CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

My Playlist


Friday, June 18, 2010

Mengimbas Memori...

 
Hmnn, 

Bila dalam keadaan macam ni, aku selalu kenangkan balik perkara2 lama, tengok gambar, mesej, dan sebagainya. Bila aku lihat, bila aku baca, macam2 yang bermain difikiran, banyak kenangan, ada yang pahit. ada yang manis.

Aku tengok balik gambar aku dan kawan2 sekolah aku, macam2 yang aku kenangkan, seronoknya zaman tu. Paling banyak kegembiraan, pergi mana2 dan buat apa sahaja  dengan kawan. Memang kelekaan tu yang buatkan aku gagal hari ini, tapi itulah saat gembira dalam hidup aku.

Lepas teringat tentang sesuatu, datang lagi kenangan tentang cerita lain. Aku ingat lagi, masa aku tingkatan satu, masa tu P&P subjek Math dan Sains baru je ditukarkan kepada Bahasa Inggeris, aku bach pertama. Masa tu, satu apa pun aku tak faham, aku tak faham satu apa pun Bahasa Inggeris. Masa tu, aku selalu kena tanya budak kelas aku, "Cikgu tu suruh buat apa?", "Cikgu tu nak apa?", "Cikgu tu kata apa?", dan selalu je aku kena dengan budak kelas aku, "Bodoh la kau ni!, itu pun tak faham ke?".

Masa tu, cuma Afa sorang je yang selalu ajar aku, orang lain semua hina2 aku. Tapi Kalau nak dikenangkan, Afa banyak berubah sejak dia bercouple, sampailah sekarang, langsung dah tak pernah contact dengan aku, kalau tak dulu, dia la kawan baik aku. 

And then Fasha, dia pun banyak beri nasihat dan pertolongan pada aku, sampaikan kadang2 aku anggap dia macam abang aku. Tapi nak buat macam mana, disebabkan dia berhutang dengan aku, hubungan menjadi kian renggang. Memang aku tak pernah minta, tapi dia sendiri yang menjauhkan diri.

Dulu ada Sath, Afa dengan Fasha memang anti dengan dia ni, aku pun tak tahu kenapa, mungkin sebab sifat perkauman. Sath pun satu, masa tu selalu buat benda yang bukan2, sampaikan meragut pun ada. Disebabkan perkara macam tu, aku malas nak bergaul rapat dengan dia lagi.

Nak diceritakan lagi, hmnn, aku ni memang bukan jenis banyak cakap, sejak kecil lagi, kalau aku tiba2 masuk air dan banyak bercakap, tandanya ada sesuatu yang tak kena la tu. Ramai lagi kawan2 aku yang dah tak ada, Faiz, Najmul, Syafik, dan lain2. Kalau ada pun, semuanya dah berubah sejak bawa haluan sendiri, sambung belajar.

Hmnn, kemudian aku nampak gambar adik angkat aku yang pertama, Nadia. Dulu dia rapat dengan aku, masa tu aku tak pernah couple pun lagi, tapi sejak aku couple, hubungan aku dengan dia kian renggang. Aku kadang2 ada juga ternampak dia, tapi dia dah banyak berubah, dah besar dan pandai jaga diri sendiri.

Kakak angkat pun aku pernah ada, tapi yelah, aku berkawan atau jalinkan hubungan bukan semata2 untuk menjadi tempat mengadu masaalah. Bila ada masaalah datang, bila senang, entah mana2 la. So sekarang ni aku malas nak ada kakak angkat ke, ape ke, segala2 yang angkat la katakan.

Antara benda yang aku  xboleh lupa, SB, member2 SB, aku mula kenal dengan dorang pun sebab ex aku, Hani, adoi, semua orang tahu aku bodoh2 je kena main hidup2 dengan si Hani ni. Ye lah, permulaan couple, habis buta tuli aku jadinya.  

Dengan member2 SB, aku paling rapat dengan Adam dan Mimie pada satu ketika dulu. Sekarang ni entah la, aku sendiri pun tak tahu. Dulu seronok, masa tu cara aku pun lain, tak ada marah2, tak ada sikap cemburu dan sebagainya. Sekarang ni aku dah banyak berubah. Banyak kenangan SB, Fa, Qilot, Dianza, Mangga, Juna, Koko, Myra, Kak Anis, Kak Leez, Apple, Ili, Ina, Fatin dan lain2. Hmnn, Fatin, entah macam mana la dia tu sekarang, last contact aku pun dalam tahun lepas kalau tak silap, dia bagitau yang dia nak bercuti dimana entah, aku lupa, overseas, lepas tu terus senyap sampai sekarang...

Ada jugak kawan2 lain yang aku kenal secara online macam Ain contohnya. Hmnn, nak diceritakan kenangan aku, sampai bila pun tak habis agaknya. Hidup ni cuma sekali je, itu pun belum tentu lama, aku harus terus pandang kehadapan, dan berusaha untuk mencapai sesuatu yang lebih baik. Ada orang kata, buat apa nak dikenangkan cerita lama, tapi bagi aku, itulah dia warna warni hidup aku, baik pahit mahupun manis..

Apa2 pun, aku doakan mereka semua berjaya dalam apa jua yang mereka lakukan. Biasa la manusiakan, sentiasa berubah... aku rindu mereka, dan semua kenangan bersama mereka...

Datz all...


Aku pernah lukiskan ni untuk Aina dengan menggunakan Doodle...

0 comments: