CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

My Playlist


Monday, June 14, 2010

Aku anti sikap gedik dan perasan.



Hmnn

Ada sesetengah orang yang kenal aku, yang pernah jumpa aku, kata aku seorang yang sombong dan berlagak.

Ok la, benda dia senang je, aku bukan nak sombong atau berlagak tak kena tempat.

Aku berlagak dengan orang yang berlagak, dan aku sombong dengan orang yang sombong.

Dan antara salah satu sifat aku, aku benci sikap mengada-ngada dan gedik.

Aku memang anti habis dengan sikap-sikap macam ni.

Perasan bagus, perasan hebat, dan segala2 perasan yang berkaitan dengan gedik, mengada-ngada, menunjuk-nunjuk dan sebagainya.

Aku bukan sombong atau berlagak, orang tegur aku balas, cuma aku malas nak layan dengan mereka2 yang bersikap macam tu.

Lebih2 lagi mereka yang sombong, gedik, mengada-ngada dan perasan tak kena tempat.

Kalaulah ada diantara mereka2 yang ingin kata aku sombong, berlagak atau sebagainya, cermin2kanlah diri tu, aku tak buat benda sia2 tanpa sebab.

Kata kuncinya senang sahaja, "Orang berbudi, kita berbahasa".

Orang layan aku macam sampah, jadi aku layan orang tu macam sampah.
Aku tak mati pun tanpa orang2 seperti ini dalam hidup aku. Tak perlu, tak penting dan terlalu menyusahkan.

Aku malas untuk memberatkan fikiran aku dengan perkara macam tu.

Orang nak anggap aku apa pun, pergilah lantak.

Sebab, cara aku, aku malas nak bercakap, cuma menunjukkan hasil sahaja.

Biarlah orang lain tak perasan dengan hasil yang aku dapat, asalkan aku ada hala tuju dan matlamat, aku tahu apa yang aku buat.

Bukan nak berlagak, tapi dari apa yang aku nampak, tak ada orang yang akan tolong kita melainkan diri kita sendiri.

Kalau kita perlukan apa2 dari orang lain pun, kita terpaksa kipas separuh mati, wayang kuat, baru dapat.

Aku sekarang tak tahu kenapa, aku tukar fon baru, dan dalam fon ni cuma ada nombor orang2 tertentu sahaja macam keluarga aku, dan ada sesetengah yang aku memang dah hafal.

Aku rasa, tindakan aku membuang orang dalam hidup aku tak salah, sebabnya, dulu aku sering contact kawan2 aku, dan sekarang bila aku dah buang semua nombor tu, berapa kerat sangat la yang ada contact aku. Yang tak ada, sememangnya hasta la vista atau pun memang takkan ada lagi la.

See, dah berapa bulan ni, aku tak mati pun, aku lebih suka tak berkawan, dari mempunyai kawan yang tak bersikap seperti kawan.

Aku tak tahu la kan, kawan apa yang jenis sampai macam ni "Cuba kau ingat, dulu masa kau susah, siapa yang tolong kau?", Semata2 kerana ingin aku lakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya.

Aku tak kisah kalau tak memudaratkan diri aku, tapi kalau sebaliknya, sori la, takkan sebab kau sorang, aku nak bermusuhan dengan semua kawan2 aku kot.

Dan, aku malas nak layan orang yang aku tak kenal atau enggan memperkenalkan dirinya.

Datz all.

Aku tak kata yang aku sentiasa betul, apa yang aku kata, semuanya berdasarkan sudut pandangan aku, kalau aku salah, apasalahnya korang perbetulkan? takkan tak beri sign terus nak membunuh ye tak? tak pasal2 kena sekolah nanti.

1 comments:

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ said...

aku pun sama. menyampah dgn kegedikkan. ekekeke. aku tak gedik ke ha??? ekekekeke