CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

My Playlist


Thursday, July 22, 2010

Realiti - Ini Kisah Aku.






Hmnn,

Aku ingat lagi, beberapa tahun yang lepas, bila subjek Sains dan Matematik di tukarkan kepada Bahasa Inggeris. Rasanya, memang aku tak boleh lupa kot. Bacth pertama untuk P&P subjek tu ditukarkan kepada Bahasa Inggeris. Mana nak lupa, masa tu aku sepatah haram pun tak faham apa Bahasa Inggeris ni. Yelah, aku dibesarkan dengan Bahasa Melayu 100% dalam hidup aku. Dah tu, nak baca buku memang bukan hobi aku, anak lelaki bongsu, sebelas tahun bongsu, manja dari segi mentality, setiap apa yang aku buat, aku terima dorongan semangat dari keluarga aku walaupun aku tidak dimanjakan dengan harta benda sejak kecil. Jadi faham2 jelah kan, memang dari segi mentality aku ni lambat matang. Haha, masa tu, memang aku rasa hidup ni susah, pergi sekolah, cikgu bagi tugasan, sepatah haram tak faham. Sampaikan aku kena tanya rakan sekelas, "Mat, cikgu ni suruh buat ape aaa?", Ahaha, nak tahu ape jawapan yang aku dapat? ni dia "Bodoh la kau ni! Itu pun tak faham ke?" dan kemudiannya terus dibiarkan dalam keadaan tidak memahi apa2.

Ianya berlarutan sampailah aku habis tingkatan dua, tapi dalam tempoh tu, macam2 yang aku hadapi. Cikgu suruh aku buat karangan Bahasa Inggeris, nak tahu apa yang aku buat? Aku bagi dia karangan ROJAK, mana2 perkataan yang aku tak tahu, aku akan tulis macam ni, "My name is Ahmad Saiful Rijal bin Hapizudin, i am 13 years old, i have two "abang" and "seorang" little sister" (ahaha, aku sendiri pun nak gelak bila ingat ni). Tapi tak ada la sampai macam tu, aku bagi contoh je tu, beberapa perkataan yang aku tak pernah dengar atau tak dapat fikirkan baru aku buat macam tu. Memang teruk la mase tu, banyak betul gelung merah dekat kertas karangan tu XD. Tapi kesan jangka masa panjangnya, tengok la, Bahasa Inggeris tak jadi masaalah sangat bagi aku sebenarnya, cuma aku perlukan keyakinan diri yang lebih untuk menjadi lebih baik. Sekarang ni, kedua2 subjek Sains dan Matematik ni dah ditukarkan balik ke Bahasa Melayu, aku rasa penggunaan Bahasa Inggeris untuk kedua2 subjek ni harus dikekalkan, ianya memberi kesan positif untuk jangka masa panjang.

Aku pun tak tahu mana yang lebih baik sebenarnya, dan aku tak salahkan mana2 pihak. Memang bangsa kita sukar menerima perubahan, tetapi sepatutnya, pihak pihak tertentu juga perlu menjelaskan dengan lebih terperinci mengapa sesuatu perubahan ini dilakukan. Disebabkan amalam kotor segelintir pihak, rakyat menjadi mangsanya. Entah la labu. Apa pun, dalam keadaan sekarang, aku masih rasakan betapa rendahnya kedudukan aku berbanding orang lain, aku tidak membandingkan diri aku dengan orang yang lebih lemah, sebaliknya membandingkan diri aku dengan mereka yang lebih baik dari aku, dari situ akan wujudnya satu sifat iri hati yang boleh membawa kepada dua keadaan. Yang pertamanya sifat dengki yang mendorong diri kita untuk menjatuhkan seseorang, dan yang keduanya ialah sifat iri hati yang membuatkan kita terus berusaha sebaik mungkin untuk mencapai tahap yang diinginkan. Bergantung kepada diri kita untuk menentukannya, secara jujurnya, aku sendiri pernah berada didalam kedua2 situasi.






Masa kian berlalu dari hari ke hari, semakin banyak perubahan yang berlaku dalam hidup ni. Perubahan ni bukanlah sesuatu yang dapat dielakkan, ianya diluar bidang kuasa kita, kita sendiri berubah tanpa kita sedari. Banyak perkara yang aku pelajari dari hidup ni, ianya sedikit sebanyak memberi sedikit kematangan pada diri aku. Kadang kala, bila aku lihat seseorang yang lebih lemah, aku rasa simpati, dan aku akan cuba bantu. Adakalanya, niat dihati kita baik, tetapi apa yang kita lakukan adalah sebaliknya disudut pandangan orang lain. Sebab tu kita sesama manusia memerlukan diantara satu sama lain, duduk sama rendah, dan berdiri sama tinggi. Setinggi mana pun kita, jangan dilupa asal usul kita, aku tak pandah rendah pada mereka yang lebih lemah berbanding aku melainkan mereka yang memintanya.

Pernah berlaku, masa aku sem 1, Lect suruh budak2 kelas perbetulkan jawapan ujian, ramai sangat yang dapat markah rendah, hanya 4 orang yang berjaya dapat markah yang baik. Masa tu, seorang pun tak tahu siapa keempat2 orang tersebut. Dari enam soalan, lect membincangkan satu persatu. Untuk soalan pertama, awal2 lagi aku dah salah. Pergh, masa tu aku memang diam je la, dah salah kan, nak buat macam mana, memang aku tak tahu pun jawapan untuk soalan tu (walaupun soalan 1 ni macam biasa la, soalan senang). And then ada budak kelas aku ni dapat jawab dengan betul, 2 orang je. Dorang kata, "Fulamak, betul la, bijaknye kita kan" (cakap sampai 1 kelas boleh dengar). Aku pun diam je la, dah jawab salah la katakan. Soalan satu tu banyak anak2 soalan, ada jugak yang aku jawab betul, tapi aku diam sebab dari awal dah salah, dalam hati tuhan je tahu betapa bengangnye aku dengan budak2 yang suka menunjuk ni. 

Masuk soalan dua, budak2 yang suka menunjuk2 tadi mula jawab salah, ahahaha. Tapi aku pulak lain, start dari soalan dua, sampai soalan last, semua jawab betul (aku sendiri pun pelik dengan diri aku, soalan senang jawab salah, soalan susah dapat lak jawab >.<). Masa tu, entah kenapa aku tak dapat kawal perasaan bengang dengan budak2 yang suka menunjuk2 tadi, memang setiap kali cek jawapan aku dapat betul je, aku saje cakap dengan kuat "Fulamak, betul lagi. Pul, kau ni memang bijak la" >:]. Budak2 tadi dah senyap, lect pun senyum je. Lain kali jangan suka nak menunjuk2, lebih2 lagi dengan orang macam aku. Aku ni jenis suka bagi orang makan balik tindakan negatif dorang, bila kena part aku makan balik tindakan negatif aku, memang padan la dengan muka aku. Tapi aku takkan bangga kalau aku tak jujur dengan diri aku, contohnya kalau aku meniru, dapat 100% pun aku senyap je, sebab aku tahu mana letaknya diri aku. Sesiapa budak kelas aku yang baca ni, yang aku cerita tadi tu untuk subjek Sains apekebende entah, aku lupa, subjek sem 1.

Tapi aku tak pernah meniru sampai la sem akhir, sem akhir ni aku tak dapat focus banyak perkara sebab final projek. Final projek ni, satu kumpulan 3 orang, dan macam biasa la, aku ni memang tak suka kerja kumpulan sebab aku susah nak meletakkan harapan pada orang lain. Bila satu kumpulan 3 orang, projek pun kenalah buat projek yang bersesuaian dengan penggunaan akal 3 orang. Malangnya, team aku ni, sorang pun tak boleh harap, si A ni bila aku minta pendapat je, dia akan kata "Entah la. aku pun blur lagi ni". Si B lak, bila aku tanya pendapat dia "ko ada apa2 idea nak tambah tak ni?", kemudian dia tanya aku balik "Idea ko ape?" (walaupun dari mula aku dah bagi banyak idea). Bila bab membuat kerja lak, lagi la, Final report, dorang kata dorang boleh buat, dari 6 syarat wajib yang perlu dibuat, dorang buat satu je, itu pun "Copy & paste" orang lain punya. Selebihnya serah pada aku. Pembelian komponen, penyenaraian komponen dan kajian tentang projek dah tentu2 aku kena buat, idea aku, ajak dorang ni karang, tak habis2 tunjuk muka blur. Minta tolong beli barang, ada je alasan, and then ungkit duit minyak. Ingat aku ulang alik KL ke Sabak Bernam guna air liur ke?. Ramai yang jadi saksi untuk cerita aku ni, even lect sendiri tahu masaalah ni, tapi dia enggan masuk campur.








Di sebabkan kepala aku beban dengan projek untuk sepanjang sem, semua yang aku belajar dalam kelas susah nak masuk. Dan sebagai jalan penyelesaian, terpaksa la aku gunakan toyol (meniru la) masa exam. Aku focus pada apa yang aku rasa bakal masuk, and then aku tulis atas kertas, bawak masuk masa ujian dijalankan. Aku ni pakai toyol lain macam sikit, orang kata, kalau pakai toyol, buat la macam pakai toyol. Bila aku guna benda alah tu, markah test aku tak pernah kurang 4/5 dari markah penuh. Rilek la, bukan aku seorang yang guna toyol ni,ramai lagi, yang tak bawa toyol lak, sebuk minta jawapan dari orang sebelah. Dan macam biasa, bila pakai toyol, tak ada rasa membanggakan pun, rasa kecewa adalah, sebab aku yakin yang aku tak sepatutnya buat macam tu. Final Exam, aku tak pernah guna toyol, masa tu, semua bergantung pada daya usaha sendiri, yelah, exam dalam dewan, pengawas peperiksaan untuk satu tempat paling sikit pun 4 orang, kau toleh sikit je kene sound. Tapi syukurlah, semua subjek yang ada final exam aku tak pernah tak dapat 4 flat melainkan Sistem Elektronik Sem 1, masa tu kepala habis dungu, Lect ajar sepatah haram tak boleh masuk. Bila kita berjaya dengan hasil usaha yang jujur, kita akan rasa begitu puas hati, berbanding mereka yang meniru, sebab mereka yang meniru ni hanya akan rasa lega sebab tak perlu repeat. Aku pernah berada dalam kedua2 situasi. Sebenarnya, jika kita berusaha dengan bijak sebaik mungkin, kita tak perlukan pun toyol2 ni. 








Heh, hidup aku ni, banyak kelemahan. Aku pernah couple dengan orang yang aku baru kenal seminggu. Yang ni cerita tentang kali pertama aku couple. Memang bodoh habis la katakan, dan akibatnya, aku dipermainkan hidup2. Tapi ada yang lebih menyakitkan, waktu bersama dengan Nurqistina Athirah, ahahahaha. Sampai sekarang aku benci dengan orang yang bernama Nurqistina Athirah ataupun nama yang seakan2 dengannya. Walaupun aku faham, setiap manusia dilahirkan berbeza, tapi aku masih rasa tak selesa dengan orang yang memiliki nama tu. Haha, macam apa yang Ben pernah cakap, couple ni, jangan libatkan "seks" nanti kita yang sakit. Yup, hubungan aku dengan Qis ni sememangnya ada sedikit sebanyak berkaitan dengan "seks", tapi tak pernah sampai ketahap "main" tu. Bila kita mulakan sesuatu berkaitan dengan "Seks" ni, kita akan mula addict, jadi aku ingatkan, jangan sekali2 libatkan "Seks" dalam hubungan selagi dia belum menjadi pasangan hidup kita yang sah. "Seks" ni boleh dikawal. tetapi ianya sukar, setelah sekian lama hubungan aku dengan Qis berakhir, baru aku berjaya mengawal sedikit sebanyak perkara2 berkaitan "Seks" ni.

 "Seks" luar nikah ni kan haram dalam Islam, kenapa perlu kita dekatinya? sebenarnya, aku sendiri sakit hati bila melihat berita tentang kes buang anak dan sebagainya. Ianya tidak seharusnya dipersalahkan pada sebelah pihak sahaja, mereka yang melakukan, merekalah yang seharusnya dipertanggung jawabkan. Jangan tunding jari pada orang lain, lihat jauh keadalam diri kita, dan kita yang hanya mendengar, jangan memandai2 membawa cerita dan fakta sendiri. Kita tak tahu kebenarannya. Aku tak takut untuk ceritakan kebenaran ni, inilah dia antara kisah hidup aku, aku mempelajari sedikit sebanyak daripadanya, aku serahkan pada pembaca untuk menilai diri aku. Tapi tolonglah fokuskan apa yang cuba aku sampaikan. Aku pun manusia, melakukan kesilapan, menerima hukuman dan mempelajari pengajaran darinya.








Dan tentang kejujuran dan belas kasihan, kita boleh bertindak jujur, kita boleh amalkan belas kasihan, tetapi haruslah berpada2. Dunia ni takkan jujur dan takkan mengasihani kita. Aku tak mampu berkata banyak tentang ni, tapi itulah yang aku tahu. Jika kita sentiasa mengasihani orang lain, siapa pula yang akan mengasihani kita? tinggalkan sedikit sebanyak belas kasihan untuk diri sendiri. Kita boleh bertindak jujur, tetapi kejujuran itu yang akan membunuh kita. Hidup ni bukan pentas drama, setiap babak tidak dapat diulang, namun kita harus pandai berlakon bagi menempuhi kehidupan seharian kita. Jangan terlalu banyak memberi, kelak akan memakan diri, namun janganlah juga kita menyakiti, setiap tindakan akan ada balasannya nanti :)

Dalam berkawan, aku dah jumpa berbagai jenis manusia, ada yang jujur, ada yang setia, ada yang tabah, ada yang sabar, ada yang bermuka2 dan sebagainya. Memang dulu aku mentah, aku cuba hargai segalanya tanpa menyedari akan hukum dunia. Datang dan pergi, inilah adat dalam hidup ini. Setiap mereka yang hadir, pasti akan pergi suatu hari nanti. Buat masa sekarang, aku meletakkan segala kesilapan pada diri aku. Namun, itu tidak bermakna mereka tidak bersalah. Apa yang aku lakukan sekarang, aku hanya lakukan apa yang seseorang kawan akan lakukan. Tidak lebih dari itu, aku cuba membantu seandainya mereke memerlukan, seandainya aku mampu untuk memberikan. Jangan salah faham dengan segala yang aku lakukan. Dan aku semakin bersedia untuk dilupakan. Berdasarkan pengalaman, mereka akan pergi setelah memiliki sesuatu yang baru, pergi meninggalkan yang dulu jauh dibelakang dan terus melupakan. Hidup untuk memberi, dan jangan harapkan balasan. 

Wahh! Banyak dah cerita, apa2 pun, inilah sedikit sebanyak tentang diri aku. Aku bukan yang terbaik, namun aku tak mahu jadi yang sebaliknya. Kita mampu berusaha, namun bukan kita yang menentukan segalanya. Sebenarnya aku tak ada nak sampaikan apa2 pun, aku hanya ceritakan sedikit sebanyak tentang hidup aku. Dan kalau nak diikutkan, aku pernah menyesal sebab pilih jalan dimana aku berada sekarang ni, namun, sekarang ni aku lebih yakin dengan apa yang aku miliki sekarang. Allah dah menjanjikan rezeki kepada setiap hambanya. Lagipun, aku menerima dorongan sedikit sebanyak dari orang2 dalam hidup aku. Aku dah ditakdirkan untuk melalui jalan ni, jadi jalan ni lah yang perlu aku lalui dengan tabah. Aku akan terus berusaha untuk mencapai matlamat aku, AKU NAK JADI LECTURER dalam bidang electrical ni.



p/s : Ini kisah hidup aku, aku ceritakan sedikit sebanyak daripadanya. Tak kira apa pun, aku hanya manusia, takkan pernah lepas dari salah dan silap. Sekadar berkongsi realiti, terima aku seadanya mahupun pergi jauh dari aku buat selamanya, bukanlah didalam tangan tangan aku. Anda yang menilai, anda yang menentukan, seandainya aku tersalah kata, berilah teguran agar aku menyedarinya. Thanks for reading.



Note : Aku tak bape sehat. Taep ni pun dalam keadaan pening...

1 comments:

Lily said...

E'pol ni independent eh (: Go go chaiyok future lecturer! x3