CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

My Playlist


Monday, July 20, 2009

Couple


Hmnn,

Nampaknya si perempuan tu takkan jawab soalan aku, itu pun dah cukup untuk menceritakan perkara sebenar. Lagi pun, aku tak rasa aku inginkan jawapan tu lagi. Ya, he's right, jawapan tu takkan memuaskan, dan sometimes, sesuatu is better left that way than knowing. So, pergi lantaklah kau perempuan, hidup ni berputar, dia akan dapat balik balasannya nanti. Aku nak jadikan ini sebagai titik noktah tentang perempuan tu, aku tak akan apa2 tanpa dia.

Then, Mimia tanya, kenapa semua dah ada couple, well, couple ni, tak selalunya indah, adakalanya, kita akan minta seperti tak pernah kenal erti couple ni. Bagi yang tak pernah kenal erti couple, mesti selalu cemburu dengan meraka yang sudah bercouple ni, tak sedar dan tak nampak keadaan sebenar dunia couple.

Couple ni tidak semestinya indah, tidak semestinya menyakitkan, semuanya bergantung pada keadaan, bergantung pada pasangan tu. Ianya perkara normal jika sekadar bergaduh kecil dengan pasangan, takkan ada apa. Tapi semuanya akan berubah jika salah seorang dari pasangan ni tidak berniat untuk setia ataupun mudah berubah hati.

Bagi yang pertama kali couple, dorang ni biasanya masih mentah, tak tahu apa2, tidak menyedari apa yang bakal mereka hadapi jika memiliki hubungan, mengharapkan segalanya bakal menjadi indah. Tapi tak semuanya akan jadi begitu, ada segelintir golongan yang terlalu mementingkan diri akan merosakkan segalanya.

Bukan sekadar golongan yang mementingkan diri, malah pendek akal, buta dan bodoh. Dah menjadi lumrah, dari apa yang aku nampak dalam hidup aku, 90% daripada orang yang pernah dipermainkan pasangan sendiri akan bertindak untuk melakukan perkara yang sama, mempermainkan perasaan orang lain.

Dalam kepala otak duk fikir nak balas dendam, tanpa menyedari kebodohan mereka sendiri, fikir la, orang lain yang mempermainkan perasaan korang, kenapa orang lain pula yang harus jadi mangsa? , akucakap banyak pun tak guna, sebab mereka ni jenis golongan yang sering menipu diri sendiri. Itulah kebenarannya.

OK la, aku sendiri pun dah beberapa kali couple, dan dah empat kali dipermainkan, dan satu percubaan bodoh untuk mempermainkan. Maaf la, selepas empat kali aku dipermainkan, aku dah belajar banyak perkara, jika ada sesuata yang masih cuba melakukan perkara yang sama, balik je la, cari orang lain kalau tak nak di malukan.

Apa yang aku tahu, ya, pertama kali couple, memang masih terlalu mentah, sedangkan bila dipermainkan secara terang-terangan pun kita masih tak nampak, kita cuba menipu diri sendiri dari apa yang berlaku kerana terlalu sayang, sedangkan si dia sebenarnya tak ada sedikit perasaan pun pada kita. Bila kita menyedari segalanya, kita mungkin akan terasa betapa dalam sakitnya dipermainkan cinta pertama.

Then, bila tiba kali kedua, maybe masa ni kita terasa seperti ingin berhati2, tapi kita tak sedar, pengalaman yang ada masih tak cukup untuk kila lihat segalanya. Kadangkala si dia terlalu hebat berlakon, hinggakan kita tidak menyedari segalanya. Kesakitan yang bakal kita terima tidak kurang sakitnya. HANYA JIKA KITA JENIS YANG SETIA.

Then, kesetiaan tu akan lenyap dimakan masa, biasanya, apa yang tinggal hanyalah dendam, kesakitan, dan rasa tidak puas hati. Kalau kita bukan jenis yang tabah dan mudah hilang pertimbangan, kita akan lebih cenderung untuk mempermainkan perasaan orang lain, satu tindakan bodoh yang tidak kita sedari.

Dan, jika kita tak buat keputusan sebegitu pun, segalanya tak akan sama, mungkin, kita tidak berniat untuk mempermainkan perasaan sesiapa, tetapi kita takkan dapat melayan pasangan kita, sebaik kita melayan pasangan pertama kita. Terlalu banyak perkara yang menganggu fikiran kita untuk bertindak sebegitu. Dan kita akan lebih tertekan, jika si dia sering merungut tentang layanan kita, mahukan itu dan ini yang kita tak mungkin dapat beri setelah berkali2 dipermainkan. Dari situ, akan sukar untuk kita temui apa yang kita harapkan dalam sesuatu hubungan selama ini.

Apa yang aku katakan ni cuma apa yang aku rasa, aku akui, sememangnya aku sering melakukan kesilapan dalam kebanyakan post aku sebab aku menjadikan blog ni sebagai tempat untuk aku meluahkan segalanya. Adakalanya kita terlalu menyikutkan perasaan ketika meluahkan sesuatu yang kita pendam selama ini. Aku dah jadikan blog ni sebagai tempat untuk aku luahkan segala kesakitan sejak dari mula lagi.

Tentang apa yang aku kata, ya, selepas beberapa kali dipermainkan, kita takkan dapat jadi sebaik dulu, itulah apa yang berlaku pada aku sekarang. Lebih2 lagi aku tak dapat terima apabila Qistina tertalu berani untuk mempermainkan soal hidup mati untuk menjadikannya sebagai titik noktah dalam hubungun.

Kadangkala, aku rasa terlalu kecewa dengan diri aku kerana tak mampu melayan Rahaina sebaik mungkin, aku tahu dia setia, tapi aku dah tak macam dulu. Ada beberapa perkara yang aku masih belum berani berikan, korbankan. Aku tahu dia tak gembira, tapi dia masih cuba pertahankan hubungan ni. Itu yang membuatkan aku terlalu kecewa dan tertekan. Kadang kala, nak je aku kata, "Aku tak mempermainkan perasaan orang lain pun dah kira cukup la". Tapi aku tahu, semua tu tak akan membawa apa2 kebaikan, cuma memburukkan keadaan.

Walaupun aku macam ni, tapi aku still tak boleh bersikap terlalu mementingkan diri, perkara tu tak ada dalam diri aku. Kalau dia setabah aku dulu, dia akan terus bertahan, kalau tak, aku akan dikatakan mempermainkan, mempermainkan perasaan, satu perkara yang cuba aku elakkan. Aku tahu, dia takkan faham apa yang aku rasa, dia takkan dapat selami segalanya, segala luahan aku pada dia, hanya akan menimbulkan salah faham dan menyakitkan hati dia. Sebab tu aku tak dapat meluahkan segalanya pada dia.

Sebenarnya, selepas Qis, aku cuma inginkan kebebasan, tapi kehadiran dia memaksa aku menerima segalanya. Aku mencuba sebaik mungkin untuk melakukannya, tapi kadang2 aku rasa segalanya terlalu menyakitkan, Orang takkan pernah nampak, takkan pernah sedar kerana tidak mengalaminya sendiri. Kalau boleh, aku tak nak pun cakap macam ni, tapi hakikatnya, aku tak mahu menipu diri aku, tak mahu menipu orang lain.

Semua yang rapat dengan aku patut dah tahu sebenarnya aku tak suka main msg, aku lebih suka bercakap dari bermain msg. Dan kalau dah dengan dia, mestilah aku rajin2kan diri untuk reply msg, tapi ada kalanya aku akan mendiamkan diri sekiranya aku rasakan sesuatu perkara tu terlalu menyakitkan. Aku rasa berat untuk membebankan kepala aku yang dah sedia membebankan ni.

"Life is quite simple, but we humans insist on complicating it"

Friday, July 17, 2009

Hopeless


Hmnn,

Beberapa hari yang lepas, aku dah cuba buat sesuatu untuk dapatkan kebenaran yang aku cari selama ni. Tapi nampaknye semuanya bakal jadi sia2. Lelaki tu takkan pernah faham dan takkan pernah cuba untuk faham, dia takkan beri sedikit ruang pun untuk aku.

Si perempuan tu pulak, akan terus memalsukan kebenarannya, terus mengelak dari memberitahu kebenarannya pada aku. Aku tak minta apa2 pun, cuma kebenaran, kenapalah susah sangat untuk jawab berterus terang. Aku dah cukup sakit dah selama ni, aku tak kisah pun betapa banyak lagi kesakitan yang bakal aku terima sekiranya dia ceritakan segalanya pada aku.

Ya, dia boleh terus berselindung dari kebenaran, terus memalsukan segalanya, tak ada apa yang aku boleh buat, aku dah tak macam dulu, aku dah hentikan segalanya, dan aku akan lenyap bila dia beritahu aku perkara yang sebenar, tapi kenapalah susah sangat untuk dia buat macam tu.

Apa yang aku dah buat, sampaikan dia buat aku sampai macam ni, apa yang aku dah buat?, apa yang aku tertinggal?, sampaikan dia sanggup berikan kesakitan ni pada aku. Dah hampir lapan bulan, tapi aku still gagal lari dari semua ni, kenapa?, aku mahukan jawapan tu, itu yang terlalu aku harapkan.

Dia boleh cerita itu ini pada orang lain, rekalah sebanyak mana cerita pun, aku dah cukup sakit untuk ambil kisah tentang semua tu. Aku cuma nakkan jawapan, then aku akan terus hilang dari dunia dia. Aku takkan ganggu apa2 lagi. Tapi kenapalah susah sangat untuk jawab semua yang aku tanya selama ni?, aku cuma mahukan kebenaran.

Aku tak berdendam sikit pun, kalau aku nak membalas, aku boleh buat lebih dari tu, lebih dari apa yang aku lakukan sekarang, tapi dia sendiri pun boleh tahu aku jenis yang macam mana, siapa aku sebelum dia buat macam ni pada aku. Aku buat macam2, bukan kerana dendam, tapi kerana aku mahukan jawapan kepada persoalan yang menghantui aku selama ni.

Aku boleh dapat macam2 dengan cara aku sendiri, tapi bukan itu yang aku mahukan, apa yang aku mahukan cuma kejujuran dari dia, dari dia yang menyeksa aku selama ini. Tak ada sesiapa akan faham, hinggalah mereka merasainya sendiri. Aku cuma mengharapkan kebenaran, datz all.

Wednesday, July 15, 2009

Aduhai, tadi masa aku tengah dok sebuk maen game SMACKDOWN VS RAW 2009 aku, boleh lak tetibe je bende tu error. Semak tol, kepala aku ni da la semak, menatang tu gi menambahkan lagi

Riot by Three Days Grace





Hepy Birthday To ME.


Hmnn,

Harini birthday aku, kejap je dah masuk 19. Macam biasa la, takkan ada apa2 yang menarik. Aku pun bukannya kisah sangat, tak mengharapkan apa2 pun. Apa yang aku nak cuma kek, aku suka kek. Hahaha, kompem aku gi beli jakgi.

Memula aku rasa macam nak cheese cake, tapi aku test rasa haritu, bluek! Aku tak suka cheese cake, rupa dan warna je yang menarik, tapi rasa, aduh..tak minat aku. Aku taknak kek coklat, tak minat nak makan kek coklat sebagai birthday cake aku. Biasa sangat.

Then, blueberry cake lak aku dah rasa tahun lepas, takkan nak makan kek sama kot, tak best ah. Ice-cream cake lagi laa, aku da ler tak suka ice-cream, kalo beli dah kompem2 aku tak makan. Entah la, aku pun tak tau, tengok la macam mana nanti.

Hmnn, aku tak da mood sangat sebenarnye ni, macam biasa la, kepala berserabut, hidup aku still rasa kosong. Entah bile la semua ni nak berubah. Lantak la, aku bukannye ape pun. Neway, ni adalah orang2 yang dah wish birday aku buat masa ni. Tak jauh beze pun dengan tahun lepas.

1st, Hasif, awal 3 hari die kat wish aku pasal die da nak pegi sambung study, wish u all the best bro.
2nd, Rahaina, siapa lagi, awek aku ler, keadaan kitorang tengah tak berapa ok pun dia masih wish lagi. Siap bagi hadiah dengan card. Nanti aku tunjuk. Next post la kot.
3rd, Dammia Myra, thanks sbb ingat. =)
4th, Bob classmate aku. Thanks bro, bday ko nanti aku datang sane g pukol ko. Ahaha, joke je.

And yang special sikit dari Mimie, die post dekat blog, aku baru bace tadi, thanks.


# - untuk pengetahuan korang, maxis xde bagi aku free call pun, siot2. pastu celcom aku lak no u-pax, so aku leh aktifkan 8pax aku pada member2 aku yang guna u-pax je la, means, aku cume leh call free member2 aku yang pakai upack je, so far member2 aku yang guna upack dan selalu contact aku cume ika dengan mimie je. Siot2, dapat call free serupe cam tak guna je. So, jangan la nanti ada yang kata aku tak ingat member lak, bukan taknak call, tapi tak boleh. Datz all.

Sunday, July 12, 2009

Mimie Dedicate This Song To Me.

You Are Not Alone By Michael Jackson



# - Thanks Mimie

Untitled.

Hmnn,

Maybe aku silap, silap tentang beberapa perkara, net, n real, sememangnya jauh berbeza. Net, sememangnya fake. Net ialah net, tak akan jadi realiti tak kira apa pun.

Lebih baik aku focus pada life aku, real life. Lagi beberapa hari je ni, tak sabar lak aku. Semua kawan real aku dah bz dgn study, dah tiba masanya untuk aku jadi macam dorang.

Aku nak rest dari semua kepenatan ni, penat! penat dengan kawan2 aku yang selfish. Aku tak wujud bagi dorang, so ada baiknya aku lenyapkan dorang dari hidup aku. Baik tak ambil tahu dari terus sakit hati dan terasa sendiri.

Kadang2 aku rasa macam loser lak, yela, dulu aku pernah korbankan masa aku dengan real fren aku semata2 untuk bersama dorang padahal aku bukan tak ada kawan real pun. Korbankan masa untuk korang yang tak pernah hargai aku pun. Bongok tol aku.

Aduh, cuti 2 bulan ni lama sangat, siot tol poli, cuti tak sama dengan IPT lain. Aku dah lama tak lepak. Budak2 balik baru ade geng lepak. Semak2!.

# - aku maksudkan orang2 tertentu je, takde kene mengena jangan pandai2 nak terasa lak.

Friday, July 10, 2009

Kawan


Hmnn,

"What does a friend really want from his/her friend?"

soalan ni aku hantar melalui mesej secara rawak pada kawan2 aku dan kalau korang nak tahu, diantara ramai2 yang aku tanyakan soalan tu, hanya mimie sorang je yang jawab, hanya mimie sorang je yang buat aku faham. Thanks mimie.

Entah la, aku still kabur dengan peranan seorang "kawan" dalam hidup aku sekarang ni. Mimie dah buat aku faham, tapi aku masih tak puas hati selagi bukan dorang sendiri yang jelaskan. Entah ape la maksud seorang "kawan" bagi orang sekarang ni ye, kalau aku tanya karang, mesti mimie sorang je yang jawab.

Entah la, dalam hidup aku sekarang ni, aku cuma nampak beberapa orang kawan je yang betul2 rapat dengan aku. Aku tak tahu la, maybe disebabkan aku, n maybe disebabkan dorang, mungkin jugak semua ni cuma perasaan aku je. Tapi apa yang aku nampak cuma 4 orang ni je.

First, Ben(Adam), walaupun aku dengan dia dah jarang contact, tapi aku still nampak dia sebab diri dia yang aku kenal. Aku suka cara dia, dan dia dah banyak mengajar aku dalam pelbagai perkara. Aku hormat dia macam seorang abang dan seorang kawan. Overall, aku memang suka cara dia dan apa yang paling penting, aku tak pernah jumpa kawan lelaki sebaik dia.

Second, Mimie, aku suka panggil dia Mimie, nampak lebih rapat, aku tak boleh panggil dia sis sbb aku dah biasa panggil dia Mimie. Dalam ramai2 kawan aku, dia yang paling ramah dan caring, adakalanya kata2 dia buat aku nampak dan faham banyak perkara. Aku suka sikap dia, cara dia, kadang2 buat aku terfikirkan beberapa perkara. Overall, aku sangat menghargai dia sebagai seorang kawan, aku seronok mengenali dan dapat berkawan dengan dia, aku hormat dia sebagai seorang kakak, Mimie, thanks sgt2.

Third, Dammia Myra. Aku tak tahu kenapa, tapi dia ni tak pernah lupa untuk terus contact aku sebagai kawan dia. Dia tak macam orang lain, sama macam Mimie, takde la sampai asek2 aku je yang nak contact dia, dia sendiri pun kadang2 contact aku. Aku hargai tu. Overall, aku suka berkawan dengan dia, walaupun ada sesetangah perkara yang aku tak dapat faham tentang diri dia.

