CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

My Playlist


Thursday, July 15, 2010

I am totally not involved.

Dear friend,

Aku tak tahu apa yang berlaku diantara korang semua, dan apa yang aku tahu pun, sekadar tempias dari cerita yang sebenarnya. Aku takkan back up sesiapa, dan kalau aku bersuara pun, aku takkan pandang pada sebelah pihak sahaja.Perkara ni pun, bukan life aku, aku cuma ambil berat tentang kawan2 aku. Jika keadaan memerlukan, barulah aku akan bersuara.

Aku sendiri pun bukanlah sebaik mana, aku cuma cakap berdasarkan apa yang aku rasa betul. Kalau aku salah sekali pun, apa salahnya memperbetulkan ye tak, janganlah hanya tahu menghukum sahaja, kita sesama manusia sentiasa melakukan kesilapan, dan kita bukan tuhan untuk menentukan pembalasan. Manusia sukar menerima tekanan, kekerasan haruslah dielakkan, bukan sahaja fizikal, malah kekerasan mental melainkan jika keadaan memerlukan.

Apa pun, semoga semuanya dapat diselesaikan dengan baik, aku faham dengan perasaan tidak puas hati selagi sesuatu perkara tidak diselesaikan. Lakukanlah apa yang sepatutnya. 

p/s : ada yang sering menceritakan betapa mereka tidak mempercayai aku tanpa menyedari yang aku langsung tidak mempercayai mereka.


0 comments: