Manifestasi Cinta - Fiq
Apakah akan terjadi pada semua
Bila mentari dan sang bumi
Tak lagi saling memahami
Dan cinta yang sedia ada
Pupus sudah segalanya
Hanya tinggal sisa suka duka percintaan
Haruskan aku berdiam membisu
Berdiri membiarkan semua itu
Dan cinta yang sedia ada
Pupus sudah segalanya
Hanya tinggal sisa suka duka percintaan
Haruskan aku berdiam dan membisu
Berdiri membiarkan biarkan semua itu
Engkau nafas hidupku
Kau manifestasi cinta
Engkau nadi jiwaku
Dari detik terulang
Kau rahsia mimpiku
Haruskan aku berdiam membisu
Berdiri membiarkan semua itu
Engkau nafas hidupku
Kau manifestasi cinta
Engkau nadi jiwaku
Kau manifestasi cinta
Engkau rahsia mimpiku
Kau manifestasi cinta
Engkau nadi jiwaku
Kau manifestasi cinta
Bila mentari dan sang bumi
Tak lagi saling memahami
Dan cinta yang sedia ada
Pupus sudah segalanya
Hanya tinggal sisa suka duka percintaan
Haruskan aku berdiam membisu
Berdiri membiarkan semua itu
Dan cinta yang sedia ada
Pupus sudah segalanya
Hanya tinggal sisa suka duka percintaan
Haruskan aku berdiam dan membisu
Berdiri membiarkan biarkan semua itu
Engkau nafas hidupku
Kau manifestasi cinta
Engkau nadi jiwaku
Dari detik terulang
Kau rahsia mimpiku
Haruskan aku berdiam membisu
Berdiri membiarkan semua itu
Engkau nafas hidupku
Kau manifestasi cinta
Engkau nadi jiwaku
Kau manifestasi cinta
Engkau rahsia mimpiku
Kau manifestasi cinta
Engkau nadi jiwaku
Kau manifestasi cinta
Posted by Saiful Hapizudin at 3:40 AM 0 comments
Sigh
Hmnn,
Baru2 ni aku berbual dengan seorang kenalan, sedang sibuk berbual, seorang kawan kepada kenalan aku ni menyampuk perbualan antara aku dengan kenalan aku ni. Menyampuk kalau nak mengatakan sesuatu dengan baik tak ape la jugak kan, ni dia kata "Itu pun tak tahu ke? tak pernah belajar dekat sekolah?".
*Sigh. Mungkin dia rasa dia dah terlalu sempurna agaknya. Rasa2nya, boleh ke seseorang doktor bedah melakukan kerja seorang engineer kapal terbang dengan menggunakan ilmu pakar bedahnya?. Hmnn, mungkin kita hebat dalam sesuatu perkara, namun kita harus sedar yang kita mungkin lemah dalam perkara lain. Tambahan, jangan terlalu suka menghina dan memandang rendah orang lain, takut nanti memakan diri. Cakap lebih nanti tau naik darah :)
Posted by Saiful Hapizudin at 3:13 AM 0 comments
Labels: Life
Tuesday, August 31, 2010
Monday, August 30, 2010
Untitled.
Orang kata, kita takkan menyedari akan kehadiran seseorang sehinggalah saat dia meninggalkan kita. Hmnn, entahlah, sejak beberapa tahun kebelakangan ni aku terlalu mencuba untuk menghargai kehadiran mereka yang wujud dalam jalan hidup aku, tapi apa yang berlaku ialah aku menyedari kehadiran mereka sehingga saat aku kehilangan mereka. Aku melayan dari permulaan sehingga segalanya berakhir, siapa yang faham apa yang aku rasa kan. =)
Hmnn, bila semua pihak menyangka mereka adalah yang terbaik dan sentiasa meletakkan segala kelemahan dibahu orang lain, mereka tidak akan nampak kelemahan yang wujud pada diri mereka. Adakalanya, sesuatu yang kita sangkakan kelebihan kita sebenarnya adalah kelemahan kita yang paling besar. Malangnya, walaupun aku menyedari tentang sesuatu perkara, aku tetap melakukan perkara yang tidak sepatutnya dan ini meletakkan segala kelemahan pada diri aku sendiri. Aku sendiri tak faham, andai kata aku hanya memiliki satu peluang untuk membuat pilihan, aku sentiasa memilih sesuatu yang sia2. Mungkin ianya bukan sesuatu yang sia2, cuma aku yang mempersiakannya.
Kita hanya memikirkan kekecewaan kita pada mereka tanpa memikirkan kekecewaan mereka pada diri kita...
Posted by Saiful Hapizudin at 6:18 AM 0 comments
Labels: Life
Sunday, August 22, 2010
Kerana aku juga manusia...
Pieces....
...
...
OK Habis. Im speechless, better left everything UNTOLD since words cant change anything.
Posted by Saiful Hapizudin at 11:03 PM 1 comments
Labels: Life
Tuesday, August 17, 2010
Untiitled,
Aduhai...
Orang selalu salah anggap dengan apa yang aku cuba sampaikan lah...
Semua ni buat aku rasa malas nak ber-blog... Sigh
Pada sesiapa yang memandai2 buat andaian sendiri...
Jangan sangka aku ni sama dengan korang...
Bila aku buat sesuatu, aku tak harapkan balasan selain ucapan TERIMA KASIH ok...
Kalau semua benda nak harapkan balasan, susah la...
Apa pun, aku kata Ben adalah kawan terbaik yang pernah aku jumpa sebab...
Berapa ramai kawan2 aku yang tegur kesilapan aku?
Berapa ramai kawan aku yang menegur sebelum menghukum?
Setiap kali aku buat silap, Ben selalu tegur...
Berapa ramai kawan aku yang tahan dengan sikap aku?
Berapa ramai yang faham kenapa aku buat itu dan ini?
Dia berbeza, tapi tak kira mcm mana pun, manusia tetap ada kelemahannya...
Cuma, corak pemikiran yang membezakan...
Berapa ramai diantara kita yang tidak menyamakan corak pemikiran mereka berbanding orang lain?
Berapa ramai diantara kita yang faham erti ikhlas?
Berapa ramai diantara kita yang faham erti menerima?
Berapa ramai diantara kita yang tidak hanya mementingkan keperluan diri sendiri?
Pernah kita fikir kekecewaan orang lain terhadap kita? atau kita hanya memikirkan kekecewaan kita terhadap orang lain?
Kita tak nampak dimana silap kita.
Aku tanya semua tu pada diri aku, dan korang tanya semua tu pada diri korang.
Kalau aku ada buat salah, apa salahnya menegur?
Dan jangan samakan aku dengan korang. Itu satu kesilapan besar.
Cara kita menilai seseorang mencerminkan siapa diri kita sebenarnya.
Sesetengah pihak hanya menilai dari sudut negatif, apakah mereka buta dari sudut positif?
Posted by Saiful Hapizudin at 1:42 AM 2 comments
Labels: Life
Subscribe to:
Posts (Atom)