4th, Ain, ahaha, dalam ramai2 kawan2 aku, dia ni antara yang paling ceria, aku pun tak faham dengan sikap dia ni, pelik2 je semua. Aku suka dengan sikap dia. Tapi dah jarang contact pasal masaalah aku. Aku banyak sangat probs sampai tak contact dia ni. Walau macam manapun, aku still seronok dpt bekawan dgn dia.

Hmnn, pada yang aku tak sebut tu, maaf la, aku bukan tak hargai korang, tapi adakalanya aku rasa macam jauh sangat dengan korang. Kadang2, aku rasa macam korang tak perlukan aku pun dalam hidup korang. Ada jugak yang aku rasa tak rapat sebab jarang contact, aku tak contact korang, korang pun takkan contact aku sampai bila2, nak buat macam mana kan.

Apa yang aku cakap ni, semuanya tentang kawan2 yang aku rapat melalui net, aku takkan cakap pasal kawan2 real aku di atas sebab2 tertentu, sensitif. Aku tak tahu kenapa, terlalu susah untuk jumpa kawan lelaki sebaik Ben sekarang ni, terlalu susah untuk cari kawan seperti Mimie, Myra dan juga Ain. Aku tak tahu apa yang tak kena. Aku cuma lakukan apa yang aku mampu, selebihnye terpulang pada dorang. Cuma, kalau aku ada buat salah, tegur2lah, jangan jadi macam Kyra, dah teruk baru nak cakap itu ini. Aku tak nak sia2 kan sesuatu hubungan tu. Datz all.

Im Back.

Hadoai,

Ahaha, tak sampai sebulan dah balik balik kat sini. Nak buat macam mana, aku rasa macam aku masih ada sebab untuk terus kekalkan blog aku ni. Dah banyak yang aku luahkan dekat sini dan blog ni dah memang menjadi tempat luahan isi hati aku. Tak ada sebabnya aku nak tinggalkan blog ni sebab orang lain.

Rasanya, aku akan cuba teruskan blog ni selagi masih ada yang kisah. Aku sayang blog ni, blog ni dah menyimpan banyak kenangan aku. Tempat aku luahkan segalanya sesuka hati aku. Tak de nak tapis2. Bahaya gak tabiat aku ni kalau aku teruskan tak menapis luahan hati aku dekat blog ni.

Dalam beberapa hari ni, banyak perkara yang bermain difikiran aku. Sampaikan kadang2 aku lost dengan mainan fikiran aku sendiri. Dalam beberapa hari ni jugak aku dah nampak beberapa perkara yang menyebabkan aku kembali pada blog ni.

Tindakan aku cuba meninggalkan blog ni dah menyebabkan aku terlepas beberapa perkara. Tapi tak apa lah. Tak penting pun, bukannye ramai yang kisah. Aku akan cuba biasakan dengan semua ni.

# - entah apa2 la kau ni pol, tak tetap pendirian. Wakakakaka...

Wednesday, July 1, 2009

Good Bye...


Hmnn,

Arini aku demam lagi, sekali lagi hidung aku ni jd paip air. Tak tahu la kenape, tp aku rase macam kerap sgt lak aku demam ni. Neway, ni bukan apa yang aku nk ckpkn sgt.

Harini aku dah selesaikan sesuatu yang membuatkan aku rasa sedikit bebas dari dunia net ni. Aku dah tak terikat dan buat masa ni, aku rasa aku nak lenyap dari semua ni.

Dah tiba masanya untuk aku terima segalanya, I am nobody. Biarpun dalam real mahupun net. Aku cuma seseorang yang tak seberapa. Tak ada apa2 pun pada diri aku ni.

Dah tiba masanya untuk aku tinggalkan segalanya. Aku nak tumpu pada sesuatu yang real. Sesuatu yang boleh aku banggakan. Sesuatu yang mampu buat orang lain nampak wujudnya aku.

Aku cuma angin, yang bertiup hanya seketika dan hilang untuk selamanya. Aku tak cuba untuk memenangi hati sesiapa, aku cuma cuba untuk melakukan apa yang sepatutnya.

Dah tiba masanya untuk aku terima kembali segalanya, dah tiba masanya untuk aku lalui segalanya seperti dulu. Lalui segalanya seperti yang tidak pernah orang lain tahu.

Maybe just for a while and maybe not...

no one will ever care...


Dear friends, just a simple word, Thanks and Good Bye...

Pieces by Sum 41